Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 26

Kesetiaan Ariana

"Pursue her," Kata-kata Karen masih terngiang di telinganya. Kini dia sudah berada di hadapan pintu masuk rumahnya.


How the hell am I suppose to pursue cik lipas? Spesis kumbang ni lain sikit cara memikatnya... Aduh...


- Wait. I'm not gonna pursue her. Never!


- Why not?


- Becuase that'll mean that I admit defeat!


- Defeat? Huh! Aren't you already in that state?


- No! I don't love her.


- Yeah?


- Absolutely!


- Okay, then what are you doing holding on a red rose? For her isn't it? Your cik lipas...


Faiz tersedar dengan suara hatinya yang kedengaran sinis itu. Dia menghala pandang pada bunga ros di genggaman yang telah dihias rapi oleh pekedai tadi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian. Seolah kakinya telah diprogram untuk ke kedai bunga pada petang itu. Namun hanya satu sahaja masalahnya. Dia belum ada cara yang sesuai untuk memberitahu isterinya bahawa dia cinta. Cinta? Dia sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan cinta. Faiz telah lama lupa erti cinta sejak Shazreema tinggalkannya dahulu.

"Yana, kita berkawan sejak kecil lagi. Kenapa kau nak malu pula? Cerita sahajalah pada aku, " Kaki Faiz terhenti saat ingin melangkah masuk ke flatnya apabila terdengar suara yang dikenalinya. Di luar pintu terdapat tiga pasang kasut. Tahulah Faiz bahawa ada tetamu yang bertandang di rumahnya malam itu. Entah mengapa, hatinya gelisah mendengar suara lelaki yang sedang berbual dengan Ariana.

"Tapi Zak, ini membabitkan perasaan aku!" ujar Ariana. Mata Ariana tiba-tiba mengerling ke arah pintu yang sedikit terdedah. Pelik. Rasanya dia sudah menutup pintu tadi. Pantas kakinya melangkah ke arah pintu untuk merapatkannya kembali namun saat terpandang wajah Faiz, semerta mukanya berubah. Faiz berlagak selamba dengan tersenyum pada Ariana. Ariana sudah kembali kepada dirinya yang dahulu sedikit demi sedikit dan kerana itu Faiz memanjat syukur pada Ilahi.

Faiz melangkah masuk. Briefcasenya diberi pada Ariana. Saat menyedari yang Zaki sedang menoleh ke arah mereka, semerta muka Ariana berubah merah. Dengan teragak-agak, dia menghulur tangan untuk mencium tangan Faiz. Sesuatu yang sudah lama ditinggalkannya sejak tragedi melanda dalam keluarga itu. Kegusaran Faiz hilang sedikit dengan penerimaan Ariana. Dia tahu Ariana gadis yang baik. Have I really fallen for her? Cik lipas?


Zaki masih tidak lepas pandang ke pasangan suami isteri itu. Faiz mengambil kesempatan yang ada dengan memberi bunga ros di tangan kepada Ariana. Dengan teragak-agak Ariana menerimanya. Dalam hati berbicara, "Pak sakat ni dah kembali ke perangai lamanyakah? Kerja nak menyakat aku aje. Pulak tu, depan Zaki lagi! Aduh, Ariana... Control gelabah kau. Maintain a good posture. Fuh!" Ariana senyum pahit. Serasa bagai nak menyembunyikan wajahnya tika itu. Wajah Ariana sudah merah menyala! Ini merupakan kali pertama dia menerima bunga ros dari lelaki. Bunga pertama yang diterimanya pula ialah dari suaminya sendiri.

Melihat Ariana yang cuba menyembunyikan gelabahnya membuat Faiz tersenyum kecil. Faiz lalu pusing berhadapan dengan Zaki lalu menyoal, "Kau datang dengan siapa?" Nada suaranya cuba dikawal agar tidak kedengaran cemburu mahupun marah. Ariana lekas-lekas meminta diri untuk masuk meletak briefcase Faiz di bilik bacaan.

