Heads up! Blog contain posts from ancient civilisation. They remind me of different chapters in my life - the good & the bad.

"Penulisan akan matang seiring usia." - Mdm B.

Cinta Ayam Goreng

"Bang! Tambah ayam goreng lagi untuk saya ya," Syafiq menghulurkan pinggan nasinya keapada abang Meon. Gerai abang Meonlah tempat dia mencari ketenangan. Ayam goreng itu mengembalikan nostalgia lama. Bagi Syafiq gerai makan itu sungguh istimewa buatnya. Di tempat itulah Syafiq menyimpan segala hasrat hati yang tak tercapai. Gadis bertudung merah jambu... Ayam gorenglah kegemarannya...

"Kau ni dah tak ada kerja lainkah? Aku ada banyak lagi kerja yang tertangguh di pejabat tu..." rungut Syafiq pada temannya Zarul.

"Sekejap sahajalah... Lepas makan, kita pulanglah ke pejabat. Hey! Sekali-sekala kau kena juga keluar dari pejabat kau tu. Jangan sampai kita yang lain dah beranak cucu, kau masih membujang sudah... Lagipun di sini ada banyak gadis ayu!" sengih Zarul.

"Aku dah agak dah... Kalau Nana tahu kau buat kerja macam ni, alamatnya tak merasalah aku nasi minyak kau tu," Syafiq geleng kepala melihat gelagat temannya yang miang itu. Zarul memang begitu, namun dalam hatinya hanya ada seorang gadis sahaja - tunangnya, Nana. Kata Zarul, apabila sudah berumah tangga nanti dia akan mengubah tabiat buruknya. Syafiq ingin melihat sejauh mana kebenaran kata temannya itu.

"Ha ha! Hoi! Kau tengok tu! Awek cun at three o'clock!" ujar Zarul. Matanya asyik memandang gadis cina berskirt pendek dan bermekap tebal yang sedang mencedok lauk ke pinggan.

Syafiq panggung kepala. Namun yang menarik minatnya bukanlah awek 'three o'clock' yang dimaksudkan Zarul itu. Malah sebaliknya! Seorang gadis melayu yang berjalan di hadapan tempat mereka duduk. Gadis yang berjalan penuh sopan itu telah menarik minat Syafiq. Matanya terpaku pada wajah ayu itu. Kulitnya bersih tanpa calitan mekap di wajah.

"Bang Meon. Biasa ya," lunak suara gadis tersebut.

"Kau nampak tak?" soal Zarul. Matanya tidak berkalih dari perempuan cina tadi.

"Nam... Nampak..." jawab Syafiq.

"Fullamak! Punyalah putih kulit dia!"

"Ha'ah. Jubah dia putih..."

Zarul tersentak dengan ayat yang menyapa gegendang telinganya. Si Syafiq ni waras ke tidak? Mana ada orang cina yang nak pakai jubah? Lantas Zarul memanggung kepala melihat temannya. Syafiq kelihatan serupa orang yang baru dipukau! Mata Zarul pantas menoleh ke arah yang dimaksudkan Syafiq. Wah... Penangan gadis itu sungguh kuat gamaknya! Sampai nak meleleh jatuh air liur Syafiq! Dalam diam Zarul menertawakan Syafiq. "Aku tak sangka... Kau yang selama ini diam dan 'unresponsive' boleh kalah dengan gadis biasa itu?" bisik hati Zarul. Selama ini temannya yang satu itu hanya akan diam tidak berkutik apabila dikenalkan dengan mana-mana perempuan. Namun kali ini lain pula ceritanya... Oooh! This is gonna be interesting!

"Fiq! Kau nak ke mana tu?" soal Zarul, pelik melihat temannya keluar di waktu makan tengah hari. Setahunya Syafiq hanya akan makan selepas kerjanya diselesaikan. Zarul kilas pandang ke meja Syafiq. Meja itu dipenuhi dengan timbunan fail dan kertas kerja yang belum habis disemak. Pelik Bin Ajaib betul Syafiq hari ini... Ini tak lain tak bukan mesti nak tengok gadis tempoh hari di gerai bang Meon. 

"Ah? Oh... A... ak... aku... aku ada temu janji dengan... dengan klienlah," jawabnya ringkas. Hati Zarul terasa bagai digeletek dengan alasan Syafiq. Dari nadanya sahaja Zarul sudah dapat meneka yang Syafiq berbohong. Sungguh tiada kesungguhan di situ! Syafiq... Syafiq... 

