Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 21

Kesetiaan Ariana

"Encik Faiz. Encik Faiz!" panggilan Karen tidak dinyahut Faiz. Hanya apabila Karen mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Faiz baru dia tersedar.

"Ada apa?" soal Faiz bak orang bodoh.

"Fail yang encik minta semuanya sudah saya letak di atas meja encik. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?"

Faiz menggeleng kepala seraya mengisyaratkan Karen supaya keluar. Sedari tadi dia sukar menumpukan perhatian pada kerjanya. Mindanya asyik menerawang kepada Ariana dan Aril.

"Kenapa dengan aku ni?" marah Faiz dalam hati seraya mencapai fail yang bertimbun di atas mejanya. Satu kerja pun belum dihabiskan.

Hubungan Faiz, Ariana dan Aril semakin hari semakin rapat. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan namun suatu kejadian telah merubah hidup mereka buat selamanya.

Pada suatu petang, Faiz membawa Aril bermain di taman permainan East Coast Park. Ariana pada ketika itu tidak bersama mereka kerana ada urusan pejabat yang perlu diselesaikan. Namun dia sempat berpesan kepada Faiz agar menjaga Aril dengan sebaiknya memandangkan ini ialah kali pertama Aril dan Faiz keluar bersama tanpa Ariana di sisi. Perasaan bimbang turut bermukim di hati akan keselamatan Aril bersama Faiz namun Ariana meyakinkan dirinya bahawa Aril tidak akan mengapa.

"Aril nak aiskrim tak?" soal Faiz setelah penat mereka mengayuh basikal dari hujung ke hujung taman tersebut. Basikal yang mereka sewa perlu dikembalikan dalam masa setengah jam lagi. Masih ada waktu jikalau mereka berbasikal ke kedai aiskrim sebelum memulangkan basikal.

"Nak!" jawab Aril girang. Kemudian dia mula mengayuh basikalnya bersebelahan Faiz. Kedua mereka kelihatan begitu akrab di pandangan umum. Susah nak dibayangkan bahawa mereka baru tiga bulan hidup bersama sebagai keluarga. Destinasi mereka, kedai aiskrim!

Swoosh! Faiz menekan brek basikalnya. Aril yang ketinggalan di belakang tercungap-cungap menarik nafas setelah tiba di kedai tersebut. "Papa tak adil! Tadi papa cakap nak tunggu Aril!" cebik si kecil. Peluh merintik di dahinya akibat mengayuh dengan laju mengejar papanya.

"Lima setengah." ujar lelaki cina berumur setengah abad yang merupakan taukeh kedai itu.

"Aiyah taukeh! Apasal mahal sangat?" soal Faiz seraya melirik ke arah Aril. Aril dilihatnya sedang menikmati aiskrim di tangan. "Haaa! Memandangkan Ril dah makan aiskrim dulu, Ril bayar sendiri okay?" ujar Faiz membuat Aril terpinga-pinga sendirian.

Melihat muka Aril yang seakan boleh menitiskan air mata pada bila-bila masa membuat Faiz tertawa. Like mother like son! Senang menitiskan air mata!


"Nah uncle, six dollar. Keep the change," Faiz menghulurkan tiga keping not dua dolar pada taukeh tersebut. Dia menggosok rambut Aril di sebelahnya sambil tersenyum. Aiskrim di tangan Faiz baru setengah sedangkan Aril sudah habis memakan aiskrimnya. Bulat biji mata Faiz mamandang Aril. Kagum bahawa budak sekecil Aril mampu menghabiskan aiskrim dengan begitu cepat. Eh, wait. Aku yang lambat pilih aiskrim... Patutlah Aril boleh habis dahulu...


"When are we suppose to return the bike, papa?" soalan Aril membuatkan Faiz panik. Lantas dia menyeluk poket seluarnya menggapai jam tangan. Hisy! Sudahlah aku tak bawak cash extra... Lagi lima minit sahaja? Argh! Sudahlah tempat nak return bike ni jauh... Sempatkah kita kayuh ke sana? Mereka ke sini pun menaiki kereta jadi Faiz malas mahu bawa banyak wang bersamanya. Duit yang ada cukup-cukup untuk sewa basikal,minum dan makanan ringan sahaja.

"Now!" jawab Faiz.

"But I still wanna play, papa," ujar si kecil tidak puas hati.

"Aril, now! Cycle back!" jawapan Faiz ternyata membuat wajah Aril bertambah monyok. Faiz tidak sampai hati melihat Aril monyok begitu dengan apa yang dikatanya. Faiz kemudiannya memujuk Aril dengan berkata, "Look, I'll buy you a brand new bike this weekend, okay? How's that sound? Are you okay with that?" Aril pantas mengangguk kepalanya.

"Papa! What are we waiting for? Let's go!" ucapnya girang. Mereka mengayuh basikal dengan kelajuan sederhana. Faiz mengingatkan Aril supaya jangan mengayuh terlalu laju. Namun saat terpandangkan kedai basikal, Aril terus memecut dengan laju. Mungkin gairah kerana ingin tiba di kedai itu dahulu sebelum Faiz.

"Aril! Slow down!" jerit Faiz, risau akan keselamatan Aril.

"Aril!!!" jerit Faiz saat terpandang akan sebuah basikal dari arah bertentangan Aril. Faiz terlambat! Aril tidak sempat menekan brek basikal. Badan Aril tercampak ke udara sebelum kepalanya terhantuk di sebuah pokok berdekatan tempat berlakunya kemalangan. Faiz tidak percaya apa yang dilihat matanya kini. Darah pekat mengalir di kepala Aril. Dia tidak sedarkan diri akibat impak yang terlalu kuat di badan dan kepalanya. Orang ramai mula mengerumuni tempat itu.

3 comments:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;