Bahagian 9
“Azra Hafiy!”
Mata Hafiy yang tadinya hampir tertutup rapat kini
terbuka luas dek suara kuat yang memanggil namanya. Akalnya ligat berfikir,
cuba mengingati apa yang mereka lakukan berdua di sini. Bagai nak luruh
jantungnya dikejutkan begitu oleh Radi. Sungguh la... Spesies Dragon ni memang
tak tahu nak berlembut jawabnya!
“Maaf. S... Sa... Saya tertidur.” Takut-takut, Hafiy
menutur kata maaf.
Sumpah, Radi tak tahu nak kata apa. Tengah duduk pun
budak ni boleh tertidur? Pulak tu bukannya mereka ada dalam bilik yang berhawa
dingin pun. Mereka masih lagi berada di tempat duduk penonton. Di hadapan
mereka masih lagi terdapat beberapa orang yang masih lagi berlari-lari anak di
trek dengan bantuan lampu terang yang terdapat di stadium itu. Skrin Galaxy SII
Hafiy di tangan direnung Radi, lama.
“Kau jatuh, buat aku rasa macam orang jahat di tengah
padang kerana tinggalkan kau sendirian di situ. Kau pecahkan skrin telefon bimbit
aku bila kau jatuh tadi. Sekarang ni, bila aku terangkan kau apa yang kau dah miss out dalam perbincangan PS on Wednesday, kau boleh... tidur?” ujar
Radi dengan suara tak percayanya. Galaxy SII Hafiy dah Radi letak atas kerusi
di sebelahnya. Tak ada hati nak ulang balik ayat yang sama buat kali kedua
depan perempuan ni. Leceh-leceh dia buka e-mail dia balik, nak terangkan butir
perbincangan mereka kelmarin, tapi Hafiy boleh pulak tidur?
“Sorry.” Nak kata apa lagi, kan? Tangan Hafiy dah bergerak menggenyeh
mata. Sesungguhnya dia amat mengantuk kala ini! Tak ada apa yang dia teringin
sangat nak lakukan melainkan tidur buat masa ini.
“Memandangkan apa yang aku cakap pada kau tadi terlampau membosankan
sampai boleh buat kau tidur, sekarang ni aku nak kau bangun.” arah Radi.
Tangannya siap ditepuk-tepuk lagi. Menyuruh Hafiy cepat bingkas. Sekaligus Radi
berdiri memusing-musingkan lengan tangannya agar dapat melonggarkan urat
pinggang yang kejang akibat lebih satu jam duduk tak bergerak di atas kerusi
stadium. Angin malam menyapa wajahnya.
“Buat apa?” dengan pantas Hafiy menjawab. Bukan nak turut
arahan, tapi nak tahu kenapa arahan sebegitu yang diberi. Aku dah sedap-sedap
duduk, dia nak suruh aku bangun pulak.
Ah... Malasnya!
“Latihan yang kau dah miss,
aku kena ajar kau!” One-to-one!
Tambah hati Radi. Leceh betul! Tapi... betul ke leceh? Kalau leceh, kenapa kau
siap suruh Fatin rahsiakan perbincangan PS kelmarin daripada Hafiy? Kenapa tak
suruh Fatin sahaja yang terangkan plot cerita pada Hafiy? Kenapa perlu
menyusahkan diri sendiri untuk terangkan semuanya pada Hafiy? Seolah macam
kau... sengaja cari peluang untuk berdua dengannya!
Tidak! Aku cuma tak mahu Hafiy teruskan ‘rancangan sulit’
dia tu, dengan yang namanya Abdul Rauf! Tukas hatinya. Tambahan pula, kan lebih
senang kalau dia sahaja, orang yang lebih arif akan butir perbincangan itu,
terangkan sendiri pada Hafiy bagi memastikan bahawa gadis itu betul-betul faham
nanti?
Tapi bagaimana pula dengan yang lain yang tidak dapat
hadirkan diri pada perbincangan PS hari tu? Macamlah Hafiy seorang sahaja yang
tidak hadirkan diri pada hari itu... Balas hati Radi lagi. Bukan tak mahu ajak
mereka sekali, tapi baki mereka yang tidak hadir itu semuanya merupakan pelajar
tahun dua. Setelah ditimbang-timbang baik buruknya, Radi rasa mereka lebih Daim
perlukan di Dome. Kerana mereka boleh membantu Daim melatih pelajar tahun satu.
Mereka pasti boleh faham dengan jelas struktur perbincangan MCG pada tahun ini,
kerana sepertimana tahun lepas, perbincangan mereka tidak banyak yang berubah.
Radi kira, dia hanya tinggal e-mel sahaja butir perbincangan tahun ini pada pelajar
tahun dua yang tidak hadir itu. Tak pun, pandai-pandai merekalah untuk bertanya
pada teman-teman yang lain. Mereka sudah pernah melaluinya pada tahun lepas
jadi tahun ini pun, pasti mereka boleh faham bila baca e-mel itu nanti. Tak
perlulah Radi risau sangat tentang mereka. Tapi Hafiy, sudahlah pertama kali
terlibat dengan PS, bila tak dapat hadirkan diri, dengan mudah sahaja menyuruh
Fatin beritahu Radi. Bukan reti nak SMS langsung ke Radi atau apa...