Kelibat Syafiq pun menghilang di sebalik pintu pejabat. "Hmmm... Yelah tu. Temu janji di gerai agaknya," bisik hati Zarul.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Perkara yang sama berlaku hampir setiap hari. Syafiq menjadi penunggu setia di gerai abang Meon.

"Lin!" laung abang Meon. "Ini nasinya dah sedia. Cukup semuanya. Termasuk ayam goreng special khas buat Lin,"

Gadis bertudung merah jambu menghampiri abang Meon "Wah! Abang Meon, besarnya ayam goreng ni..."

"Mestilah!" ujar kak Salmah, isteri abang Meon. "Lin kan pelanggan tetap kami. Mentelah si Dhuha nak pulang petang nanti, dapat juga dia merasa air tangan akak ni. Si Dhuha tu pulang ke Singapura sekejap sahaja,"

"Terima kasihlah, kak, bang," ujarnya, terharu dengan layanan yang diterima. Kak Salmah dan abang Meon sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri. Tapi sayangnya dia bakal pergi jauh tidak lama lagi. Jauh merantau ke negeri orang. Pergi meninggalkan tanah air Singapura yang telah banyak berjasa padanya. Meninggalkan keluarga tercinta.

"Sebenarnya bang, kak... Tak lama lagi akak dan abang tak akan jumpa saya di sini lagi," ujarnya dengan suara yang perlahan.

"Bang, tumpang tanya ya... Erm..." melihat abang Meon yang sibuk melayan pelanggan membuatkan Syafiq rasa serba-salah untuk bertanya ke mana perginya gadis yang selalu dipujanya dalam diam. "Budak perempuan yang selalu makan di sini dah tak datang lagi ke?" akhirnya diluahkan juga apa yang terpendam di dada.

"Oh, budak yang selalu makan nasi dengan ayam goreng itu ya? Dia dah tak ada dah..." ujar abang Meon sayu. Ditelitinya raut wajah Syafiq yang sudah bertukar rupa. Sengaja dia menjawab dengan ringkas. Ingin melihat sejauh mana keikhlasan Syafiq untuk mengenali wanita itu...

Namun Syafiq hanya diam, tidak berkutik sedikit pun dari tempatnya berdiri. Agak lama dia begitu hingga ada yang menegur agar diberi laluan untuk membayar.

"Bang Fiq, Ibu dan ayah sihat? Minggu depan Rin nak balik. Suruh ibu masak lauk banyak-banyak ya! Ibu masak sedaplah. Rin rindu dengan masakan ibu... Oh! Dan abang jangan sibuk nak tolong ibu masak! Nanti habis hangus segala masakan ibu," ujar Syirin. "Abang! Abang! Abang dengar tak apa yang Rin cakap ni?" rungut suara di hujung talian. "Abang jangan rosakkan rancangan Rin ya. Abang mesti jemput Rin di Changi airport. Rin ada sesuatu istimewa untuk abang! Tapi abang kenalah jemput Rin!" rengek Syirin yang sememangnya manja dengan abangnya itu.

"Iya... Dah cair tahi telinga abang ni mendengar Rin cakap benda yang sama setiap kali Rin telefon ke sini. Apa dah tak ada benda lain ke yang Rin nak update dengan abang?"

"Alah abang ni... Rin tahu abang mesti suka dengan hadiah yang Rin bawa pulang nanti," sengihan Syirin semakin melebar saat membayangkan wajah abangnya bersanding di atas pelamin. Hasrat ibu nak melihat abang naik pelamin pasti akan tercapai nanti...

"Kalau dah namanya hadiah, kan boleh dibawa pulang ke rumah. Buat apa abang nak susah-susah jemput Rin di airport semata-mata nakkan hadiah? Nanti Rin pulang barulah beri abang hadiah tu, ya?" sakat Syafiq.

"Tak boleh!" bantah Syirin keras. Seboleh-bolehnya dia mahu abangnya menjadi orang pertama yang melihat hadiah itu.

"Sudah-sudahlah tu... Abang mengantuklah. Selamat malam Rin!" gagang telefon diletakkan. Syirin di hujung talian terdiam. Aku belum habis cakap, abang dah letak telefon? Huh! Tunggulah nanti...

