Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 7

Kesetiaan Ariana

Langkah Faiz terhenti saat mendengar jeritan Ariana. Dia yang berkira untuk berlalu masuk kini kembali di hadapan pintu bilik air, mengetuk pintu dengan kuat. Bimbang sekiranya apa-apa terjadi pada Ariana. Kau jangan buat hal, cik lipas! Dah lah aku culik kau tanpa pengetahuan sesiapa. Eh, kalau dah namanya culik, mana ada orang yang tahu kan? Argh!

"Cik lipas! Buka pintu ini!" bertalu-talu Faiz mengetuk pintu. "Kalau awak tak buka, saya rempuh pintu ni!" sambungnya lagi bila tidak melihat respon dari dalam.

Selepas beberapa ketukan, pintu bilik air pun terkuak. Faiz sedaya upaya cuba menahan tawa dari meletus. Namun dirinya tak sekuat yang disangka. Dia akhirnya ketawa terbahak-bahak! Aduh... Senak perut aku dibuat kau, cik lipas!


Ariana yang berdiri di hadapan pintu bilik air terasa bagai nak menangis. Namun kedatangan cik Ati telah menyelamatkan keadaan. Cik Ati mencubit lengan anak bujangnya yang masih galak ketawa lalu melaungkan nama bibik menyuruhnya membawa tuala kering buat Ariana. Bibik pun datang membawa tuala. Cik Ati melilitkan tuala tersebut ke badan Ariana yang menggigil kesejukan.

"Kenapa boleh basah begini?" soal cik Ati pada Ariana. Kasihan melihat gadis bertubuh kecil yang basah kuyup itu.

"Saya salah buka paip lah cik... Saya terbuka shower," jawab Ariana menahan sejuk yang terasa hingga ke sum-sum tulang. Matanya mencerun ke arah Faiz. Dia menyalahkan Faiz atas kejadian itu. Malah dia tak seharusnya berada di rumah itu pun! Terasa bagai nak dicekiknya batang leher Faiz. Bagai nak panah diri Faiz dengan kilat yang menyabung dalam hatinya tika itu.


Bagai nak panah diri Faiz dengan kilat yang menyabung dalam hatinya tika itu. Saya tak rasa ada perumpamaan sebegini. Ini hanyalah perumpamaan rekaan saya.Use at your own risk...)

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;