“Latihan yang tadi Daim conduct kat Dome ke? Kenapa saya tak boleh buat dengan mereka?”
gatal aje mulut Hafiy menyoal. Di wajahnya terpamer riak keliru. Latihan yang aku
nampak Daim ajar mereka tadi tu ke? Hafiy tertanya-tanya sendiri.
Kenapa saya tak boleh buat dengan mereka, dia tanya?
“Sebab nanti kau cari cinta!” dengus Radi.
Er... Terkebil-kebil biji mata Hafiy jadinya. Cari cinta?
Apa maksud tu ya?
Lambat-lambat, kening Hafiy terjungkit sebelah. Seolah
menyoal. Namun dalam masa yang sama, badannya turut mendengar arahan. Bingkas
dari duduk. Tangannya menepuk-nepuk lembut kedua belah pipinya.
“Nak buat apa ni?” tanya Hafiy, spontan. Langsung tidak
berniat memanjangkan perbualan mereka tentang ‘cinta’ yang dimaksudkan Radi
itu.
Radi melihat ke sekitaran tempat mereka kini. Hm... Agak
sempit. Desis hatinya. Dia pun melangkah keluar dari kawasan stadium untuk mencari
ruang yang sedikit besar yang boleh digunakan sebagai tempat melatih Hafiy.
Saat keluar dari kawasan stadium NYP, ke kiri dan ke kanan,
tertoleh-toleh Radi jadinya. Tak ramai orang yang lalu lalang di sini jadi
rasanya tempat itu sesuai untuk dia melatih Hafiy. Takkan ada orang yang bakal
mengganggu mereka nanti. Di lantai yang mereka berdiri itu pun terdapat petak
berbentuk empat segi jadi sesuai sangatlah untuk memastikan kalau Hafiy dengar
dan beri perhatian pada apa yang dibualkannya sejak lebih kurang sejam yang
lalu tadi. Dalam hati Radi turut menyalahkan dirinya juga. Begitu leka memberi
penjelasan hingga tak sedar bila kepala gadis itu mula tersenggok-senggok
menahan kantuk. Yang dia tahu, dia cuma mahukan Hafiy cepat tangkap apa yang
diutarakannya. Entah berapa banyak yang Hafiy dapat tangkap dari penjelasannya
tadi pun dia tak pasti.
Usai membersihkan diri selepas berlari tadi, Radi bergegas
menunaikan solat Maghrib sementelah waktu Isyak sudah hampir tiba. Sampai
semula ke stadium, Radi sibuk menerangkan itu ini pada Hafiy dengan membuka
e-melnya menggunakan Galaxy SII Hafiy. Waktu dia tiba semula di stadium untuk
mendapatkan Hafiy tadi, jam sudah menunjukkan angka lapan lima minit. Isyak
pula jam lapan sepuluh minit. Rasa menyesal pula kerana pergi berlari anak di
trek tadi. Kalau tak, semestinya dia punya banyak waktu sekarang ini untuk
selesaikan agendanya. Tak perlulah dia lengahkan Isyaknya. Terpaksalah dia
tunaikan Isyak di rumah nanti.
Langkah kaki Radi bergerak ke sebuah petak. “Ini.”
Telunjuk kanan Radi menuding ke bawah, tepat ke arah lantai. “This is A1. And over there, is where the
audience will sit.” Jari yang tadinya menuding ke bawah kini tertuding ke
arah depan pula. Menunjukkan dengan tepat di mana penonton akan duduk ketika
mereka berada di pentas kelak. Ini kira macam simulation.
Tangan yang tadinya lincah menuding ke sana sini kini kaku.
Radi berdiri menyilang tangan, berpeluk tubuh. “So tell me, miss Azra Hafiy. Di mana kau patut pergi kalau C6 yang
aku panggil?” soal Radi kemudiannya merenung tepat ke dalam anak mata Hafiy.
Hafiy bungkam. Saat ini dia mula mengutuk diri sendiri.
Bodoh. Apa yang aku buat selama satu jam dengan dia tadi?! I. Doze. Off! Tak pay
attention, kan Hafiy. Hah sekarang ni terimalah padahnya! Tak sudah-sudah
Hafiy menyesali tindakannya kerana tak mampu melawan kantuk.
“Er... Sini?” langkah kaki Hafiy mula bergerak ke arah
yang dirasakan betul. Please oh please,
let it be right... Doa Hafiy dalam hati.
Perlahan-lahan, Hafiy panggung wajah. Raut Radi
direnungnya seketika, cuba membaca apa yang bermain di minda lelaki itu namun
gagal. Lelaki itu tidak menunjukkan sebarang riak di wajah. Dia ni pelakon
profesional ke?
Radi menarik nafas perlahan-lahan. Sejak Hafiy beri dia
jawapan tadi, dia dah mula tahan nafas. Beberapa saat berlalu barulah dia rasa
dia boleh bernafas semula. Sumpah, boleh semput dengan perangai budak ni. Just what the hell was she doing for the
past hour?!
“Nak exit stage
pulak macam mana?” tanya Radi masih dalam posisinya yang sama seperti tadi,
berpeluk tubuh.
Muka Hafiy dah berkerut seribu. Nak exit stage pun ada caranya? Hafiy main bedal aje. Dari sebuah
petak, dia melangkah ke arah sebuah lagi petak yang dia rasa betul. Berserah
aje la...
