Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 10

Kesetiaan Ariana

"Apa?!"

"Iya! Saya tak tipu awak!" ucap Faiz penuh kesungguhan.

"Awak jangan nak bergurau dengan saya! Perkara ini tak boleh dibuat main tahu?!" balas Ariana pula.

"Cik lipaaaassss... Dah hampir sebelas kali awak tanya saya soalan itu. Dan hampir sebelas kali juga saya jawab perkara yang sama tahu? Tengok ni, minuman saya dah setengah saya sedut dek otak awak yang lambat memproses data. Haish, entah macam manalah awak berjaya jadi setiausaha ya?"

Tersentak Ariana dengan jawapan dari mulut Faiz yang tak beralas itu. Hatinya sedikit terusik. Namun pada saat ini ada perkara yang lebih penting harus mereka utamakan. Kini dia duduk diam di kerusi. Hiruk-piruk di McDonald pada waktu itu memang tidak dapat dielakkan. Memang sudah masuk waktu lunch. Dalam pada itu, Ariana cuba memproses apa yang baru Faiz utarakan padanya tadi.

Faiz sedut lagi air coke. Dia memandang Ariana kembali selepas itu. Pelik. Gadis itu hanya termenung. Matanya sedikit membulat. Faiz jadi takut pula. Dia mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Ariana. Ariana sedikit tersentak lalu berkata dengan nada yang sedikit marah, "Awak ni kenapa?!"

"Awak tanya saya pula? Yang awak tu dah kenapa? Boleh termenung lagi tu..." ucap Faiz sambil tangannya mengacau air coke di hadapannya dengan straw.

"Ahhh... Tak ada apa lah," balas Ariana beserta senyuman di bibir.

Dahi Faiz berkerut dek jawapan Ariana dalam nada suara yang berbeza itu. Ariana mengeluh berat sebelum berbicara. "Beginilah, biar saya tanya dengan ibu saya dahulu, ya?" ujar Ariana lembut. Seperti sudah hilang maya untuk berbalah mulut dengan Faiz sebagaimana yang sering mereka lakukan.

Faiz terkesima sebentar. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang bermain di minda gadis itu saat ini.  Kalau tidak, masakan Ariana setenang itu... Faiz tidak dapat menebak apa yang ada di minda cik lipas. Spesis lipas ini berfikiran lain sedikit dengan spesis manusia macam aku ni...


Akhirnya tiada kata putus dari mulut kedua mereka. Soal perkahwinan bukanlah sesuatu yang dapat mereka selesaikan berdua. Ianya harus dibawa bincang dengan kedua belah pihak. Terutama sekali dalam keadaan mereka yang sudah sedia kusut. Bagi Ariana pula, ada satu lagi perkara besar yang harus dia fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;