Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 24

Kesetiaan Ariana

"Pak long! Bila pak long tiba? Iz tak nampak pon pak long masuk?" soal Faiz pada pak longnya yang kini duduk di hadapannya. Bila pula pak long melangkah masuk ke pejabat aku ni?

"Macam mana Iz nak perasan kalau dah asyik duduk termenung dua puluh empat jam di pejabat?" ujar tuan Razak. Faiz tersengih bagi menutup malu. Tangannya mula mencapai fail yang bertimbun di atas meja. Semua itu memerlukan semakan yang teliti dan tandatangannya. Tuan Razak merenung Faiz penuh makna. Faham akan masalah yang membelenggu diri anak muda itu. "So how's life?" tuan Razak memulakan bicara.

"As usual... Busy everyday," balas Faiz ringkas. "So, ada apa pak long ke mari?"

Bunyi macam tak suka je aku ke mari... "I'm here not because of business, Iz. I'm here for personal matter," ucapan tuan Razak membuat tangan Faiz berhenti melakukan kerja. Faiz mengangkat wajah memandang tuan Razak. Keningnya terjungkit sebelah, menyoal maksud kedatangan pak longnya.

"Your mom's worried about you," ayat tuan Razak membuat Faiz melepaskan keluhan berat di bibir.

"Pak long... Kalau itu tujuan pak long ke mar..." ayat Faiz mati di situ saat pak longnya mengangkat tangan menyuruhnya berhenti berbual.

"Pak long nak Iz dengar baik-baik apa yang akan pak long katakan ini..." ujar pak longnya serius. Faiz menelan liur yang terasa kelat. Bila kali terakhir pak long bersuara sedemikian padanya? Seingatnya waktu dia dan Dini, adiknya melawan kata ibu sewaktu mereka kecil dahulu. Pandangan pak long berubah redup. "You love her," Wajah Faiz berubah mendung.

"Iz dah lama lupakan kisah lama, pak long," jawab Faiz tenang.

"I'm not referring to Shazreema!" pintas tuan Razak membuatkan Faiz kalih pandang wajah pak longnya. "Ariana," sambungnya ringkas. Zap! Jantung Faiz tersentap. Begitu dahsyatnya penangan Ariana dalam diri Faiz.

"Iz..." Faiz kehilangan kata. Tuan Razak tersenyum. Dia bangun lalu menepuk bahu anak muda itu. Wajah Faiz tidak boleh menipu dirinya yang terlebih dahulu makan garam. I can read you like an open book, Faiz!


"Dengar apa yang akan pak long katakan ini dengan jelas. Kamu sayangkan Ariana! Sebenarnya pak long dapat rasakan yang hubungan kamu berdua agak luar biasa dari awal lagi," tuan Razak berhenti sebentar. Mana ada pasangan yang baru bernikah kelihatan renggang?

"Iz yang sekarang ini kelihatan lifeless! I can see through you eyes, Iz. You love her. Yet you're afraid of your own feelings! Don't run away from it! It'll only hurt the both of you more! Dan jangan bilang yang Shazreemalah penyebabnya, Iz. From the moment you step foot into my office, I can already see that you fell for her... So don't tell me you're still waiting for Shazreema," ujar tuan Razak mengingati kembali saat Faiz masuk ke pejabatnya di suatu hari. Raut Ariana kelihatan masam mencuka. Kemudian dilihat Ariana menyembur air freshener dekat tempat anak saudaranya berdiri. Bukankah itu cinta namanya? Tuan Razak teringat zaman mudanya dahulu. Cuma sahaja dirinya bukan disembur spray, tetapi secawan ais!

Faiz menguak rambutnya ke belakang buat kesekian kalinya. Ini semua gara-gara pak long. Faiz menutup fail di tangan dengan kuat. Fikirannya kacau! Semuanya gara-gara pak long. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, tiba-tiba telefon pak long berdering. Pak long segera meminta diri atas urusan pejabat yang tak boleh ditangguhkan. Akhirnya Faiz membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Tak ada gunanya kalau dia di pejabat sehari suntuk kalau satu kerja pun tak mampu dihabiskan.