Radi melepas bebas tangan yang tadinya berpeluk tubuh.
“Macam tu cara kau exit stage?”
serius, Radi menyoal. Langkah kaki diatur mendekati Hafiy. “Dengan bontot itik
kau tu nanti menghadap mata para penonton? Begitu?” sinis sekali kedengaran
suara lelaki itu menampan cuping telinga Hafiy. Setapak, setapak dan setapak lagi
kaki Radi ke hadapan.
Hafiy pula yang merasakan diri Radi semakin hampir
padanya mula berundur ke belakang. Bila dah tak mampu nak undur ke belakang
lagi, Hafiy bersandar kaku pada dinding. Dia benar-benar mahu larikan diri dari
situasi yang menyesakkan dada itu namun lengan sasa Radi lebih pantas bertindak
sekaligus mengunci pergerakan Hafiy. Hafiy tak mampu nak larikan diri lagi saat
tangan lelaki itu melekap kemas pada permukaan dinding yang dirinya bersandar
kini, sekaligus memeragkap dirinya di antara kedua belah lengan sasa lelaki itu.
Secara refleks, dengan pantas kedua-dua tangan Hafiy
disilangkan rapat ke dada. Bersedia untuk lakukan apa sahaja sekiranya lelaki
itu bertindak melakukan yang bukan-bukan padanya. Yalah, apa-apa sahaja boleh
berlaku terlebih lagi di tempat tersorok yang jarang dilalui orang terutamanya
pada waktu malam begini. Mata Hafiy terkebil-kebil merenung kemeja hitam formal
milik Radi. Tak berani nak menentang tepat pada anak mata itu. Takut sekiranya
dia kalah pada api di sebalik mata coklat hazel itu. Nak tenung lantai pulak... Gulp! Dia tak mahu bayangkan sekiranya nanti kepalanya bersentuhan
dengan badan tegap itu.
“Plot cerita.” tutur Radi. Lembut sahaja suara lelaki itu
menyapa gegendang telinga Hafiy kala ini.
Hah? Wajah Hafiy dah berkerut seribu. Dalam keadaan ni
dia tak berani nak bergerak walau senanometer pun! Keras dan kaku. Itulah
dirinya kala ini. Tangannya pula dah dikepalnya dalam bentuk penumbuk.
Digenggamnya erat penumbuk itu. Bersedia membuat tindakan sekiranya lelaki itu
berkelakuan yang tidak elok padanya. Better
safe than sorry!
“Kalau kau tak nak buka mulut...” suara Radi dah berbaur
ugutan. Amaran yang membuatkan Hafiy kecut perut jadinya. Namun entah kenapa,
suara garau orang yang mengugut itu jugalah yang berjaya menghantar getar dalam
diri Hafiy. Nada suaranya kala mengugut... Tidak dapat Hafiy nafikan, begitu
mengancam lagi berbahaya! Terlebih lagi kala mendengarnya dari jarak dekat
sebegini. Mahu luruh gamaknya jantung Hafiy. Lemah lutut jadinya! Dasar makhluk
berDNA Dragon!
Liur ditelan. Berpasir rasanya. Dengan bacaan basmalah
dalam hati, Hafiy cuba bersuara. Matanya masih tidak berganjak dari merenung
kosong ke arah kemeja hitam lelaki itu. “Er... Ikhwan. Jadi... mamak kacang
putih.” Jeda. Cuba dia ingat semula apa yang lelaki itu dah ucapkan padanya
namun serasa hanya itu yang dia ingat. Itu pun hanya samar-samar sebelum kelopak
matanya tertutup rapat dan suara Radi kedengaran sayup-sayup sahaja menyapa
cuping telinganya. Waduh...
Terjungkit kening Radi. Itu aje? Matanya tak lepas
pandang wajah Hafiy yang kelihatan takut-takut itu. “Hm... Lovely.” Budak ni la... Semua nak takut! Bila kau nak berani
ni? “Itu aje yang kau ingat?” tanya Radi, meminta kepastian.
Hafiy angguk kepala cuma.
Radi depankan sedikit badannya yang sedepa jauhnya dari
tembok. Sengaja nak menakutkan lagi diri gadis itu. “Sebelum tu?” soalnya dalam
nada perlahan seakan berbisik. “Takkan takde
apa lagi yang kau boleh ingat?” Jangan bilang aku, apa yang aku cakapkan pada
kau tadi setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja.
Ternaik bulu roma Hafiy jadinya. Matanya pula dah terkebil-kebil
macam lampu kelap-kelip. Sebelum tu ya? Hm... Sebelum tu, apa yang dia cakapkan
eh? Hafiy ingat-ingat lupa! “JB. Running Man. Adventure Quest?” Kontrol suara
kau Hafiy! Dia mengingatkan dirinya sendiri.
“Bila?” soal Radi dengan mata yang masih setia pada raut
wajah itu. Badan yang tadinya didepankan kini sudah dia ke belakangkan semula
demi melihat wajah itu dengan lebih jelas lagi.
Tak tahu! “Uhm...” Somewhere
around... “Mid semester break?” sumpah, Hafiy cuba nak buat suaranya
kedengaran seakan dia sedang menyebut ayat penyata namun yang terkeluar dari
peti suaranya kedengaran serupa ayat tanya pula... Cis!
