Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 15

Kesetiaan Ariana


Faiz menguak rambutnya ke belakang untuk ke sekian kalinya. Denyutan yang dirasa di kepala membuatkan kepalanya berasa seakan-akan ianya bakal meletup bila-bila masa sahaja. Gurauan yang bertujuan untuk menyakat ternyata membuatkan dirinya terperangkap! Alat penghawa dingin di ofis seakan tidak dirasa oleh badannya yang seakan terbakar itu. Kerusi empuk miliknya terasa seperti jarum yang mencucuk kulit. Segalanya tidak kena dengan diri Faiz. Ternyata hati faiz tidak secerah cuaca di pagi itu.

Niatnya bertandang ke rumah minah lipas itu tak lain tak bukan sekadar ingin mengenakan Ariana sahaja! Siapa sangka yang situasi akan menjadi lebih buruk selepas itu.

"Budak yang dalam gambar itu awakkah? Yang tengah hisap puting itu," Faiz menuding jari ke arah sebuah foto di dinding.

"Ha'ah. Kenapa? Saya comel sangatkah?" soal Ariana pula membuatkan Faiz tayang muka loya. Ariana hanya menjeling melihat tingkah Faiz. "Heh! Awak jangan pandang saya sebelah mata ya! Budak comel itulah yang telah menawan banyak hati jejaka hingga kini tahu?"

"Oooh... Budak yang hisap puting pon laku ya?" suaranya direndahkan sedikit agar tidak kedengaran oleh mak Lijah di dapur.

"Mestilah!" jawab Ariana dengan hidung yang kembang-kempis.

"Aw..." belum sempat Faiz bersuara, mak Lijah terlebih dahulu memintas.

"Si Yana ni memang banyak yang suka... Cuma dia sahaja yang terlampau memilih,"

"Ibu ni sepatutnya sebelahkan Yana, bukan cik Faiz tahu!" bantah Ariana.

Tok tok tok! Ketukan yang bertalu-talu di pintu membuatkan perbualan mereka tergantung. Ariana bangun untuk membuka pintu.

"Eh! Zaki! Kau buat apa malam-malam buta datang rumah aku ni?" soal Ariana hairan.

"Isy! Kau ni Yana... Aku nak tengok muka kau yang ayu itu lah..." jawab Zaki dengan wajah selamba, tidak mengetahui ada tetamu yang datang bertandang di rumah itu.

Faiz yang terdengar perbualan itu hanya tersenyum nipis. Ada juga orang yang meminati cik lipas?


"Eh! Awak tak boleh kata begitu pada bakal menantu makcik!" Faiz yang pada ketika itu sedang menghirup teh tersedak saat mendengar suara yang begitu dikenalinya. Apa yang ibu buat di sini?


"Iz..." suara ibu sudah bertukar nada. Naik tercancang bulu roma Faiz mendengar suara ibunya tika itu! "Pandai Iz jaga hati bakal mak mentua. Tak payah nak disuruh... Iz sendiri yang datang menjenguk keluarga Ariana ya? Mari sini ibu bagi ciuman buat anak ibu!" saat tu juga air di dalam mulut Faiz tersembur keluar.

Zaki dan Ariana berpandangan seketika.

Mimpi ngeri semalam masih tidak dapat dia lupakan. Masakan ibu sanggup memperlakukan dirinya begitu? Dia sangka, ibu hanya akan berani berkata sedemikian apabila mereka berada di rumah sahaja. Namun ternyata dirinya silap! Sungguh! Faiz malu! Ariana di hadapannya sedaya upaya cuba menahan senyum. Dia tahu yang Faiz masih susah untuk melupakan perkara yang berlaku semalam. Bahkan dirinya sendiri tidak dapat lupakan adengan kejar-mengejar dua beranak itu, inikan pula Faiz!

"Tak payahlah awak nak tutup senyuman awak dari pandangan saya. Muka awak kelihatan buruk, tahu?" ujar Faiz memulakan bicara.

"Hahaha!" Ariana akhirnya melepaskan tawa yang sedari tadi dipendam. Senak perutnya kerana ketawa terlalu lama.

"Hoi! Cik lipas! Sudah-sudahlah tu mengenakan saya! Kalau ya pun awak nak ketawakan saya, berpada-padalah juga. Awak ni sungguh tak berhati perutlah!"