"Aaaah!" jerit Faiz diikuti dengan jeritan Ariana. "Awak buat apa dalam gelap ni?" soal Faiz. Terkejut dia saat melihat lembaga hitam berdiri di balkoni rumahnya. Dadanya yang berombak mula tenang saat suara yang tidak asing menyapa di cuping telinganya. Walaupun sudah lama tidak mendengar suara Ariana, namun dia masih kenal itu.

Ariana kalih pandang wajah Faiz. "Saya buat apa dalam gelap? Suka hati sayalah nak buat apa..." ujar Ariana. Entah mengapa, resah hati Faiz hilang saat mendengar suara yang sudah lama tidak didengarinya. Dua minggu. Itulah jangka masa Ariana mengurung diri sendirian di bilik. Ini merupakan kali pertama mereka berbual selepas berlakunya tragedi hitam itu.

"Nah," ucap Faiz lembut namun reaksi Ariana amat memeranjatkan. Rupa Ariana tiba-tiba berubah ketakutan. Seakan baru ternampak hantu lagaknya. "Kenapa ni?" soal Faiz cemas. Niatnya sekadar memberi secawan milo panas pada Ariana. Seingatnya, Ariana sudah tidak meracau lagi dalam tidurnya sejak sehari dua ini. Kenapa pula tiba-tiba dia berkelakuan begini?

"Awak ni kenapa?! Nak saya mati terkejutkah?" marah Ariana setelah nafasnya kembali normal. Terkejut dia saat mendengar suara garau Faiz begitu hampir di telinga. Fikirnya, dia seorang diri di rumah. "Berapa kali saya dah cakap, kalau nak sapa orang tu beri salamlah dahulu! Awak ni beri contoh yang buruk pada Ar..." ayat Ariana tergantung di situ. Wajahnya kembali pucat. Sepucat dirinya dua minggu yang lalu.

Faiz kelihatan tenang. Segaris senyuman terukir di bibir. "Awak yang terkejut, saya yang dimarahi... Cik lipas, saya dah lama ada dalam rumah ini tahu? Ni hah, rambut saya masih basah menandakan saya baru habis mandi,"

"Macam mana awak boleh setenang itu? Awak ni tak berhati perutkah?! Aril dah mati! Mati!" jerit Ariana seakan dilanda histeria namun raut Faiz tetap tenang. Awal-awal lagi dia sudah tanam niat. Tak sanggup rasanya melihat Ariana meracau dalam tidur setiap malam. Semuanya gara-gara tidak mampu menerima hakikat pemergian Aril.

"Habis tu sampai bila awak nak meratap kematian Aril, Yana! You can blame me... Hate me... Kill me even... But it won't bring Aril back to you and you know that! Wake up Ariana! Life has to go on! Awak tak kasihankan mak awakkah? Setiap hari dia menelefon pejabat saya menanyakan keadaan awak. Why didn't you answer her call? Has everyone became a villain to you? Answer me!" tangan Faiz mencengkam bahu Ariana kuat. Telah dicuba mengawal suaranya namun dia gagal.

Ariana menekup telinga dengan telapak tangannya. Jikalau dia ada kuasa, mahu sahaja dia mengembalikan keadaan seperti sediakala namun segalanya hanya mimpi belaka. Yang mati tetap akan pergi.

"Saya yang bunuh Aril! Saya tak jaga Aril sebaiknya! Semuanya salah saya, awak faham tak?! Bukan salah awak! Bukan salah ibu! Saya! Salah saya!" Ariana sudah terduduk di lantai menangis. Faiz segera mendakap sekujur tubuh Ariana dengan erat.

"Tiada siapa yang salah. Semuanya takdir ketentuan ilahi," bisik Faiz perlahan namun cukup untuk Ariana mendengarnya.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;