Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Prolog

Kesetiaan Ariana

2 Oktober 2010


"Awak cakap ini salah saya?" suara Ariana hampir tidak kedengaran.

"Habis tu takkan salah budak itu kot?" soal Faiz pula. Aduh Yanaku sayang... Tolong jangan mulakan lagi...

"Sampai hati awak..." Ariana berjauh hati. Terlambat dah... Esakan kecil mula kedengaran di telinga Faiz.

(comel tak Ariana? Haha!)

Faiz kalut. Dia mengaru kepala yang tidak gatal. Buntu. Bagaimana harus dia pujuk permaisurinya yang satu itu? Sejak mengandung anak kedua, isterinya itu sering merajuk tak tentu pasal. Pernah sekali dia tidur di sofa kerana Ariana mengunci pintu bilik mereka. Liyana Ariana Binte Kamal. Dialah racun hati Faiz, juga penawar hatinya. Isteri yang dinikahi lima tahun yang lalu tanpa rasa cinta di hati.

"Sudah lah tu, Yana. Faiz tak bermaksud nak buat Yana sedih," Faiz mula memujuk.

"Habis tu? Dah awak salahkan saya... Iyas yang jatuh sendiri. Yana cuma pergi ambil botol susu dia. Bukan Yana sengaja nak biarkan Iyas seorang diri," jawab Ariana. Sedih dengan sikap Faiz yang tidak mengambil kira perasaannya. Ariana duduk di kerusi panjang yang disediakan buat para tetamu yang hadir di rumah ibunya. Ibu mengadakan doa selamat sempena menyambut ulang tahun ketiga cucu sulungnya, Iyas. Faiz turut duduk di sampingnya.

"Iya, Faiz tahu... Faiz minta maaf ya," matanya melingas mencari Iyas. "Iyas! Mari sini sayang," Faiz melaungkan nama anak sulungnya. Iyas berlari terkedek-kedek kepada mama dan papanya. Di tangannya terdapat gula-gula lollipop.

"Mama, adik nangis eh?" soal Iyas. Faiz dan Ariana memandang satu sama lain.

"Kenapa Iyas cakap begitu?" soal Faiz hairan. Padahal adiknya belum lahir di dunia.

"Habis itu kenapa mata mama berair? Mesti adik tengah nangis," Iyas menjawab petah. Pantas jari-jemari ciliknya menyeka air mata yang berbaki di pipi Ariana.

"Adik tak nangis sayang. Mama yang tengah nangis. Papa buli mama," jawab Ariana ingin mengenakan Faiz.

Faiz membeliakkan matanya. Amboi... Isteri aku ni dah pandai main tarik tali nampaknya! Iyas naik ke pangkuan Faiz lalu menumbuk-numbuk dadanya yang sasa itu.

"Kenapa papa buli mama?! Iyas tak bagi papa buli mama lagi!" Faiz mendapatkan tangan cilik yang galak menumbuk dadanya lalu digeletek perut anaknya itu. Tumbukan itu bukannya sakit pun. Cuma sahaja dia rimas diperlakukan begitu.

"Ewah-ewah... anak papa ni dah pandai nak lawan papa eh?!" ujar Faiz tertawa dengan tindakan anaknya itu. Iyas yang digeletek tertawa. Geli diperlakukan begitu oleh papanya.

"Sudah lah tu... Mama lapar lah sayang,"

"Mama nak makan apa?" serentak Faiz dan Iyas bertanya. Mereka berpandangan.

"Iyas yang tanya mama dulu!" bentak Iyas pada Faiz.

"Papa yang tanya mama dulu lah!" ujar Faiz pula. Matanya mencerun memandang Iyas. Faiz berpura-pura garang.

Akhirnya kedua beranak itu kembali ke dunia mereka. Melihat suami dan anaknya bahagia di sampingnya membuatkan Ariana tidak jadi hendak melayan rajuk. Akhirnya dia turut sama ketawa melihat gelagat si ayah yang kini sedang cuba memujuk si anak yang sedang mengalirkan air mata. Dalam kekecohan rumah mak Lijah yang dipenuhi tetamu, Ariana memanjat syukur kepada Ilahi atas kegembiraan yang dikecapinya kini.

5 comments:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;