Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Epilog

Kesetiaan Ariana

Disember 2012


"Swoosh! hiyak! Wachaa!" Iyas berlari ke sana ke mari di bilik mamanya dengan bandana hijau yang terikat kemas di kepala. Di tangannya terdapat pedang mainan yang dibeli oleh papanya. Si kecil yang berusia lima tahun itu meniru gaya Zoro dalam kartun kegemarannya, One Piece.

"Iyas. Tolong mama ambilkan botol susu adik, sayang," pinta Ariana pada anaknya.

"Iyas? Who's Iyas, mama?" tanya Iyas. Wajahnya mempamerkan riak keliru. "Hahaha! Hihihi!" Terhinjut-hinjut Iyas ketawa. "Behold! I am the invincible Zoro!" teriak Iyas membuat adiknya yang baru berumur satu setengah tahun itu menangis kerana terkejut dengan suaranya yang lantang.

"Iyas!" marah Ariana. Wajah Ariana jelas mempamerkan riak kurang senang dengan tindak-tanduk anaknya. Acap kali Ariana mengingatkan Iyas agar jangan bising apabila masuk ke biliknya namun Iyas tidak mengendahkan kata-kata mamanya. Iyas hanya mencebik bibir apabila dimarahi. Dia kemudiannya berlari keluar mendapatkan papanya yang baru pulang dari pasar. Hari ini Iyas tidak mengikut papanya ke pasar kerana menemani mamanya yang kurang sihat.

"Kenapa dengan si Iyas tu?" tanya Faiz sebaik sahaja melangkah masuk ke biliknya. Dia mengambil tempat di sebelah Ariana yang sedang berbaring. Pipi mulus Iyad diciumnya. Bayi kecil itu tertawa saat melihat wajah papanya.

"Kenapa dengan dia?" soal Ariana pula.

"Monyok aje Iz tengok," Kalau dahulu mereka membahasakan diri sebagai 'cik lipas', 'pak sakat' dan 'pakcik tua', kini semua itu sudah tiada lagi. Mereka telah menggantikan nama-nama itu dengan 'Yana' dan 'Iz' ataupun sekadar menggunakan 'awak' dan 'saya' sahaja. Bagi mereka, dengan cara ini akan membuat mereka berasa seolah-olah masih si alam percintaan dan bukan alam perkahwinan.

"Hmm... Awaklah tu. Si Iyas tu baru berumur 5 tahun. Yang awak pergi bagi dia tengok kartun-kartun lanun tu kenapa? Silap haribulan, anak awak tu betul-betul jadi lanun!" bebel Ariana. Faiz menyandarkan kepala ke bantal, berpura-pura tidur saat isterinya mula berceloteh. Sejak dua menjak ini ada sahaja yang tidak kena dengan buah hati pengarang jantungnya itu. Ariana mudah melenting walaupun hanya disebabkan perkara yang remeh. Tiba-tiba Faiz mendapat akal untuk mengenakan isterinya.

"Hmmm," Faiz meletak jari telunjuknya di dagu tanda berfikir. "Iyas jadi lanun atau Iyas bawak bantal busuk ke sekolah hingga ke menengah dua... Yang mana lagi teruk ek?" serentak itu sebuah cubitan hinggap di pinggang Faiz.

"Awak janganlah kenakan saya!" marah Ariana.

"Eh? Iz pulak yang disalahkan?" Faiz melepaskan tawa melihat muka Ariana yang masam mencuka. Masam-masam manis! "Tak betul ke apa yang Iz cakap? Yana pon dulu bawak teddy bear ke sekolah sampai ke menengah dua," sakat Faiz lagi. "Tambahan pula si Iyas tu sekarang ni dah ada bantal busuk. Ikut perangai mama dialah tu," makin galak Faiz menggiat Ariana. Muncung Ariana sudah panjang sedepa. Keadaan bilik sepi seketika.

"Nak dekat tujuh tahun arwah Aril tinggalkan kita," ucap Ariana sayu, menukar tajuk perbualan mereka. Faiz yang baru hendak menutup mata pantas membuka mata kembali. Tidak menjangkakan itu yang keluar dari mulut Ariana.

"Kenapa ini?" soal Faiz, prihatin.

"Entahlah. Lately, Yana asyik teringatkan Aril sahaja," jawab Ariana berterus terang.

"Apa kata esok kita ziarah kubur Aril? Kita bawa Iyad sekali," cadang Faiz.

"Awak tak kerjakah esok?"

"Iz ambil cutilah esok," terjungkit kening Ariana.

"Esok kan harijadi ibu Yana. Sebelum ke rumah ibu, kita singgah sebentar ke kubur Aril," terang Faiz membuatkan Ariana menepuk dahi.

"Masyallah! Yana lupa esok harijadi ibu. Hadiah ibu macam mana?" Ariana memandang Faiz.

Faiz tersengih mendengar soalan Ariana. Macam pernah kunampak scene ini. Tapi di mana ya? "Kita buat macam cerita P.Ramlee nak tak? Bagi garam dan gula sahaja? Kan unique tu! Iz rasa ibu mesti tak pernah dapat hadiah istimewa sebegitu!"

Tangan Ariana menepuk-nepuk badan Iyad. "Iz!" marah Ariana.

"Shhh!" Faiz pantas meletak jari telunjuk di bibir. "Mata Iyad dah kuyu tu. Biar dia tidur. Nanti dia terjaga, kita yang susah,"

"Ha! Jangan nak ngada-ngada!"

"Ngada-ngada apa nya? Iz nak suruh Yana pujuk si Iyas tu hah. Iz dah penatlah nak pujuk. Iz rasa tugas Iz dalam rumah ni ialah untuk memujuk orang sahaja," perli Faiz. Matanya dikerling ke arah Ariana, mahu lihat reaksi isterinya.

"Sorrylah Iz. Yana sendiri tak tahu kenapa Yana berperangai begini. Rasa macam awal-awal mengandungkan Iyad dulu,"

Mata Faiz bercahaya. "Are you expecting?" soalnya tanpa berselindung. Ariana terkebil-kebil seketika. Kemudian dia menjungkit bahu. "Urgh! Tak boleh jadi ni. Nanti esok selepas ke kubur, kita ke klinik. Lepas tu baru beli hadiah untuk ibu," Faiz sudah mula merangka rancangan untuk esok.

Ariana mengangkat tangan serupa seorang pelajar yang ingin bertanya soalan pada gurunya. "Yana ada soalan," Faiz memandang wajah Ariana. "Awak masih nak beli garam dan gula untuk ibukah?" Akhirnya kedua mereka meletuskan tawa. Apabila Iyad mula menggeliat kecil, kedua mereka menekup mulut, menahan diri dari tertawa.

"Kalau awak berani, berilah ibu garam dan gula. Tak pasal-pasal ibu suruh saya tinggalkan awak," giat Ariana.

"Elleh... Buatlah kalau ibu berani," gertak Faiz. "Nanti anak dia juga yang merana sebab tak dapat tengok muka yang handsome ni setiap hari," Faiz tayang wajahnya pada Ariana.

6 comments:

  1. happy ending akhirnya syok nk lagi

    ReplyDelete
  2. best. Writer, would you mind make special edition of this e-novel? special edition time harijadi ibu Yana.

    ReplyDelete
  3. Saya tak janji tapi kalau berkesempatan nanti saya buatlah... (;

    ReplyDelete

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;