Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 14

Kesetiaan Ariana

"Apa khabar nak?" soal mak Lijah pada Faiz apabila mereka bersalaman.

"Baik cik," jawab Faiz sopan.

"Akak, kalau iya pon, sabar-sabarlah dulu. Kan nanti kakak kahwin juga dengan abang Faiz," sampuk Syahir menegur perbuatan kakaknya berdua-duaan dengan Faiz. Jadi ini rupa bakal abang ipar aku... Hmmm, boleh tahan kacak. Sememangnya dia teringin untuk melihat rupa orang yang dipilih ibu buat kakaknya. Ibu sendiri hanya melihat rupa Faiz dengan sekeping gambar yang ditunjukkan cik Ati.

"Bang, dah terlanjur abang pat sini. Jemputlah ke rumah kita," sambungnya lagi. Dia ingin mengambil kesempatan yang singkat itu untuk mengenal bakal abang iparnya dengan lebih dekat lagi.

Ariana mencubit lengan adiknya. Syahir pun menyeringai kesakitan dengan cubitan ketam Ariana itu. Faiz hanya tersenyum lantas menghala pandang pada Ariana, seakan minta persetujuannya. Mak Lijah yang perasan akan renungan Faiz itu lantas mengiakan kata-kata Syahir.

"Betul tu... Anak ni yang melamar Ariana bukan?" mata mak Lijah bercahaya.

Faiz kehilangan kata. Nak kata tidak, memang pun secara tak langsung dia telah 'melamar' Ariana. Nak kata ya, Faiz telan air liur yang tersekat di kerongkong. Ibuuu!!! Ibu sahajalah yang kahwin dengan minah lipas niii... Iz tak mahu!!!



No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;