Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 9

Kesetiaan Ariana

Seminggu telah berlalu sejak kejadian 'penculikan' Ariana dan hidupnya kini telah kembali pulih seperti sediakala tanpa gangguan pak sakat itu lagi. Pada awalnya ada juga mereka bertembung di lobi untuk ke pejabat masing-masing, namun sepatah perkataan pun tidak mereka ucapkan pada satu sama lain. Tiada ayat 'selamat pagi' dan tidak juga segaris senyum yang diberi. Kedua-duanya bak orang asing yang saling tidak mengenali. Ariana kaku manakala Faiz pula berlagak selamba. 'Hutang' Ariana pada Faiz telah dilangsaikan jadi wajarlah sekiranya mereka berlagak tidak kenal.

Petang itu, Faiz dikejutkan dengan kedatangan ibunya ke pejabat. Dalam hati dia dapat rasakan ibunya kelihatan lain berbanding hari-hari sebelumnya. Raut wajah ibunya kelihatan sedikit ceria.

"Assalamualaikum, ni hao, hai, masaaul khair, hello... Apa khaaabar anak ibuuuuuuuuuu," mulut ibunya memuncung bagaikan hendak diciumnya Faiz. Tangannya pula sudah bersedia untuk mencubit pipi anak terunanya itu. Aduh... Ibu ni nak datang tak bilang awal-awal. Masuk ofis ni pon tak beri salam. Asal main terjah aje! Oi, tangan tu... Aku bukan budak kecil lagilah!!!



Sah. Ibunya diserang penyakit happy syndrome. "Bahaya ni," bisik hati Faiz. "Salah satu penyakit yang paling aku geruni," tambah hatinya lagi. Sebelum jari-jemari ibunya sempat hinggap ke pipinya, dia terlebih dahulu bangkit dari kerusi dan lekas-lekas merapatkan pintu biliknya agar tidak dapat didengari oleh pekerjanya yang lain. Mereka di luar tertawa kecil melihat gelagat ketuanya yang amat mementingkan imej 'cool boss'nya. Malu Faiz seandainya dia dianggap mummy's boy.


(Faiz tak hisap rokok ya!)


Pintu pejabat ditutup lalu dengan pantas Faiz mendapatkan ibunya. Sambil mulut terkumat-kamit membaca kalimah bismillah, Faiz pun duduk kembali di kerusinya. Dengan perlahan dia menarik nafas dalam. "Brace yourself Muhammad Faiz!" ucap hatinya.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;