Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Bagahian 25

Kesetiaan Ariana

Sukar untuk Faiz mempercayai apa yang dilihat matanya kini. Ariana sedang menyediakan sarapan pagi di meja. Faiz mengurut tengkuk yang terasa sengal akibat tidur di sofa semalaman. Sejak kematian Aril, sofalah tempatnya beradu. Sofa yang terletak di ruang tamu itu lebih dekat dengan bilik Ariana. Lebih senang untuknya menenangkan Ariana jikalau wanita itu meracau dalam tidur. Ariana perasan akan renungan Faiz namun berlagak selamba sahaja. Tangannya lincah menyediakan sarapan pagi, tugas seorang isteri yang telah lama ditinggalkan sejak Aril pergi.

"Awak demamkah hari ini?" suara Faiz memecahkan kesunyian. Dia kini berada di meja makan.

"Saya tak demam. Saya sihat walafiat. Thank you for being so caring towards me," jawab Ariana dalam nada sindiran.

"Eh, awak baru tahu ke yang saya ni caring orangnya?" Faiz mencapai sekeping roti bakar lalu dikunyahnya.

"Ha'ah... Baru tahu. Saya juga baru tahu yang awak ni pengotor. Bangun pagi, belum gosok gigi, belum mandi, dah duduk depan meja makan," balas Ariana dalam nada yang mendatar. Mulut Faiz terhenti mengunyah. Aik, dah pandai nak melawan? Sekurang-kurangnya ada positive progress... Faiz tersenyum.

"So where do we go on next?" soal Ariana yang duduk bertentangan dengannya. Ariana menghirup teh tariknya. Terjungkit kening Faiz dengan soalan Ariana itu.

"What do you mean?"

"Saya rasa dah tak ada maknanya kita teruskan perkahwinan ini," ayat yang dituturkan Ariana semerta membuat jantung Faiz berdegup kencang. Is she asking for that? No way! Never! I'm not letting you go, cik lipas!


"Saya nak ke kerja," ucap Faiz ringkas lalu bingkas bangun dari duduk menuju ke bilik air. Roti bakar yang baru setengah habis itu diletak kembali di piring. Air susu di cawan tidak disentuh pun. Terpinga Ariana dengan sikap Faiz. Siapa yang demam sekarang ni? Awak ke saya?

"Kenapa dengan boss you tu, Karen?" soal Naz. Sejak tadi diperhatikan encik Faiz asyik ke hulu ke hilir di ruang pejabatnya.

"No idea," Karen menjungkit bahu. "He's in a bad mood. A lil' piece of advice, watch what you're gonna say to him," nasihat Karen pada Naz yang disangkanya mahu masuk ke bilik Faiz.

"Oh no..." geleng Naz berkali-kali. "I'm not going there. You are," senyum Naz sampai ke telinga.

"What?!" Karen terjerit kecil.

"Hey, he's your boss," Naz menekan perkataan 'your' saat berbicara. "Here's the file he ask for. Good luck!"

"Hey, wait!" Mangkuk kau Naz! Berani kau kenakan aku!

"Better send it in fast before he turns into The Hulk!" Naz mengenyit mata pada Karen. Karen sudah kecut perut. Kali terakhir encik Faiz berkelakuan aneh sebegitu rupa ialah apabila dia putus hubungan dengan kekasih lamanya Shazreema. Akhirnya Karen gagahkan diri memasuki bilik ketuanya itu. Kalau tak kerana Iza, setiausaha Faiz mengambil cuti bersalin, pasti dia tak akan berada dalam situasi sebegini.

"Is there anything else, sir?" tanya Karen. Faiz menggeleng kepala. Karen yang baru hendak mengorak langkah keluar terhenti saat ketuanya memanggilnya. "Yes?" Gulp. Did I do any mistake?

"Can I ask you a question? But it's not work-related though," ragu-ragu Faiz menutur kata. Bertambah hairan Karen dengan sikap ketuanya. Sejak bila pula bossnya membawa hal peribadi masuk ke pejabat? Setahunya setelah Shazreema tinggalkan boss, boss telah bertekad tidak akan mencampur adukkan hal kerja dan peribadi. Siap memberi amaran pada semua kakitangan di situ lagi. Hmmm... Looks like your wife meant a lot ey...


"It's about my friend. He has a problem with his wife. My friend is afraid that his wife is asking for a divorce," terang Faiz, cuba untuk meyakinkan Karen. "I need your opinion, Karen. You're a women. You know what she's thinking, right? You've got to help me," nada Faiz penuh mengharap. Faiz merenung ke luar tingkap.

Saat dia kembali menghadap Karen, dia dapat merasakan renungan Karen yang seakan cuba mengorek isi hatinya. Isi hati yang selama ini terpendam jauh di lubuk hati. Malahan antara sedar dengan tidak, Faiz sendiri takut untuk mengakuinya. Dirinya jatuh sayang pada Ariana. Cuma sahaja dia tidak tahu sejak bila. Dan kata-kata pak long membuatnya bertambah keliru! I love her even since then?

Semerta Faiz cuba meyakinkan Karen dengan berkata, "I mean... You've got to help me help my friend. He's a good friend of mine. A really good friend of mine," Mata Faiz dihala ke tempat lain. Takut sekiranya Karen mengetahui niat sebenarnya.

Karen mengangguk faham. "Then tell me, Mr.Faiz, do you love your wife? If so, then..." kata-kata Karen mati saat Faiz mencelah.

"We're not talking about me here! We're supposed to be talking about my friend!" pintas Faiz. Sikap gelabah Faiz cukup untuk membuktikan yang dirinya sedang berbohong. Terangkat kening Karen dengan ungkapan Faiz.

Karen senyum simpul memandang ketuanya lalu berkata, "Okay... I get that. Your friend, right? If your friend really love his wife, then ask him to pursue her! Hen jian dan ah... Even school kids know things as simple as that!"
(Hen jian dan = So simple.)

Faiz termangu sebentar. Cuba meresap apa yang diperkatakan Karen. Wait. Hen what? Ish si minah ni kalau berbual, tak sah selagi tak selit bahasa cinanya.


"Pursue her..."

"Yup, pursue her," Karen mengangguk lalu tanpa pamitan menyusup keluar. Tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan bossnya itu. Silap hari bulan kalau tersalah beri nasihat, kerjayanya pula yang melayang.

"But what if..." Aik? Dah hilang? Faiz menoleh ke arah pintu yang terdedah luas. Sekali lagi dia mengeluh. Seolah beban seluruh dunia terletak di bahunya.

1 comment:

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;