Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Dumbfounded

Aku berjalan menuju lif. Keadaan pusat beli-belah Causeway Point agak lengang. Pagi-pagi begini pasti ramai yang masih enak dibuai mimpi. Hanya aku sahaja yang terpaksa ke sekolah kerana harus menduduki peperiksaan yang tidak kuambil kelmarin atas sebab kurang sihat.

"Sorry sorry sorry sorry~" lagu nyanyian Super Junior di telefon bimbitku berbunyi menunjukkan pesanan ringkas yang kuterima dari ibu.

Ibu belum masak. Ayun belilah makanan di Causeway Point.

Lif pun tiba lalu aku masuk dan menekan butang nombor 7. Pusat makanan Banquet menjadi pilihan. Makanannya menyelerakan dan mengenyangkan. Harga pun berpatutan. Perut yang sedari tadi bergendang minta diisi dengan segera. Aku melangkah keluar dari lif. Tanpa memikir panjang, aku memesan sebungkus Ban Mian. Selesai urusan jual beli, aku mengorak langkah ke tempat lif tadi. 

"Eh, awak bersekolah hari ini?" sapa seorang makcik yang tidak kukenali.

Aku hanya tersenyum kemudian menoleh pada anak kecil di sebelahnya.


Eh, bukankah itu adik Zaid? 

Aku bersalaman dengan makcik tersebut.


Patutlah muka makcik ini seperti pernah kulihat sebelum ini. Muka kak Syahira saling tak tumpah seperti emaknya. Manis. Muka Harith pula lebih kepada ayahnya. Habis, Zaid bagaimana pula? Barangkali dapat dari keduanya. 

Pandai sahaja aku membuat andaian. Muka Zaid sedikit tembam dan berisi seperti emak dan kakaknya manakala matanya yang bulat itu menyerupai bapa dan abangnya.

"Ada apa dekat sekolah hari ini?" sambung makcik itu.

"Saya ada exam, cik." jawabku malu-malu. Sungguh, aku segan! Sudahlah berseorangan tanpa teman di sisi, ditambah pula dengan soalan yang aku tidak tahu bagaimana harus kujawab. Maklum sahajalah, pagi-pagi begini otakku agak lambat memproses data. Dasar manusia nokturnal! Aku ini spesis manusia yang menikus depan orang yang tidak kukenali atau rapat dengan. Kiranya tadi itu, akulah tikus yang paling comel dalam sejarah manusia.

Pintu lif pun terbuka lalu aku melangkah masuk. Belum sempat aku menekan butang lif, makcik itu sudah menekan butang nombor 1.

Aduh... Aku nak turun ke tingkat B1. Bagaimana ini?


Kedudukan makcik itu di hadapanku menghalang aku dari menekan butang lif. Berat sungguh mulut ini hendak memberitahu makcik itu. Begitulah aku dengan orang yang baru kukenali. Sungguh berat mulut!

"For goodness sake! Engkau nak malu-malu harimau buat apa?!" aku memarahi diriku sendiri.

"Menengah berapa ini?" soal makcik itu, sekadar berbasa-basi.

"Menengah lima." jawabku ringkas.

"Menengah lima, tahun ini O-level kan?" sampuk pakcik yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Ayat yang ditutur berupa lebih kepada pengesahan dari soalan.

"Oh, jadi lepas ini nak pergi mana?" tanya makcik itu.

"Ah... Balik rumahlah cik." spontan aku menjawab tanpa memikir.

Makcik itu tertawa mendengar jawapanku. Aku hanya tersenyum simpul. Buntu. Beberapa minit dalam lif bersama orang yang begitu asing bagiku terasa bagai berjam-jam lamanya. Sungguh, aku ingin menyembunyikan diri. Ingin mengelak dari menjawab soalan-soalan itu semua. Tapi di mana?

"Bukan itu. Maksud cik, lepas O-level nak pergi mana?"

"Oh..." dalam hati, aku mengutuk kebodohan diri.

- Alamak! Soalan cepumas ni! Argh! Tolong aku!!!


- Cis, susah-susah aku jawab nak kahwin sudah...


- Hisy, baik jangan. Terlopong karang makcik tu!

Makcik itu masih merenungku. Menanti jawapan di bibirku. Mati akal aku dibuatnya.

"Ting. Level 1." pintu lif pun terbuka.

Dalam diam, aku melepaskan nafas lega. Makcik tersebut melangkah keluar bersama adik kecil tadi. Hanya pakcik itu yang masih belum melangkah keluar.


Ada soalan lagikah? 

Aku termangu seketika. Dalam hati berharap agar pakcik itu lekas keluar. Makcik yang kini sudah berada di luar menjengah kepala ke dalam lif. Senyuman jelas terpamer di wajah keibuannya buatku. Aku membalas senyumannya.

Masih menanti jawapan akukah?

"Hoi. Pergi picit butang lif itulah pandai!" satu suara kedengaran di mindaku.

Aku menekan butang B1. Pakcik itu melangkah keluar. Pintu lif pun tutup.

Fuh... Lega.


***


Aku memesan dua air Milo Ice Blend di kedai Sweet Talk. Fikiranku menerawang jauh memikirkan soalan yang diajukan oleh makcik tadi. Dalam hati, aku kagum dengan pasangan suami isteri yang peramah itu. Soalan yang belum terjawab masih berlegar di minda hingga kini.





Dan waktu pun berlalu pergi...
12 April 2011,
Orientation Day,
Nanyang Polytechnic,
Nanotechnology and Materials Science...

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;