Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 16

Kesetiaan Ariana

"Aril suka tak kalau ada papa?" tanya Ariana pada Aril di suatu petang.

"Suka! Suka! Aril suka sangat! Aril nak papa gendong Aril macam kawan-kawan Aril di tadika..." suara si cilik menyayat hati Ariana. Tahulah dia apa tindakan seterusnya yang harus dia ambil. Dia rela menjadi lilin. Membakar diri bagi menyinari hidup Aril.

"Saya setuju!" Ariana merempuh masuk ke bilik Faiz.

"Apa dia?" soal Faiz endah tak endah. Dirinya sedang tekun menyemak fail yang baru dihantar Karen.

"Saya setuju kahwin dengan awak!" kali ini Ariana berjaya menangkap minat Faiz. Faiz panggung kepala memandang Ariana.

"Why the sudden change of mind?" soalnya ingin tahu.

"Saya perlukan pertolongan awak,"

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;