Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 5

Azlinmon
“Kau tak nak masuk? Bukan senang nak tengok rumah sebesar ni tau. Dan terlebih lagi, aku dengan sendirinya menjemput kau masuk.” ujar Aiman dengan angkuhnya.
Azlin kalih pandang wajah Abang Zain di sisi. “Tak apa la. Cukup sekadar di sini sahaja. Rasanya awak boleh masuk sendiri, bukan?”
Aiman mengangguk. Namun sebentar kemudian laju dia menggelengkan kepalanya. “Tak! Tolong papah aku masuk.”
Azlin hairan. Namun dia tetap menyuruh Zain untuk bantu Aiman masuk. Melihatkan signal yang diberi Azlin pada Zain, lekas-lekas Aiman memotong.
“Aku nak kau yang hantar aku masuk!” ucap Aiman seraya menuding jari ke arah Azlin.
Kereta daddynya ada di beranda, jadi itu bererti yang daddy ada di dalam. Bagus! Aiman akan pastikan rancangannya berjalan lancar.
“Dad! Daddy! Look who’s here!” pekik Aiman lantang sebaik menjejakkan kaki ke dalam banglo rumahnya.
Azlin bingung. Dia menayang wajah hairan.
“Well, if it isn’t Azlin! What brings you here, my dear?” soal Encik Muhammad Efron.
Azlin tak tahu nak jawab apa.
“Dia nak cakap yang dia dah maafkan Man la dad... Kalau tak, takkan dia ada di sini membantu Man, bukan?” Aiman semerta memaut bahu Azlin yang nyata terkejut diperlakukan sebegitu di hadapan Encik Muhammad Efron.
“Tipu!” suara Zain bergema di segenap ruang banglo itu. Alangkah marahnya Zain kala itu. Terlebih lagi dengan perbuatan Aiman merangkul bahu adiknya.
“Maafkan saya, uncle jikalau saya bersikap kurang sopan di rumah uncle. Tapi tujuan kami di sini hanya untuk menghantar Aiman pulang dengan selamat. Tidak lebih daripada itu. Kami minta diri dulu, uncle.” seperti Azlin, Zain juga pandai menyusun ayat dan berbicara dengan penuh adab kesopanan.
Kedua beradik itu mula mengorak langkah ingin meninggalkan perkarangan banglo mewah milik keluarga Muhammad Efron namun sebelum itu sempat Azlin menoleh ke belakang dan berkata pada Encik Muhammad Efron bahawa dia sudah memaafkan Aiman atas perlakuan anaknya kelmarin. Azlin yang berkata dengan penuh kejujuran pada daddynya membuatkan Aiman bingung sendiri.

1 comment:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;