“Itu yang keluar dari mulut kau tu, penyataan atau
pertanyaan?” soal Radi sambil mengetap gigi. Matanya yang tadi merenung wajah
Hafiy kini ditegakkan, merenung tembok semula. Yalah, tubuh Hafiy genit sahaja
kalau nak dibandingkan dengan Radi. Ketinggian tubuh gadis itu pula setakat mencecah
paras bahu Radi sahaja.
“Pe... pe...” Hafiy jadi gugup. Terkebil-kebil matanya
bak cicak tertelan skru. Otaknya ligat berfikir. Nak jawab apa nih?!
“Pe apa?!” gertak Radi dengan suara yang meninggi. Lambat
sangat. Nak sebut satu perkataan punya jawapan pun memakan masa yang lama
sangatkah?
“Petatau! Saya tatau! Tolong maafkan saya sebab tak pay attention tadi!” Dengan laju ayat
itu meluncur di bibir Hafiy. Serentak dengan ayat itu, lengan tangan yang
tadinya disilang rapat ke dada dan tangan yang dikepal dalam bentuk penumbuk
kini berubah posisi. Telapak tangan itu kini dilekapkan antara satu sama lain
lalu dibawa ke depan mukanya. Lagak orang yang menyembah junjungan duli yang
maha mulia gitu.
Radi tenung wajah mulus Hafiy dalam-dalam. “Apa kau buat
ni?” soal Radi, mendatar. Kedua-dua keningnya sedikit terjungkit jadinya
melihat keletah Hafiy. Tidak dapat tidak, dia mengulum senyum. Namun dalam hati
cuma. Tak boleh tunjuk depan-depan!
Mata Hafiy yang tadinya tertutup rapat saat menutur kata
maaf dibuka sedikit. Sedikit demi sedikit matanya dibuka. Tak berani dia nak
buka serentak. Takut dia lemah jantung. Mula dengan mata kanan kemudiannya
barulah mata kiri yang dibuka Hafiy untuk melihat roman muka Radi. “Saya...
tengah minta maaflah ni dengan awak.” Dah tu awak tengok saya tengah sembah
patung Budha ke? Choi! Pandangan mata
Hafiy semerta dia larikan.
“Pandang aku!” arah Radi, tegas.
Tak mau la... Jantung saya dah cukup buat lompat bintang
untuk satu hari ni. Mulut Hafiy dah terkumat-kamit menyebut kata hati tanpa
suara. Bibirnya bergerak-gerak sedikit namun masih sempat ditangkap perbuatan
kecil Hafiy itu oleh mata kasar Radi.
“Kau nak pandang atau tak?” suara Radi sekali lagi
berbaur amaran.
Umi... Ara menyesal tak dengar kata! Sepatutnya aku tak
ada dalam PS ni! Sebab pada awalnya memang aku tak dapat restu dari umi dan
abah! Hati Hafiy dah mula menyesali tindakannya membelakangkan umi dan abah.
Dengan bacaan basmalah serta nafas yang diluahkan
perlahan-lahan, dia mengangkat pandang. Menentang pandangan lelaki yang bernama
Muhammad Radi itu atau lebih gemar dipanggilnya dengan gelaran Dragon. Entah
kenapa, jantungnya seakan terhenti saat mata bersabung mata dengan ketua PS itu.
“Pertama sekali...” Badan Radi yang sadepa jauh dari
tembok sandaran Hafiy itu perlahan-lahan dia depankan, sebagaimana yang
dilakukannya tadi saat ingin menakutkan diri gadis itu. “Kisah ‘kacang putih’
tu, dah basi. Itu cerita projek kita pada tahun lepas! Projek Bawang Puteh
Bawang Merah.” Mata Radi terjengil sedikit saat menutur kata. “Cara kau keluar
pentas pula tak payah cakaplah! Nampak sangat kau main asal boleh jalan aje,
kan? Siap tunjuk belakang badan kau lagi bila keluar. Apa, kau ingat penonton
tu hadap sangat nak tengok punggung kau yang terkedek-kedek macam bontot
kerengga tu bila keluar dari stage nanti?”
Radi dah bersuara bagai murai tercabut ekor.
Aha... Umi... Tolong Ara! Hafiy hanya mampu menangis
dalam hati. Tapi nanti sekejap! Tadi dia kata apa? Bontot kerengga? Amboi!
Sesuka hati sahaja nak samakan bontot aku dengan bontot kerengga la itik la! Then again, pada pandangan mata dia la
kan, agak-agak... adakah aku itik yang comel?
“Kedua.” Keningnya pula separuh terjungkit. “JB dan
Running Man aje ke yang kau boleh ingat? Perkara yang paling penting sekali,
ialah untuk minta persetujuan mak ayah!” Bibir Radi dikemam rapat sejurus dirinya
selesai menutur kata.
