Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 20

Kesetiaan Ariana

"Ibu tak sangka Yana sanggup membelakangkan keluarga!" marah mak Lijah pada Ariana sebaik sahaja anaknya pulang dari Universal Studio. Dia marah akan tindakan anaknya yang mengambil anak angkat tanpa pengetahuan keluarga. Jikalau Zaki tidak memberitahunya akan kehadiran Aril alamatnya sampai ke matilah dia tidak tahu akan hal itu.

Cik Ati juga tidak menunggu lama untuk mendapatkan jawapan. Terus sahaja dia menerpa ke arah Faiz. Soalan yang diaju buat Ariana dan Faiz bak mesin gan! Pelbagai soalan yang ditanya. Mengapa mengambil anak angkat? Mengapa tidak mencuba dahulu? Mengapa itu... Mengapa ini... Ariana dan Faiz rimas! Namun ditadahkan juga telinga mendengar seribu satu soalan itu.

"Bukan Yana tak mahu bilang ibu... Cuma semuanya berlaku dengan pantas! Yana tak sempat nak fikir apa yang patut Yana buat terlebih dahulu!" Ariana toleh pandang ke arah Faiz, meminta bantuan namun Faiz dilihatnya diam tidak berkutik. Jauh sekali mahu membantu dirinya yang sedang buntu menjelaskan perkara pada dua wanita itu.

"Ini semua salah kau! Kalau kau tak tergesa-gesa nak pergi ke Universal Studio hari itu, dapatlah aku jelaskan perkara sebenar pada ibu dan cik Ati! Ini tengok, aku bagai cacing kepanasan, dia boleh dok relax one corner!" gerutu Ariana dalam diam. "Macamlah Universal Studio kau tu ada kaki. Boleh berlari... Hello Mr.banker! Takkan lari gunung dikejar! Harap otak aje yang pandai... Berfikir macam budak-budak si dia ni..." sambungnya lagi.

"Ibu, cik Ati, sebenarnya Yana dah lama menyimpan hasrat untuk ambil Aril sebagai anak angkat. Cuma sahaja, pada waktu itu belum sesuai untuk Yana berbuat demikian. Yana fikirkan keluarga kita, bu... Tolonglah faham keadaan Yana..."

Semua di ditu hanya diam mendengar penjelasan Ariana. Faiz turut mendengar dengan teliti kerana memang itulah tujuan dia mendiam. Tidak diendahkan pandangan tajam Ariana padanya. Dia tahu dia yang salah. Sewaktu Ariana mendapat tahu bahawa mereka akan ke Universal Studio, dia telah terlebih dahulu meminta izin Faiz agar menangguhkan percutian mereka. Dia mahu menjelaskan keputusannya mengambil Aril sebagai anak angkat pada keluarga mereka dahulu namun Faiz berkeras untuk ke Universal Studio secepat mungkin. Memandangkan dia telah membuat perjanjian bersama Ariana untuk tidak bertanya itu dan ini, maka ini adalah cara yang termudah baginya mengorek segala rahsia Ariana. "Reverse Psychology! Aku tak bodoh, cik lipas..." tawa Faiz dalam diam.

"Yana cuma mahu Aril mendapat keluarga yang sempurna. Asiah ibu kandungnya Aril, teman Yana telah meninggal selepas sebulan melahirkan Aril. Dia sempat menitip pesan supaya Yana jaga Aril. Selebihnya biarlah antara Yana dan Asiah. Dia sudah pergi, Yana tak mahu bangkitkan lagi soal Aril dan Asiah. Biarlah dia bersemadi dengan tenang di sana. Tentang ayah Aril, Yana harap tak perlulah Yana jelaskan. Seperti yang Yana katakan tadi, biarlah ianya antara Yana dan Asiah. Yana tak mahu memburukkan nama orang yang telah pergi bu... Tolonglah faham keadaan Yana..." sekali lagi Ariana mengharap, meminta belas ihsan mereka supaya faham akan keadaannya.

Setelah lama berbincang, akhirnya mak Lijah dan cik Ati membuat keputusan untuk membiarkan Faiz dan Ariana menentukan keputusan mereka sendiri. Kedua mereka sudah dewasa dan mampu berfikir tanpa bantuan sesiapa. Biarlah mereka menentukan masa hadapan mereka bersama nanti. Cik Ati dan mak Lijah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada anak mereka.

Cik Ati dan mak Lijah berangkat pulang dari rumah mereka sekitar jam 12 pagi. Mujur Honda CR-V kesayangannya Faiz itu sudah dikembalikan temannya yang meminjam sewaktu Faiz bercuti. Bolehlah Faiz menghantar ibu dan mertuanya pulang.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;