Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Kenangan Lalu


Tertawa kita tertawa
Menangis kita menangis
Namun pabila diri merenung kembali hari-hari dahulu
Semerta senyum berputik di bibir tanpa dipaksa...

Bosan! Itulah yang dirasakan Nisya tatkala guru matematiknya Madam Subaidah jejakkan kaki ke kelas. Setiap kali kelas matematik, dia sudah tahu pasti akan ada leteran yang akan mereka terima dari gurunya yang satu itu. Nisya memang malas nak dengar bebelan guru. Maklum sahajalah, dirinya ni boleh tahan jahat jugak budaknya.
Lantas dia mengangkat tangan. Nyata perbuatannya itu mendapat perhatian Madam Subaidah yang ketika itu sedang mengajar di hadapan kelas.
“Yes, Nisya. What do you want?” soal Madam Subaidah sambil merenung tepat mata pelajarnya. Madam memang antara seorang guru yang dia hormati. Walau bagaimana banyak dan panjangnya leteran Madam itu, Nisya akui, dalam diam dia suka akan cara Madam mendidik anak muridnya. Madam melayan mereka tidak ubah seperti anak-anak Madam sendiri.
“May I go to the toilet please?” soal Nisya sebagaimana yang telah diajar oleh guru-gurunya di madrasah. Ayatnya itu betul-betul cut and paste dengan ayat Madam. Dahulu mereka pernah ditegur oleh Madam. Katanya, kalau nak pergi ke tandas itu, mintalah izin secara baik dan bukan seperti taiko minta hutang lagaknya...
Satu senario yang masih Nisya ingat lagi hingga kini ialah ketika Amiruddin, ketua pelajar merangkap ‘taiko’ kelas mereka, hendak ke tandas. Ketika itu Amiruddin hanya kata, “Cher, nak gi toilet!” Mana dengan kependekan Teacher yang telah disunatkan ‘Tea’nya lagi dan juga nada suaranya yang kedengaran kasar di telinga sesiapa sahaja.
Indah sungguh bahasa pelajar madrasah bukan? Nasib baiklah kami ditegur oleh Madam dahulu... Kalau tak, mahu terlopong mulut pelawat dari luar negera yang datang melihat kata-kata sopan pelajar madrasah kami terhadap gurunya itu. Silap hari bulan mereka boleh tarik balik pelaburan mereka ke atas sekolah kami yang memang memerlukan bantuan dana ketika itu.
“Yes, you may.” ujar Madam yang kemudiannya mengembalikan perhatiannya terhadap pelajar yang lain, memastikan mereka masih lagi dengannya.
Nisya pun bingkas bangun dari duduk lalu menuju ke papan hijau di depan kelas dimana lanyard student pass kelasnya disangkut. Kalau di negara barat, mereka akan memanggilnya hall pass. Itulah dia pas yang akan membenarkan seseorang pelajar keluar kelas pada waktu belajar. Secara tak langsung, pas tersebut menjadi bukti bahawa pelajar tersebut dibenarkan oleh gurunya untuk keluar pada waktu kelas sedang dijalankan.
Nisya dengan senang hati menyanyi-nyanyi kecil dalam perjalanan ke tingkat dua lantaran tandas pelajar perempuan terletak di tingkat dua manakala lelaki pula di tingkat tiga dalam bangunan yang sama. Tidak pula dia menjangkakan bahawa dirinya bakal bertemu dengan satu masalah yang bakal merumitkan keadaan di sana nanti.
Di dalam tandas, Nisya menunggu giliran di kubikel tengah tandas itu. Memang boleh dikatakan kubikel tengah itu kubikel yang paling Nisya selesa sekali jikalau nak dibandingkan dengan kubikel-kubikel lain tandas itu. Tapi... hapekejadahnya orang kat dalam ni buat sampai berjam-jam lamanya di dalam tu! Berkampung ke, cik kak oi?! Hati Nisya dah mula membentak marah. Apa dia ingat bapak dia ada syer agaknya dalam sekolah ni. Gerutu hatinya lagi. Apa nak buat... Geram punya fasal...
Tiba-tiba setelah agak lama Nisya berdiri di luar, pintu tandas tengah mula terkuak. Wajah seorang pelajar perempuan yang dikenalinya tersembul di balik pintu tandas. Tapi tu la. Muka dia aje yang tersembul keluar. Badan dia tak pulak tunjuk tanda-tanda nak keluar dari tandas tersebut.
Nisya yang tak tau nak react macam mana, terus aje tayang muka stone dia depan minah tu. Seakan menanti kata dari pelajar perempuan itu.
“Awak... seluar kita basahlah...” tutur Bella dalam nada tertahan, seolah dirinya sedang mempertimbangkan kewajarannya memberitahu masalah yang dihadapinya kepada orang lain. Diri Bella kala itu nyata panik namun cuba ditutupnya perasaan itu sebaik mungkin.
Hmmm...
Nisya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Apabila tidak menerima respon yang diinginkan daripada Nisya, semerta Bella menunjukkan ‘seluar’nya yang basah itu.
Nisya di kala itu hendak muntah tatkala melihatkan cecair merah pekat dalam pegangan tangan Bella semerta menahan keinginan untuk memuntahkan segala isi perutnya. Sumpah, dah nak terkeluar ni! Lalu dia bertindak untuk ‘melarikan diri’ dengan memasuki kubikel di sebelah namun perbuatannya itu masih sempat ditegah oleh Bella.
“Awak! Habis kita nak buat apa dengan ‘seluar’ ni?” tanya Bella naif seperti budak berumur tujuh tahun sahaja lagaknya. Bella buntu!
Nisya yang ketika itu merasakan bahawa dirinya boleh muntah kalau dia buka mulut walau sedikit sahaja sudah bersedia dengan sebuah jawapan. Otaknya yang kala itu berkecamuk tiba-tiba mengeluarkan idea luar planet buat Bella. Mana dengan tengah menahan diri sendiri dari muntah lain, dengan Bella yang menunggu jawapan dari mulutnya lain. Sumpah! Nisya tak suka berada dalam situasi itu kala ini. Dia mahu lari aje. Tak pun nak suruh budak di hadapannya yang kelihatan sangat mengharapkan jawapannya kala itu agar menutup mulut dan berhenti mengasak mindanya dengan soalan-soalan yang dia sendiri tak tahu jawapannya. Serasa waktu itu mahu aje dia stapler mulut Bella dengan stapler gajah.
Tapi tak boleh nak salahkan Bella jugak. Dia kelihatan begitu mengharap. Tidak tahu apa yang perlu budak berumur dua belas tahun sepertinya lakukan dalam situasi itu.
“Awak... flush ajelah ‘seluar’ awak tu dalam tandas!” ujar Nisya. Sejurus itu, kelam-kabut dirinya ‘melarikan diri’ masuk ke dalam kubikel sebelah. Enggan berkata lanjut pada si teman.