“Yang ketiga dan terakhir sekali!” dengan pantas ayat itu
meluncur di bibir lelaki itu kala melihat wajah Hafiy ingin berpaling
daripadanya. Baru aku berhenti sebentar aje kau dah berani-berani nak larikan
pandangan? Radi rasa macam nak ketuk dahi sendiri la pulak. Macam manalah budak ‘berhati putih’ ni nak jalani latihan Renung
Mata PS nanti? Tidak dapat tidak, terselit sedikit kerisauan di hati Radi buat
gadis itu. “The most important part of
all, aku kena terima parent’s consent
form tu, latest by week seven!”
sengaja ditekankan perkataan ‘seven’
dalam ayatnya. Dia tak tahu Hafiy ni jenis pelajar yang macam mana. Kalau
pelajar tahun dua tu memang Radi dah boleh agak la siapa yang akan lambat kasi form. Tapi Hafiy dan pelajar tahun satu yang
lain ni semua memang perlu diberi deadline
hingga minggu ketujuh sahaja! Tiada bargain
bagimu!
Minggu ketujuh?! Hati Hafiy semakin dipagut resah. Radi
yang mengesan perubahan pada riak wajah Hafiy itu semakin diasak pelbagai
soalan.
“Kenapa? Ada masalahkah?” soalnya, merenung tepat ke
dalam anak mata Hafiy. Suaranya sudah bertukar pada mod ketua. Sebagaimana
dengan ahli PS yang lain, suaranya kini penuh prihatin. Sudah menjadi
kewajipannya untuk menjaga kebajikan ‘adik-adik’nya.
Tanya, Hafiy! Jangan tak tanya! Dia akhirnya mengumpul
kekuatan untuk bertanya sama Radi. “Kenapa kena kasi by week seven? Kalau bagi by
week eight, tak boleh ke?” naif, Hafiy menyoal. Yalah sebab minggu kelapan
dah terang lagi bersuluh masih ada CCA lagi, kan? Kalau tak silap Hafiy waktu
dia check kalendar semester sekolah,
minggu kelapan masih jatuh dalam minggu belajar. Minggu kesembilan pula barulah
mula cuti pertengahan semester mereka. Hafiy dah tercongak-cangit mengira
minggu semester mereka di NYP. Ingin memastikan semula bahawa kiraannya tepat.
Sekarang dah masuk penghujung minggu kelima. Maknanya... aku ada lagi dalam dua
minggu untuk dapatkan parent’s consent?!
Mana sempat... Hati Hafiy bagai dilanda badai Tsunami. Lantas, apa yang dirasa
hati secara tak langsung terbias di wajah gadis itu, terzahir buat tatapan
Radi. Semuanya dilakukan tanpa dirinya sendiri menyedarinya.
Radi yang faham sangat melihat raut wajah itu bertindak
melepaskan bebas tangannya yang melekap kemas pada permukaan dinding tembok.
Risau pada wajah itu jelas dapat dibaca oleh mata hati Radi.
“Spill.” Tegasnya tanpa menentang pandangan mata Hafiy. Tangannya
yang sedikit kebas akibat menampung berat badan sendiri di tembok itu ditepuk-tepuknya
antara satu sama lain. Selain untuk menghilangkan rasa kebas di tangan, dia
juga mengebas habuk dan kotoran di tangan.
“Hah? Apa yang tumpah?” naif, Hafiy pantas menyoal Radi
di hadapannya. Nyata frekuensi otak mereka tak selari. Hafiy tidak jelas akan
apa yang ingin disampaikan Radi padanya. Matanya terkebil-kebil merenung ke
wajah ketua mereka.
Radi menahan nafas. Satu... Dua... Tiga... Dihembuskan
nafasnya perlahan-lahan lalu mata yang tadinya terpejam itu dibuka luas. Ini
merupakan salah satu cara bagi Radi menahan rasa geramnya. Dia menentang
pandangan mata Hafiy. Diri gadis itu derenungnya dari atas hingga ke bawah. Dia
ni betul-betul tak faham soalan aku atau sengaja buat-buat tak faham? Tidak
dapat tidak, Radi jadi curiga dengan sikap Hafiy. Namun saat ditiliknya semula
wajah mulus itu, tahulah dia bahawa gadis itu tidak bercanda. Wajah Hafiy yang
menunjukkan riak serius itu sudah cukup untuk meyakinkan dirinya. Naif, blur, cepat takut dan semestinya seorang
yang akan cepat menggelabah, gabra memanjang. Itulah analisa yang disimpulkan oleh
Radi akan sikap Hafiy selama dia mengenali diri gadis itu.
Mengeluh halus, Radi akhirnya berkata, “Lupakan sajalah.”
Nada suaranya nyata kedengaran malas nak layan soalan Hafiy padanya tadi. Aku
soal lain, dia jawab lain. Omel hati Radi. Dari prihatin, cepat sahaja mood Radi berubah. Semuanya atas ‘ihsan’
soalan Hafiy yang sungguh terkeluar ring
tu. Tak ada kena-mengena langsung dengan soalannya!
“Soalan saya, awak masih belum jawab lagi...” perlahan
aje nada suara Hafiy, seakan orang yang takut nak bersuara untuk menanyakan
soalan itu.
