Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

After Chinese Class

"Huo xing qi jian," ujar Laoshi kepadaku.

"A... Zai jian, Laoshi!" ujarku sambil tanganku melambai-lambai ke arah guruku yang hanya kupanggil dengan nama 'Laoshi'. Walaupun sudah hampir eight lesson dia mengajar kami, aku masih tak boleh nak lekatkan nama laoshi dalam kepala otak aku ni. Tak tahu la kenapa. Tolong jangan tanya... Kalau nama-nama pelakon Taiwan tu boleh pulak aku hafal. Sekali dengar aje dah boleh ingat!

Langkah kaki diatur menuju pintu utama Admiralty Garden CC. Pintu yang diperbuat dari gelas itu kutolak lalu aku berjalan menghampiri traffic light. Perjalanan dari Admiralty Garden CC ke Admiralty MRT mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Crumpler hijau yang melurut sedikit di bahuku kubetulkan kembali letak duduknya.

Setibanya aku di Admiralty MRT, tanpa berlengah-lengah lagi aku menuju ke kaunter tiket. Alangkah kesalnya aku tatkala melihat kaunter tiket sudah tutup. Menyesal sungguh kerana tak bayar $8 dalam perjalanan pergi ke kelas mandarin tadi. Mestilah bila aku balik, kaunter dah tutup. Dalam otak aku berkira-kira untuk terus pulang atau singgah di Woodlands MRT untuk membuat pembayaran $8 bagi applikasi kad untuk tertiary student. Kalau nak tangguh pembayaran tu, alamatnya bila dah start sekolah baru aku apply la... Aku ni memang homebody. Kalau perlu sahaja baru aku keluar rumah.

Akhirnya aku putuskan untuk pergi ke Woodlands MRT sahaja. Perjalanan dari Admiralty ke Woodlands mengambil masa selama 3 minit cuma. Dalam 3 minit aku di dalam keretapi itu, sempat pula aku eavesdrop perbualan seorang lelaki cina di sebelahku. Tak semena-mena aku tersenyum simpul tatkala mendengar perbualan lelaki itu dengan orang di hujung talian yang aku pasti adalah teman wanitanya. Yalah, aku ni kalau bab-bab kasih atau terma-terma kasih dalam bahasa mandarin ni memang aku pakar! Dah biasa tengok drama Taiwan la katakan! Kih kih kih! Bila dah paham tu, terasa nak gelak la pulak... Chipsmore kan aku ni?

Sejurus membuat bayaran di kaunter tiket, aku pun singgah sebentar di pasar malam bersebelahan Causeway Point. Memandangkan perut aku tengah 'mengidam' nak makan okonomiyaki, maka terpaksalah aku tunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu. Tadi tu aku ingat nak singgah di pasar malam berdekatan Admiralty MRT sahaja namun tiba-tiba aku teringat yang pasar malam di Admiralty baru sahaja ditutup kelmarin.

Mataku melingas mencari kedai orang muslim yang menjual okonomiyaki. Dalam pada itu aku ternampak tanda cap 'Halal' di sebuah kedai ni. Bukannya apa, di Singapura ni memang patut kita berhati-hati jikalau mahu memesan makanan. Tak semua kedai di sini yang halal sebagaimana di Malaysia. Contohnya, kedai donut J.Co. Pendek kata, kalau tak ada cap 'Halal', jangan berani-berani nak sentuh makanan itu. Sifat aku yang sentiasa berwaspada ini terkadang terbawa-bawa bersama apabila aku melawat ahli keluargaku di Malaysia.

Aku pun beratur lalu mataku melekap kemas pada paras muka seorang remaja yang sedang melambai-lambai tangannya ke arahku. Siapa tu? Desis hatiku. Aku mengecilkan mata memandangkan aku tidak berapa nampak dengan jelas wajah empunya diri. Dah tahu diri tu rabun tak reti nak pakai spects! Cari nahas betul kau ni Sal! Eh, bukankah itu Tengku Wati temannya Ikin? Ikin tu adalah satu-satunya sepupu yang paling rapat denganku. Di sebelah Wati tu siapa ya? Eh, emak dia la! Nak salam ke tak eh? Hatiku berbolak-balik. Aku bukannya kenal sangat pun dengan mereka. Ah... Tak payahlah! Nanti buat awkward diri sendiri aje!

Makanan yang kupesan pun siap. Aku bercadang mahu bersalaman jikalau terserempak semula dengan keluarga itu, namun bayang mereka pun tiada. Dalam hati melepaskan nafas lega namun tidak lama kemudian timbul sesalan pula kerana tidak bersalaman tadi. Yalah, bukannya berkudis pun kalau berjabat tangan sesama manusia. Apatah lagi antara kita sesama muslim. Cet! Tak boleh harap betullah kau ni, Sal!
(Huo xing qi jian = See you next week)
(Zai jian = Good bye)
(Laoshi = Teacher)





Saturday,
9th of April...

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;