“Termenung! Termenung!” teguran Bella itu menyentak dirinya yang kembali teringat akan kejadian sewaktu kecil dahulu. Oh. My. Gawd! Akulah dalangnya! Memang akulah orang yang bersalah terhadap Bella! Oh... tidaaaakkkkkk!!! Raung Nisya dalam hati.
“So, ummi. Ingat lagi tak kejadian dulu tu?” tanya Munee yang kemudiannya meneguk air jarang free dari McDonalds. Al-maklum sahajalah... Duit mereka sudah habis dibelanjakan di Café Galilee perpustakaan Woodlands tadi. Hari pun sudah lewat namun tiada tanda-tanda yang mereka bertiga akan bergerak pulang ke rumah. Drumroll please!!! Mempersembahkan tiga budak yang malas hendak ke sekolah – Nisya, Bella & Munee! J Dah terang-terang esok sekolah tapi tiga anak dara tu masih boleh lepak di McDonalds Causeway Point lagi. Tak reti penat langsung! Bagi mereka pula, penat tu memang penat namun keinginan untuk tidak ke sekolah di keesokan harinya mengatasi rasa penat mereka tika itu. Mereka seolah enggan menerima kenyataan sebenar. Hakikatnya, baliklah selewat mana pun, tiba hari esok, mereka tetap perlu ke sekolah. Tak tahu pula sebab bagi Munee dan Bella namun bagi Nisya, perasaan bersekolah di politeknik itu sememangnya lain dan teramatlah berbeza dari bersekolah di madrasah dahulu. Dan perbezaan yang paling ketara semestinya teman-teman di politeknik.
“Tak ingat.” bohong Nisya dengan pantas. Mesti cover line ni... Strike that! Wa-jib cover line! Si Bella ni kalau bab nak mengutuk dan mengenakan orang memang nombor satu! Kadang tu dia sendiri naik gerun melihat sikap temannya yang boleh dikatakan termasuk dalam ketegori ‘berani mati’ itu. Dan dek kerana sikap berani mati Bella itulah yang menjadikan Nisya tak sanggup nak berterus terang secara berdepan. Kalau ada sesuatu yang semua perlu tahu tentang Nisya ni, dia tu seorang yang lembut hati. Pantang kena marah atau ditegur sedikit, mulalah ambil hati. Namun di balik sikap mudah tersentuhnya itu, dia tahu malahan teramat arif akan sikap teman-temannya yang gemar bercanda. Tapi Si Bella tu... Hmmm... Entahlah. Kata-kata Bella kadangkala boleh tahan pedasnya.
Apa-apa pun, Nisya tidak bercadang untuk merahsiakan hal sebenar daripada pengetahuan Bella. Suatu hari nanti pasti akan diceritakan hal sebenar. Cuma dengan caranya yang tersendiri la kan. Nisya memang tak pandai nak tuturkan ayat-ayat jiwang karat manis menggula terlebih dos macam dalam drama tu. Tapi dia punya minat menulis. Jadi dia bercadang untuk menyampaikan kata maafnya dengan membuat apology letter pada Bella menerusi blognya.


Hope this clears up everything...
Khas buat ‘teman-teman’ku,
Siti Nisya Amri & Bella Kamilliah Sapiee. 
From the bottom of my heart, I’m truly sorry!!!
P/s, bulan puasa tak baik marah-marah! A
aYOOnisaCHUN #

dedicated to you sebab depan ada lala lala lala aje...
;P

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;