"Aku datang dengan Syahir dan Irah, adik aku. Dia orang ada dekat dapur. Tengah makan," jawab Zaki seakan dapat membaca apa yang bermain di minda Faiz. Tidak elok rasanya dia berlama di rumah itu malam-malam begini memandangkan Faiz pun telah pulang. Zaki sudah berkira untuk meminta diri namun saat terpandang Ariana yang muncul bersama segelas air oren mengingatkannya akan tujuan sebenar dia ke sini. Ariana mmberi gelas itu pada Faiz. Faiz meneguk dengan rakus minumannya. Pakcik ni macam dah setahun tak diberi minum pulak... Kot iya pon, jemputlah tetamu minum sekali...


"Minum Zak," Ariana menoleh ke arah gelas Zaki yang tak berusik. Zaki pantas meneguk minuman lalu kembali menghala pandang wajah Ariana.

"Kau nak cerita atau tak ni? Syahir pon aku tengok sedari tadi asyik menguap. Aku nak kena hantar dia pulang lagi tau. Nasib baik aku bawa kereta," ucap Zaki namun dilihatnya Ariana semakin kaku apabila Faiz turut berada di ruang yang sama. Zaki mengeluh. "Tak mengapalah. Lain kali sahaja mungkin," ujar Zaki lalu bangkit dari duduk.

Faiz yang mendengar terasa pelik. Apa yang ingin Ariana cerita pada Zaki? Ditoleh kepalanya ke arah dapur. Syahir sudah terkuap menahan kantuk. Dapatlah Faiz membuat andaian yang mereka sudah lama bertandang di rumahnya. Faiz kembali menghala pandang pada kaca televisyen yang mana rancangannya tidak mampu menarik minat Faiz sekalipun rancangan bola. Faiz berlagak tenang saat Zaki bersalaman dengannya walaupun hatinya meronta ingin tahu apa yang ingin Ariana sampaikan pada teman baiknya itu. Dia hanya tahu yang Zaki dan Ariana telah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Dan kerana itu hatinya membara. Cemburu? Mungkin... Dia tidak senang melihat lelaki lain berbual dengan Ariana hatta Zaki, teman baik Ariana sekalipun!

Ariana menutup pintu utama setelah kelibat Syahir dan Zaki hilang dari pandangan. Pantas dihala pandang wajahnya pada Faiz di ruang tamu. Gulp. Pandangan maut itu! Aku tak tahu cik lipas punya pandangan maut sebegini kuat! 

Faiz cuba berlagak selamba. Jikalau panahan mata Ariana itu boleh dimaterialisasikan, pasti tubuhnya kini berlobang-lobang akibat panahan mata Ariana. Ditekannya butang di alat kawalan jauh televisyen, berharap agar Ariana tidak memandangnya lagi. Setelah beberapa saat, Faiz kalih pandang semula di tempat yang tadinya Ariana berdiri. Aik? Hilang dah? Mana dia pergi? Ditoleh kanannya, "Aaaa!" Hampir terhenti denyutan jantung Faiz.

Ariana sudah berdiri bercekak pinggang di sebelahnya. "Awak ni dah tak ada kerja lainkah? Kenapa awak bagi bunga pada saya? Sengaja nak menyakat saya kan? Eeeeiiiiii geramnya! Depan Zaki lagi tu! Awak tak malukah?" panjang Ariana berhujah.

"Malu? Buat apa saya nak malu? Dari cara awak berbual, serupa dengan ibu saya tahu? Jadi tindakan saya memberi bunga pada awak adalah tindakan yang tepat sekali," Terjungkit kening Ariana mendengar suara Faiz yang gembira itu. Tindakan yang tepat?

"Apa maksud awak?"

"Di tempat kerja saya, mereka memberi bunga ros pada setiap orang untuk diberi pada emak sebagai peringatan yang esok hari ibu!" Hari ibu? Entah betul entah tidak, Faiz sendiri tak tahu. Yang penting dia harus mencari alasan bagi menutup malu. Baru nak confess, ada sahaja halangan yang mendatang...

Hangat muka Ariana mendengar Faiz bertutur. "Awak... Urgh!" dengus Ariana. Faiz tersenyum kerana dapat mengenakan cik lipas. Hatinya berbunga riang setiap kali berbalah dengan Ariana. Baik dahulu, mahupun sekarang.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;