Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 19

Kesetiaan Ariana

Ariana mengancing gigi melihat perlakuan Faiz. Baru sebentar tadi mereka setuju untuk berdamai. Kini? Huh! Geram sungguh Ariana pada Faiz yang meninggalkannya untuk mengangkat bagasi seorang diri. Mahu sahaja dicekiknya batang leher suaminya.

"Zaki!" laung Ariana. "Kau buat apa dekat sini?" Ariana mempercapat langkah menuju ke arah lelaki itu. Faiz dan Aril sudah lama berjalan ke hadapan meninggalkannya di belakang.

"Di Universal Studio ni apa lagi yang boleh kita buat?" soal Zaki, tersenyum.

Ariana tertawa kecil dengan soalannya sendiri. "Ya tak ya eh,"

"Kalau aku cakap aku ke sini untuk cari bakal isteri, kau cemburu tak?"

"Cemburu? Kenapa aku nak cemburu pulak? Aku akan ucapkan semoga berjaya ada lah!" jawab Ariana bersama sengihan di bibir.

"Hey! Kau kalau tak kenakan aku sehari tak boleh ke?"

Ariana sekadar menjungkit bahu. "No can't do! It's my job, bro!"

"Siapa budak yang bersama Faiz itu?" soal Zaki ingin tahu. Matanya sedari tadi memerhatikan gelagat Faiz bersama budak itu. Lagak mereka serupa anak dan bapak.

"Erm..." Ariana serba salah untuk memberitahu Zaki. Hal menglibatkan Aril belum dibincangkan lagi dengan keluarganya mahupun keluarga Faiz. Yang tahu akan kehadiran Aril hanya Faiz dan dia sahaja. Ariana sudah berkira-kira untuk menelefon ibunya bagi memberitahu perkara itu namun setelah difikir kembali, rasanya ada baiknya jikalau dia sahaja yang bersemuka dengan ibu dan cik Ati nanti.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;