Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 13

Kesetiaan Ariana

"Awak nak ceritakan dengan saya?" soal Faiz ketika dalam perjalanan ke rumah Ariana.Matanya dihala ke arah jalan raya. Sebelah tangannya memegang stereng kereta manakala sebelah lagi menolak gear. Ariana memandang Faiz, hairan.

"Awak nampak macam tengah diganggu masalah," tambah Faiz. Ariana mengeluh. "Maksud saya, selain dari hal perkahwinan kita tu..." Suasana dalam kereta sepi seketika. "Kalau awak tak nak cerita tak mengapa..."

"Aku nak tahu... Ceritalah!!!" jerit batin Faiz.

"Memang saya tak nak ceritakan awak pun..." jawab Ariana diikuti dengan sebuah lagi keluhan di bibir.


Spontan Faiz memandang Ariana. Wajahnya merona merah. "Dasar lipas! Aku nak tahu lah!!!"


"Awak ni memang jenis yang straightforward eh?"

Ariana hanya senyum. "Hanya dengan orang macam awak sahaja," tambah Ariana. Makin mendidih darah Faiz mendengar jawapan dari bibir mungil itu.

Setelah beberapa saat mendiam, Faiz akhirnya memecahkan kesunyian itu dengan membentak, "Ini tak adil! Saya dah selamatkan awak dari kena langgar tadi, jadi seharusnya awak ceritalah pat saya!"

Ariana yang baru nak lelapkan mata tersentak dengan suara garau Faiz. Malam-malam buta pun kau masih nak menjerit? Aku ingat dalam pejabat sahaja kau guna suara aku-big-boss-jadi-kau-kena-ikut-arahan-aku. Huh! Kasihan pekerja kau...

"Awak ni dah buang tabiat ke? Suka hati saya lah nak bilang awak atau tak... Lagipun tadi awak juga yang cakap saya tak perlu kongsi kalau saya tak mahu... Sekarang?!" ujar Ariana dalam nada mengejek.

Honda CR-V Faiz pun membelok dan berhenti di sebelah flat biru muda. Ariana lantas melangkah turun. Bulat matanya saat terpandang ibu dan adiknya Syahir.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;