Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 7

Azlinmon
“Betis. Paha. Lengan. Perut.”
“Begitu banyak?!” tanya Aiman tanpa riak.
Zain menganggukkan kepalanya, menjawab pertanyaan Aiman.
“Sebab tu aku begitu menjaga Azlin. Sejak kecil aku tak boleh nak lindungi dia dari ibu. Jadi bila dah besar ni la waktunya untuk aku tebus balik semuanya pada Azlin.”
“Habis papa kau tak tahu?”
Zain menggeleng kepala cuma. “Papa waktu itu sibuk bekerja mencari nafkah untuk kami sekeluarga.” jawab Zain acuh tak acuh.
Tanpa sebarang pamitan, Aiman terus berlalu pergi. Zain sendiri tidak tahu mengapa dia menceritakan kisah adiknya itu kepada Aiman. Lelaki yang dia tidak senang dengan. Baik dari segi percakapan mahupun tingkah lakunya. Satu pun Zain tidak berkenan dengan lelaki itu. Namun tidak dapat Zain nafikan aura misteri yang ada dalam diri lelaki itu. Aura yang ada pada dirinya yang telah membuatkan Zain berani menceritakan kisah keluarganya pada Aiman. Dia dapat melihat kesungguhan jauh di sudut hati pemuda itu. Kesungguhan untuk mengubah Azlin kepada yang lebih baik! Dan atas sebab itu Zain berani pertaruhkan kisah silam mereka adik beradik kepada lelaki itu.



