Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 17

Kesetiaan Ariana


Majlis sanding dan akad nikah selamat dijalankan. Ariana dan Faiz kedua-duanya sama padan di mata tetamu yang hadir. Pasangan mempelai sentiasa diusik teman-teman dan saudara mara. Selesai majlis, Ariana dan Faiz lekas-lekas minta diri ke rumah baru mereka. Keluarga mereka tidak mengesyaki apa-apa. Di mata mereka, Ariana dan Faiz hanya mahukan privasi. Maklumlah, orang baru berkahwin...

"Jadi dia yang awak maksudkan?" soal Faiz.

Syarat yang Ariana letakkan pada dirinya harus ditepati. Pada mulanya Faiz agak keberatan untuk menerima syarat itu namun setelah ditimbang baik buruknya, dia akur jua dengan kehendak Ariana. Faiz tidak dibenarkan bertanya tentang asal-usul Aril mahupun bertanya mengapa Ariana ingin mengambil Aril sebagai anak angkatnya. Prosedur bagi mengambil anak angkat memakan masa yang agak lama namun akhirnya setelah tiba hari yang dijanjikan, Aril kini sah bergelar anak mereka dari segi undang-undang. Mujur ada surat yang menyatakan Aril diserahkan pada Ariana oleh Asiah sebelum dia pergi dahulu. Surat itu telah mempercepat proses penjagaan Aril kepada Ariana.

Sebelum ini, Ariana tiada pilihan lain selain meninggalkan Aril di rumah tumpangan bagi mengelakkan spekulasi orang tentang hubungan Aril dengannya. Dia tidak mahu keluarganya mendapat malu sekiranya mendengar buah mulut jiran mereka kelak. Maklumlah, mulut manusia bukannya seperti mulut tempayan yang boleh ditutup.

"Bukan 'dia'. Aril," potong Ariana sebelum Faiz menyambung bicara.

"Aril... Apa nama penuh dia?"

"Aril Faiq" Faiz menjungkit sebelah kening. Itu sahaja? Nampaknya Ariana betul-betul tidak mahu mendedahkan siapa nama bapa Aril yang sebenar...


"Aril... Apa khabar?" soal Faiz. Aril yang pada mulanya bersifat malu terus menerpa ke arah Faiz dan merangkul lehernya. Tergamam Faiz dek tindakan Aril.

"Papa! Papa!" jeritnya menggambarkan betapa girangnya hati si kecil dengan kehadiran seorang 'papa'. Faiz hanya mampu tersenyum. Dia kaku seketika dalam pelukan yang kejap dan erat itu sebelum akhirnya membalas pelukan Aril.

"Aril nak pulang ke rumah kita?" soal Faiz. Ariana tersntak mendengar ungkapan Faiz yang kedengaran tulus dari hati.

"Yeah! Yeah! Aril sayang papa!" dengan petah Aril menjawab.

"Papa sahaja?" pintas Ariana. Tiba-tiba dia menjadi cemburu melihat kemesraan yang terjalin antara keduanya.

Aril panggung kepala melihat Ariana. Kemudian ke arah Faiz pula."Hari ini Aril nak sayang papa dulu. Esok Aril sayang mama pulaklah," jawapan Aril mengundang tawa dari keduanya. Perjalanan ke rumah flat yang baru dibeli Faiz memakan masa 1 jam setengah untuk tiba. Aril di pangkuan Ariana kini sudah lena dibuai mimpi.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;