Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 29

Kesetiaan Ariana

Kepulangan Faiz tidak malam itu tidak disambut Ariana. Keadaan rumah yang gelap-gelita menandakan yang Ariana sudah tidur. Faiz melangkah masuk ke bilik Ariana. Pintu bilik terkuak. Tubuh Ariana yang terbaring direnungnya tanpa perasaan. Fikirannya kosong. Sekosong jiwanya yang merintih pedih tatkala Ariana menolak cintanya. Matanya mengerling ke segenap ruang bilik Ariana. Matanya tiba-tiba terpaku pada sebuah anak patung beruang yang sudah lusuh. Entah mengapa, otak Faiz terasa sakit yang teramat sangat. Anak patung itu mengingatkan Faiz akan suatu kejadian yang telah lama dilupakan. Kejadian yang meninggalkan impak besar dalam diri Faiz dari segi fizikal dan mental.

Faiz menyanyi girang pagi itu membuatkan Ariana pelik dengan sikap Faiz. Bertambah hairan dia melihat Faiz berpakaian kasual pagi itu. Tak kerjakah dia hari ini? Ingin bertanya, Ariana segan. Lebih-lebih lagi dengan apa yang telah berlaku dalam hubungan mereka baru-baru ini. Ariana takut Faiz akan membangkitkan soalan yang dia sendiri tidak tahu samada dia mampu menjawabnya ataupun tidak. Baru semalam Faiz meragui dirinya dan Zaki. Kini perangai Faiz berubah dalam sekelip mata. Masakan apa yang aku katakan semalam sedikit pun tidak meninggalkan kesan dalam dirinya? Andaian demi andaian bermain di fikiran Ariana.

Faiz menjamu selera pagi itu dengan santai sekali, seolah tiada apa yang berlaku semalam. Manakala Ariana pula menelan makanannya dengan payah sekali, seolah batu yang ditelannya. Semuanya dek pandangan Faiz yang sedari tadi tertumpu pada raut Ariana. Ariana rimas diperlakukan sebegitu. Dia berharap agar Faiz cepat ke kerja pagi itu. Tidak perlulah dirinya berada dalam keadaan yang menyesakkan dada itu. Sungguh! Dirinya bak cacing kepanasan tika itu.

"Burp~" Faiz sendawa kuat.

"Ya tuhan... Aku kahwin dengan lelaki inikah?" bisik hati Ariana seakan tidak percaya. "Cepatlah keluar. Pergi kerja!" bisik hatinya lagi namun hampa, Faiz melangkah ke ruang tamu lalu menekan suis televisyen dan PS2. Ariana menyibukkan diri membasuh pinggan di dapur. Fikirnya, Faiz akan ke kerja lewat sedikit. Sangkaannya meleset sama sekali apabila jarum jam menunjukkan angka 1 petang dan Faiz masih lagi menghadap PS2nya.

Ariana memulas tombol pintu biliknya. Langkahnya diatur menuju ke dapur bagi menghilangkan dahaga. "Yes!" jerit Faiz dari ruang tamu. Seronok benar Faiz dapat mengalahkan Patrick dalam permainan Spongebob Squarepants. Lagaknya tidak ubah seperti budak lima tahun. Tanpa sedar Ariana sudah berada di tingkap kecil yang menjadi penghubung antara dapur rumah itu dengan bahagian ruang tamu. Dia sedang leka memerhatikan Faiz bermain PS2. Di tangannya terdapat gelas yang separuh penuh.

"Seronok sangatkah main game budak-budak tu?" soal hati Ariana. Dia tidak minat dengan permainan PS2. Kalau membaca novel tu minatlah.

Seolah mengetahui yang Ariana sedang memandang ke arahnya, Faiz pun bersuara. "Best main game Spongebob ni. Tapi lagi best kalau ada orang yang temankan saya main,"

Ariana berpura-pura tidak mendengar ayat yang baru Faiz ucapkan. Dia segera melangkah ke sinki bagi mencuci gelas yang kotor itu. Saat dirinya ingin melangkah masuk, dia dikejutkan dengan sergahan Faiz di tepi pintu masuk dapur. Ariana mengancing gigi dengan perbuatan Faiz itu.

"Awak tak nak temankan saya mainkah?" soal Faiz. Tiada respon dari Ariana. Ariana melarikan pandangan ke arah dinding. Dia sengaja mengelakkan dari bertembung mata dengan Faiz. "Oooh... Awak nak jual mahal ya? Tak apa. Nanti kalau kita dah ada anak, dia boleh temankan saya," gurau Faiz. Pipi Ariana terasa hangat setelah Faiz selesai menutur kata. Faiz tersenyum sumbing. Tahu yang Ariana malu diusik begitu.

"Tepilah!" Ariana menolak badan sasa Faiz yang menghalang dirinya dari masuk ke biliknya semula. Namun Faiz lebih pantas menarik lengan Ariana, menahannya dari berlalu.

"Anak patung itu," ucap Faiz pendek. Tidak tahu dari mana harus dia mulakan bicara. Ariana pantas menoleh ke arah yang ditunjukkan Faiz. Hairan dia bagaimana anak patung beruang itu boleh ada di luar sedangkan selama ini dia begitu berhati-hati agar tiada sesiapa yang memegang anak patung itu, hatta arwah Aril sekalipun.

Anak patung itu mengingatkan Ariana bagaimana dia diselamatkan oleh seniornya suatu waktu dahulu. Malang sekali kejadian buruk telah menimpa seniornya dalam percubaan menyelamatkan Ariana. Kejadian itulah yang telah membuatkan seniornya bertukar ke sekolah lain. Khabar angin ada yang mengatakan bahawa seniornya hilang ingatan akan kejadian di sekolah itu. Ariana masih ingat lagi wajah seniornya yang berlumuran darah akibat terjatuh pada serpihan kaca saat menyelamatkannya dari sebuah kereta yang hilang kawalan. Saat itu Ariana baru menengah dua. Trauma yang dialaminya begitu dahsyat. Ariana hanya tahu bahawa senior yang menyelamatkannya itu bernama Faiz. Selebihnya dia tidak berani mahu bertanya kerana dialah penyebab kecelakaan itu. Ariana masih menyalahkan dirinya hingga kini. Seandainya dia dapat bertemu semula dengan seniornya itu, pasti akan dia lakukan apa sahaja bagi membalas jasa seniornya itu.

"You were carrying that doll when the car almost hit you, right?" hambar pertanyaan Faiz. Ariana kelihatan keliru. "You didn't know what I went through after, did you?" Faiz melepaskan tawa yang dibuat-buat. Tawa yang kedengaran sedikit sinis. "I have to face the public's ridicule. It was hard. Not just for me but my family as well," kali ini suaranya berubah serak. "It took us years to save up money for me to undergo plastic surgery. But it was worth it... It was all worth it. Because you're here... Standing right in front of me. Alive and breathing. Just please don't go, Yana. Please don't leave me alone,"

Mata Ariana sudah memerah menahan tangis. "Awak Faiz yang sama yang telah menyelamatkan saya dahulu?" soal Ariana dengan suara yang tersekat, meminta kepastian. Lemah lutut Ariana saat Faiz mengangguk kepala mengiakan soalannya.

1 comment:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;