Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 4

Kesetiaan Ariana

Faiz menonong masuk ke dalam pejabat pak longnya. Matanya meliar mencari seseorang. Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh gadis kurus yang memakai baju kurung First Lady. Gadis itu baru sahaja keluar dari bilik pak long Faiz merangkap bossnya. Itulah gadis yang dicari Faiz. Hutang gadis itu padanya perlu dilangsaikan dengan segera. Sekarang juga!

Faiz menghalang gadis itu dari kembali ke mejanya. Gadis itu membuat muka selamba lalu menolak lengan Faiz dengan fail tebal di tangan.

"Ke tepilah!" jerit Ariana bila Faiz berkeras tidak mahu berganjak dari tempatnya.

Tuan Razak yang mendengar jeritan kecil Ariana menoleh ke arah tingkap kaca yang membolehkannya melihat kejadian di luar. Ariana menghenyak punggung ke kerusi. Faiz membontoti Ariana. Tangan Faiz melekap pada hujung meja Ariana. Faiz memandang tepat pada anak mata coklat milik Ariana. Tuan Razak yang kini berdiri di sisi pintu melihat tingkah anak saudaranya dengan mata yang tidak berkelip. 

"Faizkah itu?" bisik hati tuan Razak. Sukar untuknya mempercayai apa yang dilihat oleh matanya sekarang. Anak saudaranya yang pernah patah hati dengan bekas kekasihnya tidak lagi berani bertentang mata dengan mana-mana perempuan. Dia akan cepat naik berang kerana tidak mahu hatinya terpikat dengan mana-mana hati milik hawa. Lantaran itu, tuan Razak perlu mengingatkan Ariana supaya berhati-hati dengan tingkahnya sewaktu berjumpa dengan Faiz untuk menghantar fail. Ariana mempunyai sifat keperempuanan yang mampu menggoyahkan jiwa mana-mana lelaki yang memandang. Andai sahaja dia punya anak lelaki, pasti sudah lama dia meminang Ariana buat anaknya.

"Saya nak tuntut hutang awak," ucap Faiz. Keluhan berat keluar dari mulutnya bila Ariana mendiam tidak berkutik. Hatinya jadi gelisah saat menerima mesej dari ibunya sewaktu di Causeway Point tadi. Niatnya untuk membeli baju baru terbantut. Dia tidak mahu 'anak'nya diapa-apakan oleh ibu. Selebihnya dia mahu mengelak daripada ditemukan dengan perempuan-perempuan yang menjadi pilihan hati ibu. Faiz sangka ibu hanya main-main. Tapi nampaknya ibu benar-benar mengotakan janjinya!
Iz, balik skrg juga!
Ibu tunggu kamu di rumah.
Kalau kamu x dtg dalam sejam...
tahulah apa yang ibu akan buat dgn
ikan koi yang baru kamu beli tu.
Ibu akan masak buat santapan perut ibu & Seha!
Oh tidak! Kali ini Seha pula... Ya tuhan, lindungilah anakku yang baru ingin melihat dunia... Faiz mati kutu. Anak yang dia maksudkan ialah ikan Koi yang baru kelmarin dibelinya di kedai ikan Yong Hwa. Saiz badan ikan itu boleh tahan besar. Faiz sungguh beria-ia dalam menjaga ikan Koinya itu. Malahan dia sudah membeli sebuah kolam kecil untuk ikannya. Siap memastikan yang kualiti air seimbang agar ikannya dapat hidup lama.

Mata Faiz masih melekap pada muka putih bersih Ariana. Tiada jerawat yang berani tumbuh di kulit itu. Kulitnya licin bak kulit telur. Gadis itu dilihatnya masih tekun melakukan tugas. Langsung tak menghiraukan Faiz yang berdiri bak cacing kepanasan di hadapannya. Setia menunggu jawapan gadis itu.

"Duhai cik lipas... Awak dengar tak apa yang saya baru cakap tadi?!" bentak Faiz. Sedaya-upaya dia cuba mengawal suara agar tidak kedengaran oleh mereka yang lain.

Ariana memanggung kepala memandang Faiz. "Hakuna Matata!" dua potong perkataan sahaja yang diucap pada jejaka tinggi lampai itu.

Faiz kehairanan. Hakuna Matata? Apa itu? Binatang spesis barukah? Atau... itu bahasa lipas? Hisy! Nampaknya aku nak kena belajar bahasa lipas gamaknya untuk berhubung dengan gadis pelik ini...

"Haku... mata... Hah? Mata siapa?" Faiz tayang muka bingungnya. "Apa benda yang awak merapu ni? Hey, saya tak ada masa lah nak melayan awak berbahasa lipas tau! Saya datang ni cuma nak tuntut janji awak! Itu sahaja!" kali ini suara Faiz kedengaran agak kuat berbanding tadi.

Ariana tersentak. Sekilas dia memandang ke arah teman-teman sepejabatnya. Bahasa lipas kau cakap?! Jadi kau anggap aku ni lipas lah ya?... Tunggu kau... Ariana mengambil air freshener dalam laci mejanya lalu disembur sekelilingnya. Faiz terbatuk dengan semburan Ariana itu.

"Awak ni dah kenapa hah?!" marah Faiz. "Tak nampak ke jejaka idaman setiap gadis di Singapura ada di depan mata?!" sambung hatinya.

"Saya tak mahu ada lipas yang berdiri dekat dengan saya! And for your information, hakuna matata means to have no worries! And you!" Ariana menuding jari ke arah Faiz. Hampir juling biji mata Faiz. "Really need that phrase most!" ucap Ariana bersama sengihan yang dibuat-buat. Peduli hape aku, kau boss ke tidak. Yang penting, kau dah pun menandatangani kontrak dengan tuan Razak dan KAU BUKAN BOSS AKU!!!

Mata Faiz terbuntang mendengar tutur kata Ariana yang baginya tak masuk dek akal. Sebuah lagi keluhan terhembur keluar dari mulutnya. You leave me with no choice cik lipas... Lalu Faiz dengan selambanya mengambil beg tangan Ariana di atas meja dan membawanya keluar dari pejabat itu.

Sekali lagi Ariana tersentak dengan kelakuan Faiz. "Hoi! Awak nak ke mana dengan beg tangan saya itu?!" pekik Ariana cemas. Ariana mengekori Faiz hingga ke lobi. Faiz sedang berdiri di sebelah kereta Honda CR-V metalik miliknya. Dia mengisyaratkan Ariana untuk masuk ke dalam kereta.

"Kalau saya tak nak?" duga Ariana.

Faiz hanya menjungkit bahu lalu menyusup masuk ke dalam keretanya bersama beg tangan Ariana yang dicampak ke tempat duduk belakang.

2 comments:

  1. yong hwa? cn blue?hahaha. ok saje aje nak test komen~

    ReplyDelete
  2. Hahahaa! Tapi CN Blue member, Jung Yong Hwa! But really! I remember the name of that shop kat Admiralty namanya memang Yong Hwa fish something... So... Yong Hwa la.

    ReplyDelete

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;