Ketukan bertalu-talu di pintu membuatkan lena Syafiq terganggu. Dia membuka mata. Di hadapannya penuh dengan kertas kerja yang belum habis disiapkan. Aku tertidur di meja rupanya... Lantas dia bangun membetulkan otot-otot yang kejang akibat tidur membongkok di meja semalaman.

Pintu dibuka untuk melihat siapakah gerangan orang yang mengganggu tidurnya. Semerta dirinya terasa bak dijirus sebaldi ais.


Mata yang tadinya setengah buka kini segar-bugar bak bunga yang berkembang di taman. Digenyeh matanya berkali-kali bagi memastikan apa yang dilihat di depan matanya itu benar. Diakah? Dicubit pipi kiri dan kanannya bagi meyakinkan lagi dirinya. Sakit. Bererti ini bukan mimpi.

"Rin! Hantu!!!" jeritnya. Tangan kanan Syafiq didepangkan ke arah perempuan di sebelah adiknya Syirin manakala tangan kiri pula menutup matanya.

"Apa abang ni? Mana ada hantu yang keluar waktu tengah hari begini?" soal Syirin. "Abang tu kenapa tak ikut ibu dan ayah jemput Syirin?" tambahnya lagi dengan muka yang dimasamkan. Syafiq membuka mata perlahan-lahan. Matanya dikecilkan melihat perempuan yang dia kata 'hantu' itu.

"Awak tak mati ke?" soal Syafiq spontan tanpa memikir panjang. Soalan itu ditujukan buat gadis 'hantu' itu. Sejurus berkata demikian, Syafiq dihadiahkan sebuah cubitan berbisa oleh adiknya.

"Apa yang abang merapu ni! Itu kawan Syirinlah! Kawan yang Rin nak kenalkan dengan abang sebaik sahaja tiba di lapangan tadi. Tapi abang tak datang jemput kami pun... Sekarang ni abang panggil dia hantu pulak? Abang ni memang nak kenalah dengan Rin!!!" Syirin sudah mengejar Syafiq keliling rumah banglo dua tingkat itu.

"Bu! Siapa yang kemas barang-barang Fiq di atas meja ni?" ujar Syafiq termengah-mengah akibat berlari ke sana ke mari dikejar adiknya.

"Saya yang tolong kemaskan. Kerja tak sepatutnya dibuat di atas meja makan," tutur gadis itu sopan.

Syirin yang muncul dari belakang abangnya tersenyum melihat wajah Syafiq yang dari kelat bertukar manis sekelip mata. "Terima kasihlah Lin. Abang saya memang begitu. Workaholic. Mana-mana tempat yang dia pergi kalau boleh semua nak dibuat sebagai ofisnya tahu?" rungut Syirin. Gadis bernama Lin itu hanya tersenyum mendengar kata Syirin.

"Apa Rin ni? Buat malu abang sahaja! Mana ada abang ni workaholic?"

"Habis tu kenapa abang tak jemput Rin?" Syafiq terdiam. Dia mengaru kepala yang tidak gatal. "Sebab kerja bukan?" tebak Syirin. Dia yakin akan jawapannya itu.

Tanpa menghiraukan adiknya yang masih berceloteh, Syafiq merapatkan diri dengan teman Syirin. "Nama saya Syafiq. Panggil Fiq cukup," tangan dihulurkan buat bersalaman. Namun pantas diturunkan semula apabila mengenangkan yang wanita itu bertudung. Pastinya dia harus menjaga batas pergaulannya.

Syirin tergamam sejenak. Itu abang Fiq aku ke? "Eh! Abang Fiq mana boleh macam tu?" pintas Syirin. Syafiq kehairanan. Apa yang tak bolehnya? "Dia kawan Syirin jadi biarlah Rin yang kenalkan dia pada abang!" bentak Syirin.

Syafiq menjadi malu mendengar ayat yang baru dituturkan adiknya. Nampak sangat seperti dia yang sudah tidak sabar berkenalan dengan gadis itu. "Abang Fiq, ini Azlin kawan Rin sewaktu di UIA. Azlin, ini abang aku yang panggil kau hantu... Aku minta ma..." belum sempat Syirin menghabiskan ayatnya, mulutnya terlebih dahulu dicekup tangan kasar Syafiq. Dengan pantas adiknya ditarik ke dapur. "Duduk sini diam-diam dan jangan ke mana-mana. Tolong ibu masak!" arah Syafiq tegas sebelum kembali ke ruang tamu.

