Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 6

Kesetiaan Ariana

Spageti yang ditelan Ariana bagai tersekat di kerongkong. Bagaimana dia boleh makan dengan selesa sedangkan dua pasang mata asyik merenung dirinya dan Faiz silih berganti. Dalam hati penuh penyesalan kerana membenarkan dirinya terperangkap dalam keadaan itu. Hisy, tak boleh jadi ni...

"Erm, ada apa-apa yang tak kena ke dengan muka sayakah? Atau ada makanan di bibir mungkin?" soalnya spontan dengan jari-jemari runcing yang galak menyentuh bibir. Memastikan tiada sisa makanan yang terlekat. Serentak tiga kepala memandang Ariana. Tiga pasang mata kini merenung dirinya. 

"Dang it! Nice job Ariana!" Ariana mengutuk perbuatan sendiri.

Faiz di hadapannya hanya menggeleng sebagai jawapan. Ariana jadi geram dengan tingkah jejaka itu. Matanya melirik ke arah dua wanita tadi. Apabila dia pasti mereka sedang menjamu selera, pantas kakinya menendang kaki Faiz di bawah meja. Peduli hape?! Aku pakai stokin... Lagipun dia pakai seluar panjang... Faiz yang tadinya begitu berselera makan memanggung kepala. Berkerut mukanya menahan sakit.

"Encik Faiz, saya belum sempat tanya mengapa encik bawa saya ke sini," sengaja dia tekankan perkataan 'encik' agar kedengaran lebih formal di mata kedua wanita yang tak jemu merenung mukanya.


"Aku tahu lah muka aku ni cantik mengalahkan miss world... Kalau iya pon tak payah lah nak tenung bagai nak juling biji mata tu!" gerutu Ariana dalam diam.

"Ha? Ah... Erm... " Faiz terlopong. Tak semena-mena dia mengaru kepala yang tidak gatal.


"Oh, erm... Ibu saya yang nak jumpa awak," ucapnya menahan sengih.


"Apa Iz ni?! Bila masa pulak ibu cakap begitu?" soal cik Ati hairan.


"Bukankah ibu yang suruh Iz bawa balik kawan perempuan?" seloroh Faiz dengan makanan yang penuh di mulut.


"Ibu suruh kamu bawa pulang rakan perempuan yang bakal menjadi suri hidup kamu!" terang cik Ati lembut lalu tersenyum dengan gelagat anak keduanya itu. Dia dapat rasakan yang hubungan Faiz dan Ariana agak luar biasa. Kalau tidak, masakan Faiz akan memanggil gadis itu 'cik lipas'?

Ariana yang ketika itu sedang meneguk minum tersedak. Lantas cik Ati menghulurkan segelas green tea padanya.

"Lipas suka minum green tea? Tak pahitkah? Ouh, aku lupa... Bagi orang yang sadis macam kau tu, air green tea memang tepat dengan cita rasa kau bukan?" kata hati Faiz. Tiba-tiba Faiz mendapat akal untuk mengenakan Ariana. "Kini giliran aku pula untuk mengenakan kau, cik lipas!" Faiz tertawa dalam hati.


"Maaf, saya nak minta diri ke tandas sebentar," ujar Ariana membatalkan niat Faiz.

"Hisy! Ini perempuan tak reti nak duduk diam ke? Macam tahu-tahu aje yang aku nak kenakan kau!" marah Faiz dalam hati. Faiz hanya memerhatikan tingkah Ariana yang bangun menuju ke tandas yang ditunjukkan bibik. Tandas rumah itu terletak berdekatan dengan dapur.

Ariana benar-benar sudah tidak mampu nak berkata apa lagi dah... Seluruh bahagian di rumah itu begitu mempesona. Hinggakan tandas pun ada bath tub! Dapurnya tak payah cakap lah... Mengalahkan presiden gamaknya! "Hiperbola betul aku ni... Macam lah aku pernah masuk rumah presiden..." Ariana menguntum senyum dengan kata hatinya sendiri.

Ariana yang berada dalam tandas tika itu terdengar ketukan di pintu. Dia merapatkan telinga ke pintu untuk mendengar kalau-kalau ada suara di luar. Tersentak dia saat mendengar suara Faiz yang nyaring.

"Hoi cik lipas, lama benar kat dalam tandas tu?!" pekik Faiz dari luar. "Jangan membazir air tau! Nanti bill air rumah ni naik!" tokoknya lagi.

"Pak sakat ni... Tak boleh ke biarkan aku buat bisnes dengan aman dan tenteram? Ada sahaja modalnya nak mengenakan aku!" omel Ariana. Pun begitu, dirinya menjadi kelam-kabut dengan kata-kata Faiz. Lama sangat ke aku kat dalam tandas ini? Yang perut ni pulak tak henti-henti... Asyik memuuuulas aje...


Dalam kekalutan itu, dia buntu untuk membuka paip yang mana. Punya lah banyak paip air dalam tandas ni... Rasanya memang patut pun bill air rumah kau naik melambung!

"Aaaahhhhhhhh!!!" pekik Ariana.

2 comments:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;