Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bahagian 1

Kesetiaan Ariana

Januari 2005


"Iya boss... Saya masih ingat pesanan itu. Jangan pandang matanya. Jangan jalan dengan sopan santun. Juga jangan senyum padanya," buat kesekian kalinya Ariana mengulangi apa yang telah dipesan oleh Tuan Razak. Dia mengaru kepala yang diltupi tudung. Pelik dengan arahan yang diberi. Masakan hendak berjumpa dengan Islamic Banker harus mematuhi arahan yang berjela panjangnya? Fuh... Ini sudah mengalahkan Presiden gamaknya! Banyak sungguh syarat yang harus dipatuhi.

Ariana melangkah keluar dari pejabat Tuan Razak dan mengorak langkah menuju lif. Pejabat rakan niaga Tuan Razak terletak di tingkat 25. Manakala pajabatnya pula di tingkat 20 di bangunan yang sama. Pintu lif pun terbuka dan seorang pemuda berada di dalamnya. Ariana melangkah masuk. Dia membetulkan tudungnya menerusi cermin lif yang menampakkan refleksi wajahnya. Aku nak jumpa orang penting syarikat ni... Mana boleh berpakaian selekeh.

Pemuda itu hanya tersenyum melihat gelagat Ariana. Ariana yang perasan akan senyuman pemuda itu hanya menjeling. Dasar lelaki gatal! Tak pernah tengok orang betulkan tudungkah? Tidak mengapa Ariana, selepas ini kau akan jumpa dengan orang terpenting syarikat Raz Holdings. Mana tahu kalau-kalau tersangkut... Hehe! Ariana sudah memasang angan-angan. Terlupa sebentar akan syarat yang harus dia patuhi apabila berjumpa dengan empunya diri.

Ariana melangkah keluar terlebih dahulu sebelum lelaki miang itu.

"Mr. Faiz please," ucap Ariana pada gadis cina yang bertugas sebagai receptionist itu.

"Mr. Faiz! There's a girl here looking for you," sopan gadis cina itu memulakan bicara kepada ketuanya.

Ariana menoleh kepada orang yang dimaksudkan gadis tadi. Rasanya jikalau matanya ada spring, sudah lama ianya terkeluar dari soketnya bak kartun walt disney! Tak mungkin!

Ariana hanya tertunduk malu. Lelaki tadi merapatkan dirinya dekat dengan Ariana. Ariana masih menunduk.


Alamak! Mati aku! Ya tuhan, Kau selamatkanlah roh aku ini. Jangan biarkan ia terpisah dari badan.


"Masuk pejabat saya!" dengan itu, Faiz pun melangkah masuk ke pejabatnya.

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;