"Saya minta maaf dengan sikap adik saya tu. Dia memang suka bergurau,"

"Tak apa. Dah memang kenyataan yang benar lagi tersuluh. Awak panggil diri saya hantu," sakat Azlin, bertujuan mengenakan Syafiq. Syafiq terasa air liurnya berubah kelat. Sukar untuknya menelan liur seperti biasa saat itu.

"Hahaha!" Syafiq mengeluarkan tawa yang dibuat-buat. "Saya rasa saya pun patut minta maaf sebab dah tersalah anggap. Mana hantu boleh kemas meja, kan?"

"Maaf diterima. Tapi kenapa awak panggil saya hantu ya? Saya ni nampak 'transparent' macam Casper ke hingga awak panggil saya hantu?" soal Azlin. Jari telunjuknya diletakkan di bawah dagu menunjukkan dirinya yang sedang memikir. Matanya dikilas memandang Syafiq yang kehilangan kata. Rahsia aku akan terbongkarkah? Di sini? Saat inikah? Tempat ini sesuaikah untuk aku mengaku segala-galanya?

"What are you watching papa?" soal Syazrin yang berumur tiga setengah tahun. "You are laughing like an old man," tambahnya lagi. Syafiq menghala pandang ke arah anaknya yang berdiri di sebelah sofa tempatnya menonton televisyen.

"Did you just called me an old man, young lady?" dengan pantas tangan kasar si ayah menarik badan si kecil ke dalam pelukan. Digeletek perut anaknya dengan manja. Keceriaan jelas terpamer di wajah keduanya.

"Papanya tak habis lagi ke melipat kain tu? Mama dah balik dari pasar tapi papa masih tak siap-siap lagi melipat baju? Bukan banyak mana pun yang mama suruh lipat..." suara si ibu menyapa gegendang telinga kedua beranak yang masih giat ketawa. Lantas keduanya menekup mulut masing-masing. Menahan diri dari ketawa. Apabila yakin yang isterinya sudah ke dapur, Syafiq pun berbisik di telinga Syazrin, "I'm laughing because I remember of your mama. She was as cute as you back then..." Syazrin ketawa sekali lagi apabila Syafiq mencuit hidungnya. Lantas dia berlari ke dapur mendapatkan mamanya.

"Casper? Binatang spesis apa itu?" soalan Syafiq ternyata mengejutkan semua yang berada di rumah. Syirin yang mendengar secara senyap-senyap perbualan antara keduanya dari dapur ketawa terbahak-bahak. Ibunya puan Kalsom turut sama tersenyum mendengar saoalan cepumas Syafiq itu. Tidak dapat tidak, Azlin juga turut sama ketawa dengan yang lain. Tuan Fuad ayahnya Syafiq hanya tersenyum melihat adengan itu.

"Itulah Fiq. Papa dah ingatkan supaya jangan asyik duduk terperap dalam bilik dengan kerja pejabat kau tu... Tengok sekarang ni... Casper pun kau tak kenal?"

"Yelah bang. Casper... Saudara jauh kita tu... Tak kenal?" Syirin yang sudah berada di ruang tamu menepuk-nepuk bahu abangnya.

"Fiq... Fiq... Mak rasa dah tiba masa untuk mak carikan kau isteri. Biar dia betulkan sikit otak kau yang dah sememangnya terencat tu," tiba giliran puan Kalsom pula yang bersuara.

"Huhu! Hihihihi!" tawa Azlin masih bersisa. "Saya boleh kenalkan awak dengan Casper kalau awak nak," tambah Azlin. Dia lantas bangun dari duduk dan membuat gaya hantu berjalan. Terhuyung-hayang badannya. Tangannya diletakkan paras dada dan dilembutkan pergerakannya. Jari-jemarinya menari di udara.

Syafiq memandang dengan mata yang bulat. Semua di situ agak terkejut dengan perubahan mendadak Azlin. Mereka diam membisu. Tadi sewaktu di lapangan terbang bukan main malu untuk bersuara. Kini lain pula jadinya. Siap buat joget hantu lagi...

