Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 2

Kesetiaan Ariana

"Tuan Razak tak bilang awak peraturan pejabat inikah?" soal Faiz tenang. Dia duduk bersandar di sofa pejabatnya. Masih lagi memerhatikan dokumen yang dihantar oleh Ariana. Dari hujung matanya, dia dapat melihat Ariana yang duduk bertentangan dengannya. Ariana sedang memandangnya tidak berkelip. Perempuan ini dah jadi patungkah? Atau aku bukak air-cond kuat sangat sampai tubuh kurusnya jadi beku?


Ariana masih cuba mengingati di mana dia pernah jumpa wajah itu sebelum ini. Raut mukanya seperti pernah kulihat sebelum ini. Tapi di mana? Namanya Faiz? Tapi kenapa mukanya berbeza sedikit? Ah... Mungkin pelanduk dua serupa... Duga Ariana.


"Ha? Apa dia yang awak cakap?" soal Ariana bingung. Faiz memanggung kepala melihat Ariana. Dia mengeluh.


"Ada lipas baru merayap masuk dalam kain awak..." ujar Faiz tenang. Dia mengembalikan tumpuan pada pembacaannya.

Ariana kaku. Jantungnya berdegup pantas. Tidak sanggup melihat lipas yang dimaksudkan Faiz. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia jadi takut. Matanya berair. Permata jernih bakal gugur bila-bila masa sahaja.

"Everything seems okay here. Nothing to amend I see," ucap Faiz seraya melihat Ariana yang kaku memandang lantai. Dah ingat peraturan I see... "Nah, ambil semula fail ini lalu beri pada pak long," dihulur fail di tangan pada Ariana. Ariana masih diam menekur lantai. Huluran fail di tangan Faiz tidak disambut. "Wahai cik setiausaha... Awak tidurkah?" soal Faiz setelah beberapa saat berlalu tanpa respon dari gadis itu. Ariana mengangkat kepala. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. "Awak ni kenapa pula? Sakitkah?" soal Faiz tatkala melihat wajah pucat gadis itu.

"Sss... sa.. saya takut lipas!" serentak itu air matanya gugur.

"Laa... Saya main-main ajelah. Pejabat saya ini bersih. Tak ada lipas yang berani menjengah masuk dalam ini," ucap Faiz dengan senyuman di bibir. Aku ingat kau dah ingat peraturan yang pak long maklumkan pada kau. Rupanya kau takut lipas, sebab itu kau pandang bawah ya? Faiz tertawa dalam hati.

1 comment:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;