Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 27

Kesetiaan Ariana

Ariana memintal-mintal bantal peluknya. Peristiwa tadi masih terakam jelas di minda. Bagaimana Faiz mengeluarkan bunga ros merah dari belakangnya... Bagaimana dirinya terasa bagai di dalam cerita dongeng... Semua itu membuatkan Ariana resah. Dia tahu, dia bukanlah Beauty. Jauh sekali Cinderella. Dia hanyalah Ariana, puteri mak Lijah dan pak Kamal. Oleh itu dia berasa takut. Takut sekiranya kegembiraan yang dirasa kini bakal lenyap. Faiz seolah-olah cuba mempermainkan perasaannya. Ariana takut dan kerana itu matanya enggan lelap hingga ke dini hari. Mindanya tiba-tiba merawang jauh teringat akan kedatangan Zaki. Dia yang menyuruh Zaki datang ke rumahnya.

Pada mulanya Ariana ingin mengongsi perasaannya pada teman baiknya itu. Namun setelah semua tiba, persoalan utama yang ingin ditanya pada Zaki tenggelam. Mereka berborak hingga Ariana terlupa akan tujuan sebenar dia memanggil Zaki ke mari.

Ariana ingin menanyakan apa yang harus dia lakukan. Dia dapat rasakan yang layanan Faiz terhadapnya sudah berbeza sejak kematian Aril. Dia ingin menanyakan pendapat Zaki. Doesn't guys think alike? Namun apabila persoalan itu muncul kembali di benaknya, Faiz pula yang pulang ke rumah. Yang lebih mengejutkan, dia menerima bunga dari Faiz! Sangkanya, tekaannya bahawa Faiz telah mula sayangkannya itu benar. Ternyata dia silap! Itu hanyalah idea pak sakat untuk mengenakannya. Ariana meramas lagi bantal peluknya. Hampa akan jawapan yang diterima dari mulut Faiz. Dipusing ke kiri dan ke kanan dengan harapan dapat melelapkan mata. Nasib baik esok hari Sabtu.

Mata Faiz tidak lepas pandang wajah Ariana. Senyum yang ditahan sejak tadi akhirnya kelihatan jua. Ariana mencapai surat khabar di meja lalu menutup wajahnya. "Yang awak tengok muka saya sedari tadi tu kenapa?" marah Ariana. "Pagi-pagi lagi dah buat orang marah..." desis hatinya.

"Saja je. Nak tengok muka panda dalam rumah saya," Faiz berhenti sejenak, berfikir. "Wait. Are we even allowed to have panda in our house, here in Singapore? Shouldn't we sent it to Singapore Zoo?" ujarnya diikuti dengan tawa. Muka Ariana semakin masam. Dihentaknya surat khabar di pegangan ke atas meja. Makin kuat tawa Faiz melihat muka Ariana yang kini jelas di pandangan. Sungguh! Mata Ariana serupa mata seekor panda! A really cute panda indeed, tapi Faiz tak akan sekali-kali mengakuinya!

"Heiiii! Awak tu beruntung tau. Cuba belajar berterima kasih sedikit! Dah bagus tu, saya bangun pagi-pagi begini untuk sediakan sarapan buat awak,"

"Siapa suruh," balas Faiz sengaja mengapi-apikan Ariana.

"Baik! Mulai esok, awak buatlah sarapan awak sendiri!" Ariana sudah berkira untuk bangun namun Faiz lekas-lekas mencapai pergelangan tangan Ariana. Ariana terduduk dengan tindakan Faiz itu. Matanya memandang Faiz. Entah mengapa, dadanya berdebar hebat dengan tindakan spontan itu. "Awak..." Ariana terdiam saat jari telunjuk Faiz melekap di bibirnya. Semerta Ariana menjelir lidahnya. Geli. Atau lebih tepat lagi, dia rimas diperlakukan begitu oleh Faiz. Gelisah dia akan sikap prihatin yang Faiz tonjolkan sejak pemergian Aril.

"Eeewww! Awak ni kenapa? Confirm awak ni tak pernah tonton drama romantis! Awak sepatutnya diam, tengok saya dengan pandangan terharu, kemudian baru awak menangis!" ujar Faiz saat air liur Ariana mengena di jarinya.

"Huh? Kenapa pula saya kena buat begitu? Jari awak tu entah ada berapa billion kuman yang melekat, awak nak suruh saya rasa terharu? Buat apa? Terharu sebab awak dah transmit all that germs to me? No way!"

Faiz bingkas bangun dari duduk lalu menekup mulut Ariana. Bukan dia geli mana pun dengan air liur gadis itu. "Saya sayang awak," bisik Faiz di telinga Ariana lalu lekas-lekas keluar dari rumah.

Ariana terpaku di meja makan. Burubah air mukanya. "GERMS ALL OVER MY MOUTH!" jerit Ariana.

- Wait. Did he just say what I think he just said?

- I think he did...

- Wake up, Yana!

- But I am awake.


Ariana bermonolog sendirian lalu senyum bak orang hilang akal. Faiz yang lalu di meja makan pelik melihat Ariana. Rasanya, boleh meleleh jatuh air liur Ariana tika itu. Dijentiknya dahi Ariana. "Awak kenapa?" Berterabur angan-angan Ariana dek jentikan Faiz. Faiz masuk semula kerana terlupa mengambil kunci keretanya. Tak sangka yang dia bakal menyaksikan Ariana in her not-normal-state!

Ariana tahan malu. "Eh nanti!" ucap Ariana menghalang Faiz dari pergi. "Bukankah hari ini hari ibu? Awak perlu kerjakah?"

"Siapa kata hari ini hari ibu? You better check the calender, miss cockroach!" ucap Faiz seraya mengenyit mata pada Ariana lalu melangkah keluar. Bertambah merah muka Ariana dek pak sakat tak makan saman itu! Faiz menyanyi kecil menunjukkan betapa girang hatinya saat itu.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;