“Aku ni tak makan manusialah. Yang kau nak takut-takut sangat
bila bercakap dengan aku ni, kenapa?” Hampir sahaja Radi mengherdik diri Hafiy kerana
tak habis-habis dengan sikap takutnya itu. Namun bila dilihat semula wajah
mulus Hafiy, tak sampai hati pula jadinya. How
can I, when she look absolutely adorable? Adorable? Comelkah dia? Radi
menyoal dirinya sendiri. Tak pasal-pasal dia teringat masa dia menggertak Hafiy
tadi. Menakutkan. Itulah salah satu cara untuk buatkan orang macam Hafiy ni
bersuara. Kalau tak, tahu nak menikus aje kerjanya. Mati hidup semula pun belum
tentu dia akan bersuara! Jadi Radi pun bertindak mendekatkan dirinya dengan
diri Hafiy semata-mata nak bangkitkan rasa takut dalam diri gadis itu. The trigger? Senang sahaja. Buat jantung
orang tu rasa cemas. Bila jantung berdegup laju, maka dengan sendirinya akan
datang kekuatan dalam diri. Pumping
adrenaline rush! Suatu hari nanti aku mesti nak kena bawak budak ni bungee
jump jugak! Tekad hati Radi.
Wajah Hafiy yang dimarahi Radi itu sedaya upayanya cuba
untuk berlagak tenang. Sedangkan dalam hati dah berbakul-bakul sumpah seranah
diberikan pada ketua PS mereka. Please
la ya, umi dan abah aku pun takdenye
nak marah-marah aku macam kaulah Dragon!
Masam mencuka. Bukan Radi tak nampak wajah Hafiy kala
itu. Semerta raut wajah Radi berubah kendur. “Week seven. By hook or by crook!” lafaz Radi, muktamad.
Hafiy tak dapat nak balas apa-apa lagi dah bila mamat
Dragon itu begitu berkeras dengan keputusannya.
“Rasanya kau dah habis bersoal jawab.” simpul Radi.
Langkah kakinya dihala menuju ke arah tempat duduk serta meja yang diperbuat
daripada kayu berdekatan dengan tempat mereka kala ini. Memang di sini banyak
meja sebegitu yang disediakan buat kegunaan pelajar NYP. Dia melabuhkan duduk
di atas meja. Kakinya pula dengan selamba diletakkan atas kerusi. Tak tahukah
dia yang kerusi itu fungsinya buat manusia duduk dan bukannya untuk meletak
kaki sebagaimana yang lelaki itu lakukan kini. Meja pula adalah tempat untuk
belajar, makan, dan semua yang sewaktu dengannya, bukan tempat untuk meletak
punggung awak yang besar tu! Kalau dalam modul Mechanics of Materials ni, Dr.
Chea pastinya akan kata, this is what we
call, improper use of design structure which can lead to material failure!
Sempat pula Hafiy ingat kata-kata pensyarahnya kala ini.
“Sekarang.” Radi tepuk tangan. Mata lelaki itu dah
merenung lantai. Sikunya direhatkan atas lutut. Membuatkan badannya kelihatan sedikit
membongkok.
Nak kasi arahan lagi la tu. Duga hati Hafiy. Di wajahnya
jelas terpamer riak keletihan.
“Pergi berdiri dekat petak A3.” arah Radi lalu merenung
wajah Hafiy.
Gadis itu dilihatnya sedang melirik ke arah jam G-Shocknya
di pergelangan tangan kanan. Hot Pink!
Jam G-Shock Hafiy bewarna hot pink. Getah
rambut dia pun bewarna merah jambu juga. Penggemar warna merah jambu la dia ni.
Ulas Radi dalam diam.
“Kau dah nak balik dah ke?” soal Radi. Dia tahu, dia
banyak menghabiskan masa gadis itu hari ini dengan menunggunya berlari di
padang tadi kemudiannya pergi bersihkan badan. Usai membersihkan diri, Radi
menunaikan tanggungjawabnya kepada yang maha Esa. Ada la dalam satu jam juga
dia buang masa gadis itu. Kalau Radi jadi Hafiy, mungkin dia sendiri akan
membentak marah. Namun gadis itu dilihatnya tenang sahaja menerima arahan darinya.
Pasti dia rela dalam paksa la tu... Radi membuat kesimpulannya sendiri.
“Pukul berapa sekarang?” tanya Radi. Dia dah berdiri atas
kerusi kini. Lagak orang besar sesat mana entah!
Eh, dia ni tak ada jam ke? Tiba-tiba terlintas dalam
benak Hafiy, macam mana dia nak tengok jam kalau dah telefon mahal dia tu kau
pecahkan skrinnya, Fi oi? Ingin dia usir rasa bersalah yang bertandang dalam hati
namun tak mampu. Dia sendiri pelik melihat sikap tenang Radi kala diberitahu
telefon bimbit Galaxy Note II Radi telah dengan tidak sengajanya dipecahkannya
saat dia terjatuh tadi. Namun wajah lelaki itu tetap sama. Tiada perubahan riak
langsung. Seolah dirinya kala itu tidak berperasaan. Ei... Kalau dialah yang
jadi Radi, mahu dia berubah jadi Godzilla di situ jugak! Right there and then!
Radi boleh kawal rasa dalam diri dengan lagak tenangnya itu, sedangkan Hafiy,
dah punya macam-macam perisa dalam perutnya. Takut ada, seram tak usah cakaplah!
Mana dia nak cekau duit untuk baiki skrin tu? Agak-agak kalau dia pergi Sim
Lim, harga menggantikan skrin telefon itu dengan yang baharu, berapa sen ya?
Besar kemain skrin telefon Galaxy Note II tu!
