Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 28

Kesetiaan Ariana

"Saya tak dapat terima awak," Ayat itu cukup membuat dunia Faiz berhenti berputar buat seketika. Keputusan Ariana amat mengejutkan Faiz. Ariana telah memikir perkara itu semasak-masaknya. Jikalau Faiz hanya menerimanya atas sebab kasihan semata, maka ada baiknya hubungan mereka berakhir di sini sahaja. Dia tidak mahu hubungan mereka terjalin berlandaskan belas semata.

"Sebab Zakikah?" Faiz mengumpul kudrat untuk menanya Ariana. Ariana hanya menggeleng kepala.

"Dia tak ada kena-mengena dalam hal ini! Jangan libatkan dia sama!"

Faiz mendekati Ariana. Bahu Ariana dicengkamnya kuat. "Sakitlah!" ujar Ariana. Faiz tidak menghiraukan jeritan mahupun rontaan Ariana itu. Direnungnya mata Ariana dalam-dalam. Mahu menyelami jauh ke dasar hati gadis yang masih bergelar isterinya itu.

"It's him, isn't it?" balas Faiz, masih enggan menerima jawapan yang diberi Ariana. Ariana menggeleng. Ariana jatuh terduduk saat tubuh Faiz keluar meninggalkannya keseorangan di rumah.


"Kenapa awak tak faham?" bisiknya dalam sendu.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Zaki. Hairan Zaki saat menerima mesej pesanan ringkas dari Faiz yang menyatakan dia ingin bertemu dengannya. Matanya dikerling ke arah jam tangan Casionya. Jarum jam tepat menunjukkan angka dua pagi.

"Jawab pertanyaan aku dengan jujur Zak," ucap Faiz tanpa menunggu dengan lebih lanjut. "Do you love her? Ariana?"

Zaki terkesima sebentar dengan soalan yang tak diduga itu. Haruskah dia berselindung akan perasaannya? "Yes, I do love her," Sejurus itu, satu tumbukan mengena tepat di perut Zaki. Zaki mengerang kesakitan di lantai bahana tumbukan padu Faiz.

"Why must it be her?" balas Faiz, dalam nada yang tertahan. "I get it clear now," Faiz baru melangkah setapak dua apabila dirinya dipanggil.

"But she loves you!" ucap Zaki dengan susah. Sakit di perut masih boleh ditahan, namun sakit hatinya terhadap Faiz yang tidak mempercayai kesetiaan Ariana tidak dapat ditahan. Dengan susah dia bangun lalu berdiri berhadapan dengan Faiz.  "Kau pernah bersekolah di Al-Irsyad bukan?" ujarnya menanya soalan yang telah lama ingin ditanya pada Faiz. Soalan yang sering dibawa angin lalu dek masa yang tak mengizinkan akhirnya terucap jua.

"Al-Irsyad? You mean Madrasah Al-Irsyad?" Zaki sekadar mengangguk mengiakan pertanyaan Faiz. "I think so but I vaguely remember my memories there,"

"Including that girl you save?" soal Zaki serius. Dia yakin Faizlah orang yang telah menyelamatkan Ariana namun rupa Faiz yang jauh berubah membuatkan Zaki ragu. "I'm pretty sure you're that same guy that saves her,"

"Apa kau merepek ni Zak? I think you got the wrong guy,"

"Ingat balik Faiz! Kalau kau tak nak aku rampas Yana dari kau, lebih baik kau ingat balik! Ingat semula kejadian sebelum kau keluar dari sekolah itu. Aku janji! Kalau kau tetap tak ingat, aku akan rampas Ariana dari genggaman kau!" tutur Zaki penuh semangat. "Aku tak akan biarkan Yana menunggu putera dalam mimpinya yang telah hilang ingatan!" Faiz kelihatan keliru dengan kata-kata Zaki. Zaki meneruskan kata. "Kalau ingatan kau begitu lemah hingga tak mampu mengingatinya, maka aku tak akan sekali-kali teragak untuk mengambil Ariana! Itu janji aku," tegas Zaki.

Faiz naik geram dengan kata-kata ugutan Zaki. "Ariana masih isteri aku!" jerit hatinya.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;