Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 8

Kesetiaan Ariana

"Saya hantar awak pulang..." pujuk Faiz.

"Hei! Awak ni faham bahasa melayu tak? Atau awak nak saya guna bahasa lipas saya?!" ujar Ariana geram.

Faiz senyum mendengar jawapan yang meniti di bibir mungil itu. Tidak dapat tidak, dirinya pasti tak lepas dari berbalah dengan lipas seekor ini...

Ariana sudah mengorak langkah ke arah pintu pagar yang tertutup rapat apabila namanya dipanggil oleh Faiz.

"Kita pernah berjumpakah sebelum ini?" tanya Faiz serius sambil cuba mengingati rupa 'cik lipas' yang seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Dahinya berkerut sedikit, berfikir.

Tanpa berfikir panjang Ariana menjawab, "Saya pasti tak pernah! Malang sungguh nasib saya kalau saya pernah bertemu awak sebelum ini!"

Faiz yang tadinya serius kini kembali tersenyum dengan kata Ariana. Mengangguk sebelum akhirnya berkata, "Probably so,"


"Sheesh! What a sudden change of vibe! Sekejap serius, sekejap lagi tersenyum. Cik hati, tolonglah jangan bergendang dengan kuat... Buatnya didengar Faiz, maka tak berdenyut lagi lah engkau akibat serangan jantung... Senyuman sebegitu boleh dijumpa di merata Singapura. Janganlah engkau terpedaya!" marah Ariana pada dirinya.

Suasana hening seketika. Ariana sibuk membetulkan pakaian barunya yang dipinjamkan cik Ati. Sungguhpun baju itu agak besar pada tubuhnya, dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia selesa dengan baju yang dipakainya kini. Dia kembali menatap wajah Faiz. Faiz menjungkit sebelah kening sebelum akhirnya jalan menuju ke kereta kesayangannya. Dia hanya bersandar sambil menyilang tangan lalu berkata, "Awak nak saya dukung awakkah?"

Muka Ariana semerta merah. Dia tiada pilihan lain selain untuk masuk ke dalam perut kereta. Sempat dia menjeling marah pada Faiz. Faiz hanya tersenyum menang. Sememangnya Faiz seorang yang bertanggungjawab. Dia yang telah membawa cik lipas ke situ, jadi dialah yang bertanggungjawab memastikan Ariana tiba di rumahnya dengan selamat.

Honda metalik milik Faiz meninggalkan perkarangan rumah nan indah itu. Dari dalam, sepasang mata sedang merenung tingkah mereka dengan hati berbunga riang. Dalam diam dia telah merangka rancangan yang pasti akan dilaksanakan dengan segera. Pasti!

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;