Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Rafflesia

"Mama, mama..." suara si kecil menyapa gegendang telinga Dayanah. Dia menoleh ke bawah dimana seorang anak kecil sedang memandangnya dengan sepasang mata bulat yang berkaca.

"Ada apa, Irah?" soal Dayanah lembut. Dia yang ketika itu sedang sibuk menggaul lauk terpaksa mematikan api lalu menundukkan badan agar sama tinggi dengan anak kecil yang berumur empat tahun itu.

"Eh! Tak malu! Dia mama kita. Bukan mama awak! Awak kan Zirafah! Bukan Zafirah!" ejek Danial Haidar, anak kembar pertamanya yang tiba-tiba muncul di pintu dapur. Serentak itu permata jernih di kelopak mata Zafirah gugur dengan deras. Mata Dayanah mencerun memandang Danial. Melihatkan muka mamanya yang bak nenek sihir yang punya tahi lalat besar di hidung membuatkan Danial gerun lalu lari terkedek-kedek ke ruang tamu untuk mendapatkan papanya yang baru pulang. Haris yang ketika itu sedang sarat membawa perkakas dapur yang dipesan Dayanah dari pasaraya Sheng Siong telah bergesel dengan badan kecil anaknya. Terhuyung-hayang Danial sebelum akhirnya jatuh terhantuk di lantai.

"Ris cakap pakai yang ini," suara Haris seakan bersungut, masih cuba meyakinkan isterinya agar mengikut saranannya. Dia pasti akan pilihannya. Dayanah panggung kepala memandang Haris.

"Ris... Nah tahulah apa yang Nah buat. Lagipun jenama yang Nah guna pun tak kurang hebatnya! Malahan banyak doktor yang guna jenama ini. Bukan yang Ris guna itu sahaja yang bagus, tahu?!" terang Dayanah. Masih tidak mahu kalah dengan perbalahan kecil mereka. Tangannya kembali lincah melakukan tugasnya merawat luka di dahi Danial.

Danial masih teresak kecil. Perit di dahi tidak dapat dibendung lagi. Zafirah di sisi hanya bungkam. Puas juga dia menangis melihat darah pekat yang mengalir di dahi Danial tadi. Danial tua setahun darinya. Seperti Danial, Zafirah juga punya adik kembar. Zarifah namanya. Dari jauh kelihatan adiknya sedang bermain husband and wife dengan kembar Danial, Danish Haikal. Mereka lebih mesra bersama. Tidak seperti dirinya dan Danial yang sering bertekak.

"Itu Ris tahulah... Tapi Ris cuma mahukan yang terbaik buat anak kita. Lagipun, Ris yang menjadi doktor terlebih dahulu berbanding Nah. Jadi dari segi logik, Ris lebih berpengalaman dari Nah, tak gitu?" soal Haris lagi membuatkan tangan Dayanah terhenti dari menyapu ubat di dahi Danial.

Lalu bermulalah sesi 'debat' antara pasangan doktor itu. Anis dan Adil di meja makan tidak jauh dari pasangan itu hanya melihat penuh kagum. Tiada sepatah ayat pun yang mereka faham. Ayat yang meniti di bibir keduanya merupakan 'bahasa doktor' yang hanya akan difahami oleh golongan mereka sahaja. Sebagai tetamu, mereka terlongo seketika melihat pasangan yang mungkin tidak sedar akan tetamu lain yang bakal tiba tidak lama lagi. Anis kemudiannya memberi isyarat pada suaminya agar sama-sama bangkit menuju ruang dapur yang sederhana besar itu dan menyediakan apa yang patut. Rasanya kalau nak tunggu tuan rumah, alamatnya tak berasaplah dapur...

"Assalamualaikum!"