"Okay, okay... Saya minta maaf. Time to be serious here. Saya datang ni cuma nak bilang yang ini semua salah awak!" Diam. "Yang awak sibuk nak hantar saya pulang tu kenapa?" Diam lagi. "Awak ni betul-betul tak tahu nak bezakan situasi ya?" Masih tiada respon. "Awak pakcik tua yang bau busuk dan hanya tahu termenung bila orang sedang berbual dengan awak!" Hentakan tangan Ariana di meja Faiz membuatkannya tersedar dari lamunan.

"Semua yang telah terjadi ialah salah saya," keluh Faiz.

"Betul tu," jawab Ariana.

"Semuanya disebabkan saya,"

"Uhuh," Ariana angguk mengiakan kata Faiz.

"Saya ni penyibuk sebab hantar awak pulang,"

"Ya,"

"Saya pakcik tua yang bau busuk,"

"Ya. Tepat sekali," kali ini bibir Ariana terjungkit sedikit.

"Saya ni kuat termenung?"

"Ya. Tidak syak lagi," senyuman Ariana memekar.

"Kita kahwin,"

"Ya. Boleh," dengan spontan perkataan-perkataan itu meluncur keluar dari mulutnya.


Ariana tersedar saat Faiz melepaskan tawa yang kuat. Cis! Tak guna kau! Kau tipu aku ya! Dasar pak sakat! Aku tak boleh mengaku kalah!


       

"Tak mahu! Siapa yang nak kahwin dengan awak?" bentak Ariana. Geram dirinya dipermainkan.

Apabila tawa Faiz sudah reda, dia kembali bersuara, "Kalau ikutkan hati, saya pun tak mahu berkahwin dengan awak, cik lipas!"

"Habis tu kenapa? Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"

"Sebab ini sahaja jalan keluar yang terbaik bagi kita. Awak tak mahu berterus-terang dengan mak awak, begitu juga saya. Tambahan pula kita sama-sama tak ada yang punya, jadi lebih baik kita teruskan sahaja rancangan ini. Apa pendapat awak?" ujar Faiz tenang. Dalam hati berharap agar luka yang dahulunya ditinggalkan Shazreema akan pulih. Walaupun pada kenyataannya, akan ada parut yang berbekas di hati.

"Kahwin kontrak ke?" soal Ariana, mematikan lamunan Faiz.

"Hish! Selisih malaikat empat puluh empat! Ada saya cakap nak kahwin kontrak ke? Sejahat-jahat saya ni... Tak adalah sampai tak tahu nak bezakan yang baik dan buruk. Saya masih tahu hukum kahwin kontrak!"

"Sedar pon yang diri kau tu jahat..." kutuk Ariana dalam diam. "Habis tu?"

"Awak tanya saya 'habis tu'? Habis two, three lah... Bawah tree ada roots!" Faiz bantai gelak.

Muka Ariana masam mencuka. Faiz bersuara setelah tawanya reda,"Awak tak pernah tonton dramakah? Bukankah perkara sebegini sering berlaku dalam filem?" Dia berhenti sejenak kemudian menyambung kata, "Kita berlakon,"

Rahang Ariana boleh terjatuh ke lantai gamaknya! "Awak ni nak kena tibai dengan saya! Awak ingat saya ni GRO ke? " teriak Ariana. "Awak nak bayar saya berlakon jadi isteri awak?"


"Hish!" rengus Faiz. Sebelum dia 'evolve' jadi Invincible Cockroach, baik aku terangkan pada dia... "Apa fasallah awak ni lembap sangat tangkap maksud yang diperkatakan saya? Saya tak kata pun yang awak ni GRO... Jauh sekali saya akan bayar awak untuk berlakon!"

"Then what's with this drama and acting?"

"Kita kahwin macam pasangan yang lain. Tak ada kontrak. Tak ada lakonan. Just maintain a good relationship between us should be enough, right? After that we go with the flow..."

Ariana duduk membungkam di kerusi. Tidak berkutik sedikit pun dari duduknya. Beberapa saat kemudian dia bangun dan melangkah menghampiri pintu pejabat Faiz, bertujuan untuk keluar.

"Awak nak ke mana tu?" pintas Faiz.

"Beri saya sedikit masa lagi untuk saya fikirkan hal ini terlebih dahulu," ujar Ariana seakan hilang segala maya pada dirinya. Walaupun baru sebentar tadi dia bertikam lidah dengan Faiz, kini lidahnya seakan digam pada lelangit. Aril... Ibu... Cik Ati... Faiz... Argh! Sungguh Ariana keliru!

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;