“Pukul sembilan,” balas Hafiy lemah, merenung wajah Radi.
Sudah tahu apa yang tidak disukai ketuanya itu. Kalau jawab soalan, kena pandang
muka dia.
“Pukul sembilan! Baru pukul sembilan, kau dah merungut?” Rasi
bersuara, separuh terkejut. Kalau training
untuk projek besar kita nanti, paling lambat yang pernah mereka balik adalah
jam sepuluh! Nak aje diluahkan Radi namun dia tak mahu mematahkan semangat
Hafiy. Walaubagaimana teringin sangat dia nak marah gadis itu, dia tetap sedar
akan tanggungjawabnya sebagai ketua. Dia tak mahu ada yang kecundang setengah
jalan sebelum mereka mencapai matlamat. Dan matlamat Radi pula hanya satu.
Untuk melihat setiap ahli PS yang sudah dianggapnya seperti adiknya sendiri itu
berjaya di PS dan bersinar di atas pentas nanti! Akan dia nantikan hari itu
dengan sabar. Memang itulah satu-satunya motivasi Radi di PS ini. Setiap
seorang telah dia anggap seperti adik sendiri.
Radi mengeluh halus. Dia tahu, tak baik mengeluh kerana
mengeluh adalah sifat orang yang tewas. Namun dengan Hafiy kala ini, melayan
kerenah gadis itu membuatkan dirinya mudah mengeluh. Ada sahaja sikap Hafiy
yang menduga kesabarannya, mengundang rasa dalam jiwa. Yang lebih mengelirukan
diri Radi, Hafiy berjaya membuatnya rasa macam-macam perasaan dalam satu rasa.
Rasa marah berbaur dengan keinginan untuk lihat gadis itu menggelabah. Selama
ini tidak pernah dia rasakan perasaan itu. Banyak lagi rasa yang berbaur dalam
dirinya kala berada bersama gadis itu. Geram dengan sikap naif si gadis tapi
lucu melihat muka masamnya kala marahkan dirinya. Hafiy marah, namun tak mampu
dia suarakan. Lantas muka itu kelat memanjang. Sedikit sebanyak, hati Radi
tercuit juga dengan keletah Hafiy. Radi nak marah melihatkan sikap pasif Hafiy
pun tak sampai hati bila muka gadis itu mempamerkan riak takut. Hingga Radi
sendiri keliru dengan rasa hatinya kini.
“Aku tak kira. Kau tak boleh balik dulu.” tegas Radi,
muktamad. Dia kemudiannya kembali melabuh duduk atas meja.
Sedar tak sedar, Hafiy menghentak kaki kanannya ke
lantai. Menunjukkan protes secara terang-terangan depan Radi.
“Amboi! Dah pandai nak melawan kata aku?” ujar Radi,
senyum halus tersungging di pinggir bibirnya. Mata lelakinya tajam menikam
segala gerak-geri dan kelakuan gadis itu. Ingin melihat sejauh mana mampu gadis
itu pergi. Entah mengapa, dia jadi suka lihat memek muka si gadis yang senang
sahaja berubah. Sekejap marah, sekejap terjuih bibir tanda tak puas hati,
sekejap lagi berbah tayang muka blur.
Gadis ini... begitu luhur dan jujur dengan perasaan hatinya! Hinggakan orang
luar sepertinya dapat membaca apa yang ada dalam hati gadis itu. Tak lain tak
bukan, mesti dia anak manja. Bisik hati Radi.
Hafiy yang perasan akan renungan mata ketuanya itu segera
menjawab dengan nada rendah, “Mana ada.” Padahal dah terang lagi bersuluh, dia
menipu. Nada suaranya sendiri kedengaran tidak yakin sahaja di pendengaran
Radi. Goyah sahaja. Penuh ragu.
Mata Radi mengecil merenung Hafiy. Nafasnya ditarik
dalam-dalam dengan mata yang terpejam rapat. Okey Radi, jangan tergugat dengan
renungan dia. Cuba cari a clearer view.
Let’s go through the list slowly, shall
we?
Fakta pertama:
Bukan dia tak mahu bantu Hafiy bangun sewaktu gadis itu
jatuh di padang tadi, namun keadaan dirinya kala itu tidak mengizinkannya
berbuat demikian. Mana mungkin dia bantu Hafiy bangun dengan badan yang berlengas
dengan peluh serta dirinya yang tidak berbaju kala itu? Lantas bila selesai
mengerjakan Maghribnya, dengan agak tergesa-gesa dia melangkah ke stadium
semula untuk mendapatkan Hafiy. Hatinya melonjak-lonjak ingin tahu keadaan diri
gadis itu namun tidak dia tunjukkan perasaan sebenarnya. Dia juga punya ego
yang perlu dijaga. Lantas bila Hafiy mengkhabarkan bahawa skrin Galaxy Note
IInya sudah pecah, dia tak rasa apa-apa. Sebaliknya rasa lega menguasai diri
bila melihat gadis itu tidak apa-apa. Apalah sangat retak pada skrin telefonnya
kalau nak dibandingkan dengan calar di tubuh gadis itu. Walhal hakikatnya retak
pada skrin telefonnya itu bukan sahaja dalam kategori retak lagi bahkan sudah
boleh masuk kategori retak seribu!