Serentak Dayanah dan Haris yang tadinya hangat 'berdebat' menoleh ke arah pintu utama. Mereka berpandangan sebentar sebelum akhirnya menjemput masuk tetamu. Langkah Dayanah untuk ke dapur terhenti saat melihat temannya membawa semangkuk lauk untuk dihidangkan di atas meja. Temannya itu siap menyingsing lengan. Lagaknya seperti dialah tuan rumah itu. Adil, suami Anis dilihatnya turut membantu isterinya dengan mengangkat mangkuk berisi nasi. Asap berkepul-kepul keluar dari nasi yang panas itu.

Dalam hati, Dayanah amat berterima kasih pada temannya itu. Majlis hari jadi ke-5 Danial haidar dan Danish Haikal berjalan dengan lancar walaupun seorang dari kembar tersebut terlibat dalam kemalangan kecil tadi. Tetamu mula reda setelah jam 7 malam. Danial dan Danish masih segar walaupun hari semakin lewat. Selalunya jam begini mereka sudah terkuap. Mungkin kerana asyik bermain dengan anak kembar temannya membuatkan mata mereka segar-bugar.

Dayanah mengeluh sebelum duduk di samping Anis di sofa empuk miliknya, "Terima kasihlah sebab kau dah tolong aku masak tadi,"

"Eh, jangan cakap kat aku. Tu hah," Anis menjuih mulut ke arah suaminya, Adil. Kini mata Dayanah terbeliak.

"Dia yang masak. Aku cuma potong-potong, bukak api, masukkan apa-apa yang dia suruh, dan ta-da! Tersedialah lauk yang serba... Apa ek? Serba sedap? Tak kena lah... Hah! Serba penuh dengan kasih sayang!" sejurus berkata demikian, mereka tertawa. Fahamlah Dayanah yang Anis cuba mengenakan dirinya dan suami yang tak seromantis pasangan Anis dan Adil.

"Ewah! Sedap mulut kau mengata aku ya?! Yang kau tu? Husband pandai masak, kau tak pandai-pandai... Masih terkial-kial lagi aku tengok?" kini giliran Dayanah mengenakan Anis.

"Alah, dari dulu memang itu pelan aku... Kau ingat tak waktu kita di sekolah menengah dulu aku pernah cakap yang aku nak suami yang pandai masak? Siapa sangka, aku betul-betul dapat suami yang mahir memasak," ujar Anis mengenang kembali nostalgia lama. Dayanah di sebelah hanya tersenyum.

"Ingat... Mana taknya? Dulu tu, kau cakap kau nak kahwin dengan orang cina... Alasan kau, sebab nak suami kau yang ajar kau bahasa cina. Kau nak suami yang fasih berbahasa cina. Nak yang bahunya sama tinggi dengan mata kau... Kata kau, supaya kau ada a shoulder to cry on. Nak yang hari lahir jatuh pada bulan November lah... Jadi boleh sambut hari lahir sama-sama pada bulan Disember... Walaupun hakikatnya tarikh lahir kau jatuh pada bulan Januari. His birthday has to be on 7th November... Reason being, you sucked at memorising dates. Kalau 7th November sekurang-kurangnya kau cuma perlu ingat kedai 7-11! Apa lagi ehk? Banyak sangatlah idea merepek kau tu sampai aku dah lupa apa aku nak cakap..."

"Aku cakap gitu ke?"

"Ha'ah la..."

Lantas mereka tertawa mengenang peristiwa lama.

"Well, nampaknya semua yang kau sebutkan itu tak tercapai lah. Tapi aku sedar yang penting is... when you marry the right guy - your prince charming - then the rest won't matter," ucap Anis mengenyit mata pada Dayanah. Ada maksud tersirat yang hanya mereka fahami.

"Oh ya! Aku hampir lupa... Aku minta maaflah dengan sikap Danial tu. Dia suka sangat menyakat si Irah... Kesian pulak aku kat dia... " ujar Dayanah menukar tajuk perbualan mereka.

"Alah, biarlah. Dah namanya budak, biasalah tu... " jawab Anis.

P/s : Perasan kahwin dgn budak Raffles! xD





Wo zhen de hao xiang wo de hao peng you...

;)

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;