Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 3

Kesetiaan Ariana

"Aduh... Dalam ramai-ramai orang, kenapa pak long ambil dia sebagai setiausahanya? Kot iya pon carilah yang tak kuat melalak..." ngomel Faiz. Tangannya lincah membancuh milo panas. Macamlah memilih setiausaha itu memerlukan mereka mengisi bahagian kemahiran sebagai kuat menangis. "Hisy, tak pernah aku buat Milo dalam seumur hidupku... Tapi disebabkan kau, terpaksalah aku buatkan, tahu?" gumam Faiz sendirian. "Haiz... Kasihanlah siapa yang menjadi isteriku nanti. Tak dapat nak merasa air tanganku yang pertama... Ni semua salah cik lipas itulah!" bisik hati Faiz. Hairan dia dengan permintaan gadis itu yang dirasakan tak masuk dek akal. Dalam keadaan begini, dia tiada kuasa untuk melawan kata gadis itu. Mahunya lagi kuat dia memekik! Habis nanti seluruh ofis tahu. Kalau itu benar terjadi, hancurlah reputasinya! Sungguh Faiz kagum dengan Ariana yang mampu berbicara dalam tangisnya itu. Pasti berkat latihan bertahun lamanya!

"Kalau awak nak saya berhenti...hu..hu.. Awak kena buatkan saya air Milo panas.. hu..hu.. Kalau tidak... hu... Saya susah nak berhenti! Uwaaa!!! Awak... hu.. kena letak serbuk milo satu sudu, gula dua sudu, susu pula harus digunakan susu serbuk.. hu.. Saya.. hu... tak minum susu pekat," ucap Ariana dalam tangisnya.

Terlongo Faiz mendengar permintaan Ariana itu. Telinganya cuba 'menterjemah' ayat yang keluar dari mulut gadis itu.

Tangan Faiz terhenti dari mengacau air Milo. Alamak! Aku terlupa nak letak susu. "Mana aku nak cari susu serbuk ni? Dahlah aku tak pernah jejakkan kaki dalam pantri ini," gerutu hati Faiz. Dia mengaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah tin susu pekat jenama F&N. Dia teragak-agak untuk meletakkan susu pekat tersebut dalam bancuhan Milo itu. Hendak bertanya sama Iza, setiausaha merangkap kakak iparnya, di mana letaknya susu serbuk, dia malu. Mana hendak diletakkan mukanya nanti! Silap langkah, bila dia pulang nanti heboh satu rumah mengatakan Faiz, yang selama ini tidak pernah jejakkan kaki ke dapur, membancuh air! Mulut kakak iparnya itu boleh tahan lasernya, mengalahkan radio rosak!

Faiz melangkah dengan cepat ke pejabatnya setelah selesai membancuh Milo. Langkahnya amat berhati-hati agar tidak menumpahkan air yang dia isi lebih. Penuh satu cawan Faiz isi airnya!

"Nah, airnya," Faiz menghulurkan secawan milo panas buat Ariana. Dalam hati dia kesal dengan kejadian tadi. Niatnya sekadar ingin mengenakan gadis itu. Mana dia tahu yang gadis itu akan menangis dengan teruknya setelah tahu yang dirinya dikenakan oleh Faiz. Dia kira, Ariana akan berhenti setelah beberapa minit. Namun sangkaannya meleset sama sekali apabila tangisan Ariana semakin kuat. Faiz mengeluh. Kalau dah namanya perempuan, tak sah kalau tak mengalirkan air mata.

Ariana menyambut cawan yang dihulurkan Faiz padanya. Tidak berkelip Faiz memandang gadis itu. Dia juga hendak tahu bagaimana rasa air yang pertama kali dibuatnya itu.

Ariana mendekatkan cawan itu di bibirnya. Sikit sahaja lagi bibirnya akan mengena dengan cawan tersebut. Sikit lagi... Hampir... Tiba-tiba tangannya terhenti. Ariana memanggung kepala memandang wajah Faiz yang setia melihat reaksinya dari tadi. Mata mereka berlaga. Faiz segan lalu memandang ke arah lain.

"Tahu malu juga pak sakat ni..." gerutu Ariana dalam diam.

Dia kembali memandang air milo di tangannya. Dihidu terlebih dahulu aromanya. Dari hujung mata, Faiz dapat melihat tindakan Ariana yang dirasakannya agak ganjil itu. Eh, jap. Memang ganjil pon! Mana ada orang yang nak hidu aroma minuman terlebih dahulu?

"Perempuan ini betul ke tidak?!" Faiz masih cuba meneka sifat Ariana yang lain dari gadis yang pernah dia temui sebelum ini. Kalau nak difikirkan kembali, rakan perempuan Faiz bukannya ramai pun. Faiz pendiam dan pemalu orangnya.