Azlin tersedar lantas mematikan tingkahnya. Syafiq menepuk tangan kuat. Serentak itu semua kembali tertawa dengan gelagat Azlin.

"Papa said what?!" Azlin bersuara geram. Pantas sahaja kakinya melangkah masuk ke ruang tamu dimana suaminya sedang menonton kartun Casper.

"Abang cakap apa pada Syaz?" soal Azlin sambil mengayun senduk di tangan ke udara. Syafiq tergamam melihat isterinya yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya.

"Man... Mana ada abang cakap apa-apa?" terkejut Syafiq disergah isterinya.

Azlin mengukir senyuman manis. "Tak cakap apa-apa ya?" nadanya berubah sinis. Azlin merapati suaminya. Syafiq bingkas bangun, bimbang sekiranya disebat dengan senduk di tangan isterinya.


"Habis tu abang cakap Lin yang dulu lagi comel dari Lin yang sekarang tu apa? Masih tak nak mengaku lagilah? Apa? Hmm? Abang cakap Lin tak secomel Syaz?" bertubi-tubi soalan diaju buat Syafiq bak mesin gan.

Syazrin di pintu dapur berlari mendapatkan mama dan papanya yang sedang berlari mengelilingi sofa. Dia juga ingin turut serta dalam 'permainan' ini.

Syafiq melangkah masuk ke bilik Syazrin. Diusap kepala anaknya dengan lembut. "Shh... Dia dah lena tu," bisik Azlin. "Bukan senang nak suruh dia tidur di biliknya sendiri. Asyik nak melekat 24 jam sahaja di bilik kita," sungutnya.

"You know, I never said all those things about you... It was Syaz. She twisted everything I said..." Syafiq memulakan bicara.

"I know," jawab Azlin pendek. "It was fun..."

Syafiq tersenyum mendengar komen Azlin. Tahulah dia yang isterinya sengaja berpura-pura marah tadi. Azlin kemudian mencium ubun-ubun Syazrin sebelum sama-sama melangkah keluar dari bilik itu dengan Syafiq. Dalam perjalanan ke bilik mereka Azlin bersuara, "Abang, you never really did tell me the reason why you called me a ghost, now did you?" Langkah Syafiq terhenti. Azlin turut sama berdiri di samping suaminya, setia menanti jawapan yang bakal Syafiq dedahkan. Soalan yang dahulunya dibawa angin lalu akan diketahui jua sebabnya kini.

"That's because at that time I really thought you were dead," nada suaranya berubah serius di pendengaran Azlin. "Lin tahu tak? Abang selalu perhatikan Lin dari jauh sewaktu di gerai makan bang Meon dulu. Bila bang Meon kata Lin dah tak ada, abang serta-merta fikir yang Lin dah tiada buat selama-lamanya..." Syafiq berhenti seketika. "Tapi abang tetap pergi ke gerai itu dengan harapan yang Lin akan muncul suatu hari nanti. Abang benar-benar berharap dapat jumpa Lin semula. Tuhan itu maha adil bukan? Akhirnya abang jumpa dengan Lin semula. Tiga tahun abang menanti. Rupa-rupanya Linlah teman Syirin. Abang bersyukur sangat dikurniakan kebahagiaan dengan Lin,"

Azlin di sisi sudah teresak-esak menahan tangis. "Yang abang tu kenapa capat sangat mengalah? Kenapa tak tanya bang Meon sahaja ke mana Lin menghilang? Serve you right! You brought this upon yourself!"

"I know... I'm such a dummy right?"

"Yes. Indeed... But an adorable dummy of course," Azlin menyeka air matanya yang berbaki. Mereka sama-sama ketawa. Malam pun merangkak pergi. Hari esok menjanjikan banyak memori manis yang bakal mereka ukir bersama...

P/s : Maybe the title should have been 'I Married A Ghost!' or perhaps 'Cinta Casper'...





Jangan pernah rasa dirimu tak dihargai
Kerana mungkin kau yang terkeliru
Kita kan sentiasa menjadi teman
Tanpa perlu meluahkan kata


Tak perlu tuk berhubung
Bila hati dah bersatu
Tak perlu berbalas kata
Kerana kita berbalas doa

:)

No comments:

Post a Comment

Simple reminder, mind your netiquette!

Enjoy your stay! (;