Fakta kedua:
Dia ingin ajar Hafiy secara one-to-one pun sebab... Sebab apa ya, sebenarnya? Kerana tak mahu
Hafiy teruskan lakonan luar pentas dengan Raufkah? Atau... Ada agenda lain yang
tersembunyi dalam hati kau tu, Radi? Mengapa tak suruh Fatin sahaja yang
jelaskan pada gadis itu? Tidak! Aku hanya mahukan fokus dia pada PS, seratus
peratus! Secara total! Bukan pada benda lain yang tak penting. Tapi... benarkah
itu rasa hati kau, Radi? ‘Benda lain yang tak penting’ itu... termasuk rasa
suka Hafiy pada Raufkah? Hati Radi berdolak-dalik sendiri.
Fakta ketiga:
Cara kau mengajar Hafiy. Apa? Hantar getar dalam diri
dia? Sejak bila engkau pandai nak ‘ajar’ orang dengan cara yang paling bahaya
lagi terhormat ni? Selama ini pun, walau bagaimana takutnya ahli PS terhadap
diri kau, kau tak pernah gunakan taktik yang satu ini atas siapa-siapa pun. Dia
yang pertama. Azra Hafiy! Memaksa diri gadis itu untuk takutkan dirinya. Nah, kini
bila diri sendiri dalam diam sudah rasa terbakar bak cacing kepanasan, mengapa
harus timbul pula rasa keliru dalam hati? Mengapa, Radi?
Radi marah pun, demi kebaikan ahli PS juga. Radi marah
kerana mahu mereka baiki bakat lakonan mereka. Lantaran itu, memang tidak dapat
dielakkan kalau ada yang menangis bila dimarahi Radi. Itu semua demi
meningkatkan prestasi lakonan mereka juga... Tapi dalam kes Hafiy ni, lain
sikit. Dia jadi keliru. Bila masanya dia menjadi Muhammad Radi, seorang lelaki
biasa cuma dan bila masanya dia menjadi Muhammad Radi, ketua PS juga ‘abang’
kepada Hafiy.
Fakta keempat:
Sikap takut dan mudah gelabah Hafiy itu memang mendatangkan
rasa marah dalam diri Radi. Selaku ketua, dia tak mahu kalau adik-adiknya nanti
punya rasa ragu bila berdiri di atas pentas nanti. Mereka perlu cari keberanian
untuk bersuara!
Sebagaimana dia mahukan yang terbaik buat dirinya,
begitulah juga yang dia mahukan buat adik-adiknya. Kelamnya mereka di atas
pentas adalah kerana salahnya. Bersinarnya mereka pula adalah berkat usaha
mereka sendiri. Selaku ketua, sebolehnya dia tidak mahu Hafiy punya rasa takut
atau ragu bila di atas pentas itu nanti. Namun jauh di sudut hatinya, dia rasa
tercuit dengan sikap Hafiy yang satu ini. Comel sahaja dia lihat gelagat Hafiy
kala kalut. Gelagat Hafiy yang satu itu benar-benar mendatangkan rasa ketagih dalam
dirinya. Dia jadi ingin lihat sikap kalut gadis itu setiap masa. Ibarat bermain
dengan permainan yang tak pernah dia ada dalam seumur hidupnya, dia jadi asyik dengan
dunia barunya. Dunia yang mana telah Hafiy datangkan buatnya. Dunia yang tak
punya nama.
Fakta kelima dan yang paling penting sekali:
Roman wajah si gadis yang sering bertukar musim. Kelat,
masam, mencuka. Sekejapan sahaja dia boleh berubah menunjukkan mimik wajah naif
bila menyoal. Sekaligus menampakkan ketulusan si penyoal kala bertanya. Bibir
yang merekah itu jualah yang akan terjuih kala jawapan aku tidak menepati cita
rasa hatinya. Lucu bila mengenangkan itu semua namun...
Tak semena-mena tangan kanan Radi bergerak, menyentuh
dada. Matanya dibuka semula. Sudah penat dia berteka-teki dengan rasa hatinya
sendiri. Rasa hati yang berbaur menjadi satu membuatkan dirinya jadi keliru. Malas
berfikir panjang lagi, semerta arahan diberi.
“Okey. Aku janji, this
is the last training for today.” Janji Radi pada Hafiy. Telunjuk kanan
serta ibu jarinya bergerak, mengurut pelipis.
Hafiy yang mendengar, sedikit tersentak. Aku ingat dia
dah tidur... Dah dia pejam mata lepas tu siap letak tangan kat dada lagi... Tak
sudah Hafiy mengomel dalam hati.
“Nak practice
apa?” soal Hafiy. Tangan serta kakinya digerak-gerakkan lagak orang yang baru
nak panaskan badan sebelum mulakan kerja angkat berat.
Radi tayang sengih. Hafiy mula curiga.
“The
right way to exit stage!”
selamba, Radi membalas. Tangannya dilekapkan ke permukaan meja. Menyandarkan
badan ke belakang sedikit, kakinya disilangkan atas kerusi.
Pandangan mata Radi direnung Hafiy dalam-dalam. Kenapa
macam ada maksud lain di balik renungan mata itu? Apa yang ada dalam benak
lelaki itu kala ini? Kenapa aku macam nampak ada
tanduk merah baru tumbuh atas kepala dia?