Faiz masih lagi memerhatikan Ariana dari hujung matanya. Dia berpura-pura sibuk dengan bacaannya. Diselak dokumen yang tadinya dihantar Ariana. Ariana mula merapatkan bibirnya kembali. Faiz mengintip Ariana di sebalik dokumen tersebut. Dia hendak melihat aksi Ariana seterusnya.

Bibir Ariana hampir mencecah cawan tersebut... Lagi sikit...Semakin hampir... Lalu Ariana meneguk minuman yang dibuat Faiz itu. Raut wajahnya serta-merta berubah! Faiz cuak. Oh tidak! Dia tahukah aku guna susu pekat?

Belum sempat faiz menanya apa yang tidak kena dengan air tersebut, Ariana terlebih dahulu menyembur keluar minuman di mulutnya! Habis basah kemeja hijau lembut yang dipakai Faiz.

"Masiiiiiinnnnn!" jerit Ariana. "Berapa tan garam yang awak letak dalam air tu? Mana ada air Milo yang masin sebegini?!"


Muka Faiz memerah. Baju aku dah disemburnya dengan air Milo itu, ada hati lagi nak complain tak tentu pasal!!! Faiz berdiri bercekak pinggang. "Hoi cik lipas!" sergah Faiz.

Ariana memanggung kepala melihat raut wajah Faiz yang berbeza dari pertama kali dia temui. Hilang sudah ketenangan di wajah tersebut. Yang ada hanya api kemarahan.

Faiz meletakkan kedua tangannya di sisi sofa yang diduduki Ariana. Ariana bungkam di duduknya. Bagaikan terasa bahang kemarahan Faiz yang berada di hadapannya saat itu.

"Awak dah nangis di hadapan saya, paksa saya buat air Milo untuk awak, sembur air di baju saya, dan sekarang ini awak ada hati nak complain tentang cara saya membuat Milo?!" bulat biji mata Faiz memandang Ariana.

"Huh! This is unbelievable!" Faiz melempiaskan amarahnya pada gadis tersebut.

Ariana yang sedari tadi duduk membungkam kini menopang dagu memandang Faiz. Dia kelihatan tenang walaupun baru 'diserang' Faiz.

"Pertama sekali..." Ariana mengembangkan jari telunjuknya. "Iya, memang benar saya menangis. Tapi siapa yang menyebabkan saya nangis? Awak bukan? Jadi tentu sekali awak harus bertanggungjawab menenangkan saya," ucapnya dengan sebuah senyuman manis yang dibuat-buat. Belum sempat Faiz membidas kata gadis itu, Ariana terlebih dahulu mengembangkan jari hantunya. Menandakan yang dia bakal mengutarakan poin keduanya. "Kedua, mana ada saya paksa awak buat air Milo untuk saya? Bila masanya pula saya memaksa awak?" sengaja ditekankan perkataan 'memaksa' agar Faiz sedar yang dia tidak memaksa, sebaliknya hanya memberi pilihan pada Faiz. Faiz hanya perlu memilih, antara hendak atau tak sahaja.

Tentu sekali Ariana sedar yang Faiz akan mengikut kehendaknya! Tujuannya tidak lain tidak bukan, untuk mengenakan jejaka yang telah membuatkan dia menumpahkan air mata di hadapan seseorang yang baru pertama kali dijumpainya itu! Huh! Baru kau tahu rasa gabra semacam ya! Padan muka kau sebab dah kena kelentong dengan aku! :p


"DAN YANG TERAKHIR! Ada ke patut awak tanya kenapa saya complain dengan cara awak buat air itu?!" kali ini suara Ariana mulai meninggi. "Huh!" bentak Ariana.

"Hei cik lipas! Suka hati saya lah macam mana saya nak bancuh air tu. Kalau dah memang cita rasa saya begitu, nak buat macam mana?!" Faiz enggan mengaku kalah dalam perbalahan mulut dengan Ariana. Terjengil mata Ariana mendengar Faiz berkata sedemikian.

"Hah! Kalau dah cita rasa awak tu bagus sangat... Buktikanlah! Saya nak tengok awak minum air Milo yang awak dah buat tu!" cabar Ariana, memuncungkan mulutnya ke arah secawan Milo di atas meja bulat.

"Baiklah! Kalau saya boleh minum air tu sampai habis, awak mesti turuti kemahuan saya, bolehkah?" cabar Faiz pula. Dia memandang Ariana meminta pengesahan.

Ariana tidak mahu kalah. Dia memandang Faiz tajam lalu mengangguk tanda setuju. Dengan itu, Faiz pun meneguk Milo yang didakwa Ariana masin itu. Sekali teguk, sampai ke telinga rasa masinnya itu! Namun Faiz paksa mulutnya untuk meneguk air itu sampai habis.

Bulat mata Ariana memandang Faiz. Mamat ni biar betol! Gila kapeh?! Ego sungguh kau ya, pak sakat!

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;