Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 2

Azlinmon
“Aiman...” wajah Puan Nabillah muncul di balik daun pintu bilik anak bujangnya, Aiman.
“Mama nak apa ni ma?” dengan malas Aiman yang masih berlingkar di atas katil menyoal mamanya.
“Eh kamu ni! Dah lupa la tu! Kan hari ni mama dah kata... Kita akan ke rumah kawan daddy!” Puan Nabillah merenung paras rupa anaknya lagi...
Zzzzz... Lailahaillallah budak bertuah ni! Aku dok berbual, dia boleh sambung buat tahi mata lagi! Tangan Puan Nabillah laju sahaja mencubit perut anak bujangnya yang sememangnya suka sangat tidur tak berbaju. Entah apa fiil entah tidur dengan hawa dingin yang dibuka pada paras tertinggi tanpa baju mahupun selimut. Kulit naga agaknya anak aku ni!
Aiman yang dicubit perutnya menyeringai kesakitan dengan cubitan berbisa mamanya. Terus sahaja matanya terbuka luas. Seakan baru sahaja disimbah ais pada badannya.
“Apa ni ma?! Ganggu tidur Man?! This is Saturday la ma... Come on ma, please... Jangan buat Man macam ni...” rayu Aiman, meminta simpati dengan kedua belah tangannya ligat mengusap perut yang masih terasa sakit akibat cubitan tangan halus mamanya.
“No! No means no.” tegas, Puan Nabillah menutur kata pada satu-satunya anak lelaki merangkap anak tunggal yang dia ada.
Damn it! Aiman menyumpah dalam hati. Mahu kena potong duit sekolah sebulan lamanya kalau dia menyumpah depan mama... Buat aniaya diri sendiri aje...