Veronica memicing matanya untuk melihat orang nun jauh di hujung kafeteria kampus. Saat dilihatnya orang itu datang menghampiri tempat dia dan Aiman, semerta Veronica melunjurkan kakinya keluar. Azlin yang tidak sempat untuk menghentikan langkah kakinya terjatuh. Dulang di tangan Azlin jatuh ke lantai namun yang paling mengejutkan semua ialah tempat jatuhnya air Azlin. Elok aje cawan Coca Cola itu landing atas kepala Aiman. Tepat di atas kepala Aiman yang ketika itu dilitupi beanie merah!
Suasana kafeteria berubah hening dalam sekelip mata. Semua mereka seakan menantikan saat Aiman mengamuk. Namun yang mereka lihat kini amat mengejutkan mata sesiapa yang memandang! Aiman bangkit dan menolong Azlin bangun! Dalam pada itu sempat Aiman menyelak lengan baju Azlin. Dapat dilihat oleh mata kasarnya dengan ketara betapa dalamnya parut yang ditinggalkan ibu Azlin di tubuh itu. Parut sepanjang lima sentimeter itu nyata meninggalkan kesan buat selamanya di tubuh gadis itu. Tak semena-mena satu perasaan halus muncul dalam diri Aiman. Dia sediri tidak tahu apakah perasaan itu. Kasihankah? Sayang? Atau... cinta?
“Hei perempuan! You tahu tak apa yang you dah lakukan?!” suara kuat Veronica semerta mematikan lamunan Aiman.
“You dah kotorkan beanie dan baju Aiman!” tambah Veronica lagi. Sengaja mahu mengapi-apikan perasaan Aiman. Dia tahu Aiman takkan lepaskan perempuan itu pergi lepas ini. Pasti marah Aiman pada gadis itu bertambah.
“Veronica, let it be.”
“But darling!”
“I said... Let it be Veron!” kali ini Aiman benar-benar maksudkan kata-katanya. Terjengil mata lelakinya menentang paras jelita Veronica di hadapannya.
Veronica menyilang tangan rapat ke dada. Dirinya malu diperlakukan begitu di khalayak ramai oleh Aiman. Pasti nanti akan tersebar berita mengenai bagaimana dirinya dilayan dengan layanan buruk oleh Aiman di seluruh kampus. Veronica malu! Mana dia mahu letak mukanya selepas ini? Dek kerana perasaan malu yang menebal dalam diri, dia rela mengaku kalah dengan Aiman asal sahaja perkara tadi tidak lagi berulang tayang kepadanya. Dalam diri sudah bertekad, tidak akan melayan Aiman lagi selepas ini. Biarlah lelaki itu melutut di hadapannya sekalipun, jangan harap dia akan menerima lelaki itu semula! Genius tak genuis! Kaya tak kaya! Veronica tidak peduli. Dia tidak sanggup menanggung malu buat kali kedua!
Aiman kalih pandang wajah gadis di sisinya.
“Kau tak apa-apa?” soal Aiman dengan suara garaunya.
Azlin geleng kepala.
“Ikut aku.” arah Aiman lalu menggenggam erat pergelangan tangan Azlin.
Pintu kereta dibuka Aiman untuk Azlin. Azlin dilihatnya sedikit teragak-agak mahu mengikut Aiman.
“Nanti kereta awak kotor.” Azlin merenung bajunya yang nyata lebih kotor dari Aiman. Aiman hanya kotor pada bahagian atas manakala dirinya pula di seluruh badan. Dah la kereta mamat ni mahal! Buat aniaya diri sendiri aje kalau dah naik pastu dia kata aku kena bayar ganti rugi sebab dah kotorkan kerusi kereta dia...
Ni yang buat Aiman naik bengang nih!
“Kau!” Aiman menuding jari ke arah Azlin. Nafasnya dikawal sebaik mungkin. “Boleh tak kau masuk kereta aku dan duduk diam-diam? Sejak bila kau pandai melawan cakap aku ni hah Azlinmon?!” suara Aiman dah naik tiga oktaf.
Mendengarkan itu terus laju Azlin menyusup masuk ke dalam Porsche merah milik Aiman.
“Kenapa awak suka panggil saya Azlinmon?” tanya Azlin di dalam kereta.
Aiman masih tenang memandu. Tangannya yang sedang menggenggam stereng kereta dieratkan pegangannya. Menyerlahkan lagi urat otot lengan sasa Aiman.
“Aku akan jawab kalau sahaja kau janji sesuatu dengan aku.”
“Apa dia?” berkerut dahi Azlin memikirkan permintaan yang bakal Aiman nyatakan. Sejak bila pulak mamat ni akan minta izin dahulu sebelum membuat permintaan? Selalunya Aiman akan beritahu sahaja kehendaknya tanpa mengira orang itu mahu turuti kemahuannya ataupun tak.
“Tolong jadi seorang manusia dahulu!”
“Apa maksud awak?”
“Seorang manusia yang tahu rasa marah. Yang punya pemikirannya sendiri dan bukan sekadar menuruti kemahuan semua orang! You shouldn’t live to please others!” tegas Aiman.
Air mata Azlin jatuh berjuraian. Kata-kata Aiman itu serupa dengan kata-kata Abang Zain! “Apa maksud awak?”
Aiman tersenyum sinis. “You’re crying.”
“Hah?”
“Aku cakap yang kau tengah nangis!” Seriously girl, bahasa apa lagi yang aku kena pakai untuk fahaman kau?
Perlahan-lahan Azlin meraba pipinya. Basah! Aiman tidak berkata bohong. Sememangnya Azlin sendiri tidak tahu entah sejak bila dia menangis. Sungguh! Dia tidak sedar yang dirinya menangis tadi. Air mata dilap dengan belakang tangannya.
“Ibu kau dah meninggal. Dah tak ada apa lagi yang perlu kau takutkan. Tiada siapa yang akan paksa kau atau dera kau lagi... So please, I beg you. Be your true self. Aku nak tengok diri kau yang sebenar!”
Kali ini esakan Azlin mula kedengaran dalam kereta itu.
“Abang kau nak tengok diri kau yang sebenar!” sengaja ditekankan perkataan abang dalam ayatnya itu untuk meyakinkan Azlin bahawa semua orang ingin melihat dirinya bahagia daripada hanya menurut kemahuan semua orang bak lembu dicucuk hidungnya!
Aiman mengambil tisu di tempat duduk belakang sewaktu isyarat merah masih dinyalakan. “Nah. Ambil tisu ni dan sapu air mata kau kasi hilang. Aku tak nak tengok air mata kau lagi.”
Azlin akur.
“Kau nak tahu kenapa aku panggil kau Azlinmon?”
Azlin duduk diam menanti jawapan dari mulut Aiman.
“Sebab selama ini aku anggap kau aku punya digimon!”
Cis! Hampagas tak makan saman punya asbestosis paranormalition! Eh, bahasa apa yang aku guna ni? Kenapa sejak berkawan dan mengenali diri Aiman yang baru ini, sikapku boleh berubah sedrastik ini?
“Kau suka ikut cakap dan segala kemahuan aku. Macam... digimon!” tambah Aiman lagi, mengapikan perasaan Azlin.
Azlin pula yang naik bingung dengan rasa marah dalam dirinya yang hadir secara tiba-tiba. Kenapa hari ini lain benar perasaannya bila dengan makhluk Allah yang seorang di hadapannya kini? Kalau dahulu tidak begini!

2 comments:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;