Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 11

Kesetiaan Ariana

"Mama... Mama! Mama datang! Yayay! Mama datang!" teriak anak kecil berbaju T-shirt power ranger.

Wanita yang dipanggil mama itu mendakap tubuh kecil si cilik dengan erat, melepaskan rindu yang terpendam sejak dua hari yang lalu. Dua hari terasa bagai dua tahun lamanya bagi si mama.

"Anak mama buat apa tu?" ujar Ariana sambil mencium pipi mulus Aril Faiq. Walaupun Aril bukan anaknya namun telah dia anggap Aril seperti anaknya sendiri. Mungkin disebabkan Arillah Ariana belum mampu menerima sesiapa dalam hidupnya hingga kini. Tiada siapa yang tahu akan diri Aril dalam hidupnya. Hatta keluarganya sekalipun. Ariana lebih selesa sedemikian. Setiap pinangan buat dirinya telah dia tolak dengan alasan belum bersedia untuk berumah tangga. Namun sejak akhir-akhir ini terasa seperti seluruh alam tidak menyebelahkan dirinya. Aril sering menyebut tentang papa. Ibu sering meluahkan hasrat hati ingin bermenantu secepat mungkin.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, tentu sekali Ariana terasa beban yang ditanggung. Terutama sekali sejak kematian ayah sewaktu dirinya menginjak remaja. Saat teman-teman yang lain sibuk bermain, dirinya sibuk membantu ibu mengasuh adik-adiknya yang tika itu baru mengenal dunia. Ariana tidak pernah mengeluh. Jauh sekali melepaskan tangungjawabnya sebagai kakak sulung dalam rumah itu.

"Memang benar. Ibu sudah pun terima pinangan tu. Ibu tak mahu kamu tangguhkan lagi hal perkahwinan ni... Ibu dah tua, yana. Dunia kata goodbye. Kubur kata mari..." seloroh mak Lijah.

Ariana tersenyum simpul mendengar jawapan ibunya. Hal-hal serius begini pun ibu masih boleh nak buat jenaka. Ibu... Ibu...

"Ibu, kan Yana dah cakap. Yana belum bersedia lagi. Tambahan pula, Yana tak berapa kenal dengan encik Faiz tu ibu..." pujuk Ariana.

"Yana, dengar sini. Orang perempuan ni... Tak perlu bercinta sebelum kahwin. Hati orang perempuan mudah lembut. Itu fitrah wanita, Yana. Bukankah Yana dah belajar dari ustaz Mahzan waktu Yana di madrasah dulu?" soal mak Lijah membuatkan Ariana terdiam membisu.

Memang benar apa yang dikata ibu itu. Malahan dia ingat lagi pesanan ustaz. Ustaz mengatakan bahawa hati orang wanita itu serupa kerak nasi yang akan lembut bila direnjis air.

"Uwaaa!!!"

"Lailahaillallah! Budak bertuah ni... Apa yang Ril dah buat ni?" soal Ariana cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran kasar di pendengaran Aril.


"Ril cuma bagi semut minum aje..." jawab si kecil berumur 4 tahun itu.


Ariana memandang ke arah semut-semut yang ditunjukkan Aril. Habis semuanya hanyut dibawa deras air yang telah Aril 'beri' pada mereka. Ariana tertawa dengan gelagat Aril seterusnya. Mereka begitu hingga telefon bimbit Ariana berbunyi.
Saya jumpa awak di Royal Plaza on Scotts @ 6pm sharp.
Jangan lambat!
- Faiz.
"Kuat memerintah betullah orang tua ini..."

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;