Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 12

Kesetiaan Ariana

Ariana mambatu. Dadanya sesak. Serasa terlalu susah nak bernafas. Liurnya terasa kelat tersekat di kerongkong. Jantungnya pula sudah bergendang dengan kuat mengalahkan kompang orang kahwin! Semuanya gara-gara panahan mata Faiz yang dirasakan terlalu tajam memandangnya. Cis! Tak boleh jadi ni...


"Awak nak saya cocok biji mata awak tu dengan garfu ke?" ujar Ariana sambil mengacu garfu di tangan ke arah Faiz.

"Buatlah kalau berani. Tak payah saya susah-susah cari jalan penyelesaian bagi idea karut ibu saya tu. Saya tinggal cakap, 'Perempuan pilihan ibu yang buat anak ibu jadi buta macam Kasim Selamat!'. Lepas tu, saya tak payah kahwin dengan awak. Kan senang?"

"Awak ingat saya nak sangat ke kahwin dengan pak sakat macam awak tu?" ujar Ariana sambil mencebik bibir.

"Dah tu awak ikhtiarkanlah cara nak buat mak awak tolak pinangan mak saya tu!" bentak Faiz.

Ariana pandang Faiz tidak berkelip. Faiz hairan. "Encik Faiz, saya jumpa awak sebab saya tak mampu nak menolak permintaan mak saya. Oleh itu saya harap encik faham. Saya tahu encik tak nak kahwin dengan saya. Begitu juga saya. Tapi... Saya tak berdaya nak hampakan mak saya. Selebihnya saya biarkan encik pula..." nada suara Ariana sedikit berubah. Faiz terkedu mendengar bait kata yang keluar dari bibir wanita itu.

Ariana berdiri dan menundukkan sedikit wajahnya sebagai tanda hormat, memandangkan mereka bukan mahram dan tidak boleh bersalaman. Dia kemudiannya mengorak langkah menuju ke stesen MRT Orchard yang sememangnya berdekatan dengan hotel Royal Plaza. Fikirannya menerawang jauh teringatkan Aril yang ditinggalkannya tadi.

"Mama... hu... huuu... Mama janganlah tinggalkan Aril lagi! Tak nak! Tak nak! Aril nak ikut mama!" teriak si kecil saat tangannya ditarik masuk ke dalam rumah pertapis anak-anak yatim. Ariana sebak melihat Aril begitu. Jantungnya terasa bagai nak luruh melihat insan tersayangnya menangis sedemikian namun apakan daya. Sebagai seorang yang belum berkahwin, memang susah untuknya mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya ke atas Aril.

"PON PON!!!" hon nyaring menyapa telinga Ariana. Dengan pantas tangan sasa Faiz menarik lengan Ariana. Badan Ariana berundur ke belakang. Muka Faiz menyinga.

"Awak nak mati sangatkah?!" tengking Faiz, lupa sebentar yang berdiri di hadapannya adalah seorang wanita.

Ariana yang masih terkejut tiba-tiba menitiskan air mata bila disergah begitu.

Faiz kalut. Alamak! Dia nangiskah?!



"Eh, awak... Saya main-main sahaja tadi. Betul..." ucap Faiz dalam nada memujuk. Fuuuh... Kau ni kalau nangis mengalahkan adik perempuan aku, Dini tahu?


Makin kuat lagi tangisan Ariana. Orang yang lalu lalang di situ mula melihat ke arah Faiz seakan-akan Faizlah yang bersalah kerana telah membuat si gadis menangis.

"Awak... Sudahlah tu... Nangis macam budak-budak pulak..." Ariana berhenti menangis secara tiba-tiba. Senyap. Tiada sendu. Tiada tangis. Faiz menghembus nafas lega.


Namun seketika cuma.

"Awak cakap saya macam budak-budak!!!" esakan halus mula menyapa cuping telinga Faiz.

"Aku harap aku salah dengar... Maklumlah, aku belum korek telinga lagi ni....." doa Faiz. Ternyata apa yang didengarinya itu benar. Mula-mula perlahan. Lama-kelamaan menjadi semakin kuat.


"ARRGGHH!!! Cik lipas! Saya main-main sahaja lah!!!" Faiz meraup muka dengan kedua telapak tangannya.

"Awak nak saya buatkan air milo lagi ke? Sini tak ada pantri lah..." Faiz mengaru kepala.

Entah mengapa, Ariana ketawa mendengar kata Faiz. Ditambah pula dengan lagak Faiz yang pada pandangannya serupa pakcik yang sedang cuba memujuk anak saudaranya. Cubaan Faiz untuk memujuknya supaya senyap ternyata berhasil akhirnya. Faiz semakin seram untuk berdua dengan Ariana yang begitu mendadak tindakannya.

"Rasanya lebih baik aku bawa kau pulang dahulu... Sebelum kau buat sesuatu di luar jangkaan," bisik hati Faiz.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;