Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 22

Kesetiaan Ariana


"Aril! Aril mana?!" Ariana bersuara dalam tangis.

"Yana, sabar..." pujuk Zaki yang datang bersama Ariana. Faiz tidak tahu bagaimana mahu mulakan bicara. Akhirnya dia diam menekur lantai.

Ariana jadi geram lalu menggoncang bahu Faiz dengan kuat. "Mana anak aku!" jeritnya seakan orang hilang waras. "Apa yang kau dah buat pada anak aku hah?!" sekali lagi Ariana menyergah Faiz. Lupa sebentar bahawa lelaki di hadapannya kini adalah suami yang patut dia hormati. Hilang segala ketenangan di wajah itu. Rupanya kini bak singa betina yang tidak teragak-agak untuk membaham sesiapa di hadapannya.

Zaki yang risau melihat Ariana sebegitu rupa menoleh ke arah Faiz lalu berkata dalam nada yang tenang, "Iz, Aril di mana?"

"Doktor masih merawat Aril. Dia di dalam ICU..." ujar Faiz, hilang segala maya dalam diri. Buat kesekian kalinya dia meraup wajah sendiri, beristighfar dalam hati. Doanya tidak putus-putus buat Aril. Walaupun Aril bukan anak kandungnya, tapi kehadiran Aril menyerikan hidupnya. Tanpa dia sedari, dia gembira dengan kehadiran anak kecil itu.

Tiga jam berlalu. Seorang lelaki cina berkot putih kaluar dari ruang kecemasan. Semerta mereka yang berada di situ menghampirinya. "How's my child, doc?" serentak Ariana dan Faiz bertanya. Mereka berpandangan seketika sebelum keduanya kembali menghala pandang ke arah doktor tersebut.

Doktor itu hanya merenung pasangan Ariana dan Faiz sebelum menggeleng perlahan. Ariana sudah meraung sebelum sempat doktor itu menjelaskan perkara dengan lebih terperinci. Zaki di sebelah cuba menenangkan temannya namun sejurus doktor selesai berkata, tubuh Ariana rebah di lantai hospital. Faiz yang terkejut dengan pantas mencempung tubuh itu ke bilik hospital.

"We've tried our very best to save your son..." Itulah ayat terakhir yang Ariana dengar sebelum dia rebah. Saat dia membuka mata, dia sudah berada di sebuah bilik yang asing.

"Yana," satu suara menyapa Ariana. Agak janggal bagi Faiz membahasakan isterinya dengan panggilan itu. Selalunya nama 'Yana' hanya akan digunakan ketika ada orang ketiga yang memerlukan dia berlakon sebagai suami penyayang. Selalunya dia akan membahasakan diri Ariana sebagai 'cik lipas' sahaja.

Ariana kalih pandang ke sebelahnya sebelum bertindak ganas terhadap Faiz. Badan Faiz dipukulnya dengan tangan. Mulutnya memuntahkan segala macam perkataan yang tak sepatutnya dituturkan.

Beberapa jururawat yang mendengar laungan Ariana pantas masuk ke bilik tersebut. Seorang darinya menyuntik ubat penenang di lengan Ariana manakala lagi dua menahan Ariana dari bertindak agresif. Faiz kembali duduk selepas mengucapkan terima kasih pada jururawat di ditu. Perasaan bersalah bermukim di hati melihat keadaan Ariana sebegitu rupa. Kesedihan Ariana turut dia rasai. Manakan tidak, Aril sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Aril, papa minta maaf. Papa tak dapat nak lindungi Aril..." bisik hatinya dalam tangis.

1 comment:

  1. waaa....
    cedeynye...
    nape aril tinggalkan kami...???
    huhuhuhu...

    ReplyDelete

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;