“What are you waiting for, young man?”
Aiman merenung paras wajah mamanya, meminta pertolongan. Hampa. Puan Nabillah buat tak nampak akan renungan yang diberi Aiman.
“Salam tangan uncle.” teguran daddynya sedikit menyentakkan Aiman sekaligus mengingatkan dirinya akan di mana dirinya berada kini.
Perlahan-lahan tangannya dihulur dan dia menundukkan wajah menyalami tangan lelaki yang dia kira hampir sama umur dengan daddynya.
Uncle Din dilihatnya tertawa senang lalu menepuk-nepuk bahu Aiman. Cis. Dia kira bahu aku ni kusyen agaknya... Suka suki jiwa jiwi dia aje nak tepuk-tepuk bahu aku! Sememangnya Aiman tidak suka berjabat tangan ikut cara islam.
Aiman menjauhkan dirinya sedikit dari lelaki bernama Uncle Din itu lalu memberi laluan pada daddy dan mamanya untuk berbual dengan Uncle Din.
Perbualan antara orang tua Aiman dengan Uncle Din disusuli dengan gelak tawa serta gurau senda. Anak tiri Uncle Din, Marissa dan Junita juga turut serta dalam perbualan mereka. Aiman hanya duduk di situ dan mempamerkan senyum sekali-sekala aje. Sekadar untuk tontonan umum kerana hati Aiman sememangnya sedang menjerit meminta mereka sekeluarga pulang ke banglo mewah mereka. Sesudah agak lama bersembang di ruang tamu, akhirnya mereka dipanggil ke meja makan. Aimanlah orang pertama yang bangkit dan meluru ke meja makan. Walau bagaimana keras dia menafikan, namun perutnya yang berkeroncong memainkan irama sedari tadi menjadi bukti betapa laparnya dirinya kala ini. Sedang dia separuh berlari menuju ke meja makan, kakinya tersadung lalu dengan tidak sengajanya dia tertendang meja yang menempatkan sebuah pasu bunga. Pasu bunga di tepi tingkap berdekatan meja makan itu hilang imbangan lalu jatuh berderai. Kaki Aiman pula telah terpijak kaca yang jatuh berderai di atas lantai. Darah pekat mula mengalir di bahagian tapak kaki kanan Aiman. Dalam situasi begini, Aiman hanya mampu menyumpah seranah dirinya sendiri kerana terlalu cuai. Dalam pada itu sempat juga dia mengutuk tuan rumah kerana hanya mampu membeli rumah flat lima bilik yang sederhana besar ini sahaja. Bagi Aiman rumah sederhana besar ini terlalu kecil jikalau nak dibandingkan dengan banglo mewah yang dimiliki keluarganya.
“Awak tak apa-apa?” satu suara menyapa lembut pendengaran telinga Aiman.
“Kau buta ke hah?! Kan kaki aku berdarah ni!” tengkingan Aiman menyentakkan Encik Muhammad Efron serta Puan Nabillah. Mereka jadi malu dengan perilaku anak tunggal mereka. Encik Muhammad Efron meminta maaf pada temannya bagi pihak Aiman.
“Aiman!” tengking Encik Muhammad Efron.
“Tak apa...” belum sempat daddy Aiman menutur kata, Encik Din sudah terlebih dahulu memintas.
“Azlin, bawa Aiman ke bilik dan tolong sapukan ubat pada kaki dia.” arah Encik Din.
Azlin? Aiman semerta panggung wajah dan merenung tepat ke dasar mata gadis yang berdiri di sebelahnya kini. Sumpah rahang Aiman dah nak jatuh mencecah lantai bila Azlin paut lengannya. Aiman semerta menyentap tangannya dengan kasar. Tidak rela tangannya dikotori perempuan bernama Azlin itu. Baginya, Azlin tidak ubah seperti hamba abdi sahaja. Bukinya sudah ada di depan matanya. Gadis itu bekerja sebagai pembantu di rumah Uncle Din.
Azlin hampir sahaja jatuh dengan tindakan drastik Aiman. Mujur dia sempat berpaut pada dinding di sebelahnya. Eh??? Dari mana datangnya dinding ni? Azlin panggung wajah. Abang Zain! Entah bila masanya Abang Zain pulang pun Azlin tak tahulah.
Suasana berubah senyap dengan tiba-tiba. Zain memandang Aiman dengan renungan penuh amaran. Geram betul dia saat melihat apa yang dilakukan oleh jejaka yang tidak dikenalinya pada adiknya itu.
“Ha. Eloklah tu kamu dah balik, Zain. Tolong papah Aiman masuk ke bilik. Biar Azlin rawatkan luka di kakinya tu.” sekali lagi arahan diberi oleh Encik Din namun kali ini pada Zain pula.
Zain sekadar menurut walaupun hatinya membentak. Entah mengapa, dia tidak suka akan lelaki yang baru pertama kali bersua muka dengannya. Terhinjut-hinjut Aiman berjalan ke bilik Azlin. Memandangkan bilik Azlin yang paling dekat dengan dapur, jadinya bilik itu menjadi pilihan.
Tiba di bilik, Azlin berbisik ke telinga Zain supaya menemaninya merawat luka di kaki Aiman. Bukan dia takut pada lelaki itu. Langsung tidak! Cuma sahaja dia tidak betah jikalau duduk berdua-duaan dalam bilik bersama Aiman. Zain hanya mengangguk setuju lalu duduk di kerusi yang agak jauh bagi memberi ruang kepada Azlin merawat luka di kaki Aiman.
Sedang Azlin merawat luka di kakinya, Aiman sibuk meneliti segenap penjuru bilik tersebut. Hmph! Tidaklah sehebat mana. Sekadar katil, meja belajar yang menempatkan sebuah komputer riba Acer, sebuah almari juga rak buku yang dipenuhi novel melayu juga bahan bacaan lain. Sungguh tidak setanding dengan bilik Aiman yang punya sebuah peti televisyen Sony Bravia 55 inci siap dilengkapi dengan Blu Ray Home Theatre System. Ruang bilik Aiman pula lebih besar kalau nak dibandingakan dengan seluruh rumah Encik Din secara keseluruhannya.
“Oi! Tak reti nak lap perlahan-lahan ke?!” tengkingan Aiman sekali lagi menangkap perhatian Zain yang berada dalam ruangan yang sama.
“Maaf. Saya tak sengaja.” jawab Azlin, masih bernada lembut.
“Kau tak sengaja atau memang suka beri alasan?!” sekali lagi Aiman membuka mulut.
“Adoi! Sakitlah bodoh!” kali ini kaki Aiman terangkat tatkala Azlin menarik keluar kaca kecil yang tertusuk di kulit Aiman. Namun malang sekali Aiman tertendang muka Azlin. Aiman mengerang kerana luka di kakinya terasa begitu bisa. Azlin juga turut mengerang kesakitan di atas lantai apabila dengan tidak sengaja telah ditendang oleh kaki lelaki Aiman. Sakit memang tak terkata!
Zain yang melihat bingkas bangun membantu Azlin.
“Hoi! Yang kau tolong dia buat apa? Aku yang sakit ni ha yang patut kau tolong! Bukan amah tu!” pedas sekali bicara seorang Aiman.
Zain menahan sabar.
“Kau!” Jari Zain menuding tepat ke muka Aiman. “Mintak maaf dengan dia. Se. Ka. Rang.” sepatah-sepatah Zain menutur kata.
Aiman melepaskan tawa yang dibuat-buat.
“Untuk apa?” soal Aiman dengan riak tak bersalahnya.
Rahang Zain bergerak-gerak menandakan dirinya benar-benar bakal meletup pada bila-bila masa sahaja lagi jikalau Aiman salah pilih kata.
“She’s just a maid anyway...” gumam Aiman perlahan di bawah sedar.
Aiman memang cari nahas!

1 comment:

  1. gempakk,, tinggi giler bongkak si aiman nie.. gler lahhhhh hahaha
    ikot sedap mulut dia jer

    ReplyDelete

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;